Catatan Perjalanan: 19 January 2013
Memang dah lama tak bercutikan.. walaupun Mr. Sallehudin perlu bekerja tapi saya menyibuk nak ikut juga untuk holiday. Jadi kami ke Kuching Sarawak selama 6 hari 5 malam.
Hari Sabtu pukul 12.30 tengah hari we all dah sampai di terminal LCCT untuk urusan check-in. Kali ni memang kami sampai awal sebabnya Mr. Sallehudin pernah ada pengalaman sampai lambat lima minit aje, terpaksa tinggalkan beberapa luggage sebab gate Air Asia tutup awal. Selepas semua urusan selesai, kami duduk merehatkan diri di Coffee Bean sebabnya flight kitorang pukul 3.30pm. Bosan menunggu hokeyy..!!
Sementara menunggu.. Mr. Sallehudin sangatlah suka ambil gambar candid I. Maklumlah baru beli lens baru so nak testing kononnya. Yang menjadi model tak bergaji selalunya I laa kan.. Tapi nasib baik Mrs. Sallehudin ni comel.. hahahaa.. (tangan dibahu mata ke atas)
Dalam pukul 3pm we all masuk ke balai perlepasan. We all menaiki pesawat AK5212
Lebih kurang 1 jam 45 minit perjalanan dari KL to Kuching. Perut pun terasa lapar. So I mintak Mr. Sallehudin order Nasi lemak Pak Nassir tapi menu nasi lemak dah habis. Yang tinggal cuma nasi ayam. Ordar 1 paket nasi ayam aja. Kononya share tapi selalunya Mr. Sallehudin tak pernah mempercayai perkataan share tu. Sebabnya kalau share selalunya I yang makan lebih.. haha..
Rasa sedap juga nasi ayam tu tapi I tetap mengidam nak makan nasi lemak. Kata orang nasi lemak Pak Nassir yang dijual dalam Air Asia adalah yang terbaik. Next time kalau nak naik flight lagi terus buat pre-order. Lagi senang.. So tak de I nak kempunan lagi...
Sampai di tanah Kuching dengan selamat walaupun hujan agak lebat. Kata orang Kuching disana setiap petang hujan. Company Mr. Sallehudinsediakan kereta sewa untuk kami. Selesai urusan penyerahan kereta sewa, we all pun terus menuju ke hotel Grand Continental.
Kereta sewaan kami selama 5 hari disana ialah Persona. Bukan kami yang sewa ye.. company Mr. Sallehudin yang sewakan untuk memudahkan pekerjanya ulang alik dari hotel ke tempat kerja.
memangdangkan mr. Sallehudin bukan orang Kuching.. hehe.. kami penggunakan GPS sebagai penunjuk arah jalan. Tapi kekadang Mr. Sallehudin rasa macam nak campak gak GPS ni.. sebab selalu tunjuk salah jalan.. haha..
Ada ke patut.. dari muzium nak ke Water Front.. tunjuk jalan kecik yang kereta tak muat nak lalu.. khas untuk pejalan kaki aje.. huhh..
No comments:
Post a Comment