Catatan Perjalanan 21 January 2013
Ini hari kedua I berada di Kuching. Untuk hari ni I terpaksa jalan sesorang memandangkan Mr. Sallehudin perlu pergi bekerja. Sebenarnya I ikut saja Mr. Sallehudin outstation ke Kuching. Jadinya apabila hari yang dia bekerja makanya I kenalah berjalan sesorang.
I beli pakej ke Semenggoh Wildlife Centre pada harga RM50. Pakej ni
termasuk transport dari hotel ke sana dan tiket masuk ke Wildlife tu.
Perjalanan dari hotel ke sana mengambil masa dalam 30 minit saja. Semenggoh Wildlife Centra ni ialah pusat hidupan orang utan. Sebenarnya tikat untuk memasuki Wildlife hanya RM5.
Wildlife ni dibuka kepada orang ramai dua kali saja dalam satu hari iaitu antara pukul 9 pagi hongga 10 pagi dan 3 ptg hingga 4 petang.
Ianya dibuka pada waktu begini kerana dikatakan orang utan akan keluar makan buah-buahan yang disediakan. Jadi pengunjung dapat melihat aksi orang utan. Walaubagaimanapun pengunjung tidak dibenarkan berada pada jarak dekat. Pengunjung cuma boleh melihat orang utan dari tempat pelantar yang disediakan.
Sebelum memasuki kawasan pelantar, pengunjung diberi sedikit 'briefing' oleh pekerja Wildlife Centre ni. Sebenarnya bukan selalu orang utan akan keluar mengambil makanan yang disediakan. Hampir sejam I dengan pengunjung yang lain menunggu, langsung tak nampak batang hidung orang utan. Jenuh juga pekerja Wildlife memanggil orang utan ni supaya keluar. Ala-ala tarzan gitu pekerja ni tau.. hehe...
Memang malang.. takde rezeki I nak tengok orang utan. ~huhuhu~ Kata pekerja kat situ, I boleh datang sekali lagi pada waktu petang menggunakan tiket yang sama. Bermakna I tak perlu bayar entrance lagi jika nak datang pada sessi petang. Tapi I macam dah tak larat nak menunggu kan..... :(
Ini antara kaum keluarga orang utan yang ada kat Semenggoh ni. Nama diorang sedap bukan main. Pekerja kat situ cakap ketua orang utan namamya Ritchie. Owhh ok.. sebab dia yang paling besar dan garang.
Rustic Borneo Kitchen, PJ
9 hours ago
No comments:
Post a Comment