Hai..
I dan Mr. Sallehudin merancang percutian ke Terangganu sejak sebulan yang lalu. Kebetulan kami ada job chocolate fountain di Gua Musang, jadi kami ambil kesempatan ni untuk pergi bercuti. Sejujurnya ini ala-ala honeymoon kedua kami sejak 15 bulan berkahwin. Ada setengah orang tu baru enam bulan kahwin tapi dah pergi honeymoon sampai kali ke empat.. ~hehe~ maklumlaa kami ni pasangan yang sangat sibuk. Mr. Sallehudin sibuk dengan kerjanya dan I pun sibuk dengan own business. Jadi bila dah ada kesempatan ni memang kami 'grab'
Selepas habis job di Gua Musang, kami terus bertolak ke Kota Bahru. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam setengah untuk sampai. Kami sempat singgah makan di Restoran Seri Thai, Kuala Krai. Menu di kedai tu seperti biasa ada nasi goreng, bihun goreng, tomyam... tapi saya cuma memilih untuk makan bihun goreng dan Mr. Sallehudin memilih untuk makan mee goreng.
Lebih kurang pukul 8 malam kami sampai di Kota Bahru dan terus menuju ke Hotel Rebana. Disini hanya persinggahan transit kami saja sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Terangganu esok hari. Harga bilik yang kami ambil ialah RM120 untuk 'deluxe room'.
Semasa bermalam di Kota Bahru, kami bercadang nak 'jalan-jalan cari makan' di salah satu cafe yang popular kat situ. Tapi disebabkan Mr. Sallehudin sangat kepenatan, jadi kami makan-makan aje di gerai tepi Hotel Rebana. Disitu kami menikmati nasi impit dan sate, roti jala dan nasi tumpang. Makanan disitu telah dipaket dalam kuantiti yang kecil. Contohnya roti jala di paket dalam plastik kecil sebanyak tiga biji disertakan dengan kuahnya yang agak manis. Begitu juga dengan sate dibungkus dua cucuk dan disertakan dengan beberapa potong nasi impit. Harga antara RM1.50 hingga RM3 untuk setiap bungkus bagi setiap makanan. Jadi kita boleh memilih sendiri menu yang diingini. Saya juga mencuba menu nasi tumpang. Ia dibalut dengan daun pisang dan dibentukkan seperti aiskrim kornetto. Nasi ni berlaukkan sedikit ikan sardin dan sambal udang kecil. Harga pula RM2.50
Hotel Rebana menawarkan 'breakfast' percuma untuk penginap di situ. Tapi malangnya 'breakfast' adalah berbentuk 'ala carte'. Tiada pilihan makanan yang disediakan. Kami dihidangkan dengan sepinggan nasi lemak dan air kopi atau oren saja. Agak 'frust' juga..sepatutnya mereka perlu menyediakan nasi kerabu lagipun nasi kerabu kan 'signature food' negeri Kelantan :)
Selepas 'breakfast' kami pun bersiap-siap meneruskan perjalanan ke Kuala Terangganu. Dah tak sabar sangat ni. Menurut Mr. Sallehudin perjalanan mengambil masa dua jam setengah melalui jalan pantai.. :) Kami tidak singgah ke Pasar Siti Khadijah pun sebab memang kami mahu sampai awal di Kuala Terangganu. Lagipun kami disitu pada hari Jumaat, semua kedai perniagaan ditutup pada hari tersebut.
Sesiapa yang berminat untuk menginap di hotel ini, disini saya sediakan informasi tentang hotel tersebut
Hotel Rebana
Lot 1561 Padang Bongor,
Jalan Pengkalan Chepa,
15600 Kota Bahru, Kelantan.
Tel: 09-7476040
note: Gambar diambil dari Instagram saya saja :)
No comments:
Post a Comment