Catatan Perjalanan 21 January 2013
Ini hari kedua I berada di Kuching. Untuk hari ni I terpaksa jalan sesorang memandangkan Mr. Sallehudin perlu pergi bekerja. Sebenarnya I ikut saja Mr. Sallehudin outstation ke Kuching. Jadinya apabila hari yang dia bekerja makanya I kenalah berjalan sesorang.
I beli pakej ke Semenggoh Wildlife Centre pada harga RM50. Pakej ni
termasuk transport dari hotel ke sana dan tiket masuk ke Wildlife tu.
Perjalanan dari hotel ke sana mengambil masa dalam 30 minit saja. Semenggoh Wildlife Centra ni ialah pusat hidupan orang utan. Sebenarnya tikat untuk memasuki Wildlife hanya RM5.
Wildlife ni dibuka kepada orang ramai dua kali saja dalam satu hari iaitu antara pukul 9 pagi hongga 10 pagi dan 3 ptg hingga 4 petang.
Ianya dibuka pada waktu begini kerana dikatakan orang utan akan keluar makan buah-buahan yang disediakan. Jadi pengunjung dapat melihat aksi orang utan. Walaubagaimanapun pengunjung tidak dibenarkan berada pada jarak dekat. Pengunjung cuma boleh melihat orang utan dari tempat pelantar yang disediakan.
Sebelum memasuki kawasan pelantar, pengunjung diberi sedikit 'briefing' oleh pekerja Wildlife Centre ni. Sebenarnya bukan selalu orang utan akan keluar mengambil makanan yang disediakan. Hampir sejam I dengan pengunjung yang lain menunggu, langsung tak nampak batang hidung orang utan. Jenuh juga pekerja Wildlife memanggil orang utan ni supaya keluar. Ala-ala tarzan gitu pekerja ni tau.. hehe...
Memang malang.. takde rezeki I nak tengok orang utan. ~huhuhu~ Kata pekerja kat situ, I boleh datang sekali lagi pada waktu petang menggunakan tiket yang sama. Bermakna I tak perlu bayar entrance lagi jika nak datang pada sessi petang. Tapi I macam dah tak larat nak menunggu kan..... :(
Ini antara kaum keluarga orang utan yang ada kat Semenggoh ni. Nama diorang sedap bukan main. Pekerja kat situ cakap ketua orang utan namamya Ritchie. Owhh ok.. sebab dia yang paling besar dan garang.
Showing posts with label trip. Show all posts
Showing posts with label trip. Show all posts
Tuesday, February 19, 2013
Sunday, February 17, 2013
Travelog : Sarawak Episod 4 :: Traditional Boat Cruise
Hai....
Perkara paling best sekali ialah menaiki Sarawak Traditional Boat Cruise. :) Lebih menarik kalau menaiki boat ni pukul 6.30 ptg iaitu trip yang terakhir sebabnya kita boleh melihat matahari terbenam :)
Untuk menaiki Traditional Boat Cruise ni kita cuma perlu pergi kat Waterfront dan disitu memang ada jeti khas untuk Boat Cruise ni. Actually ada jenis cruise.
Pertama ialah Sarawak Ricer Cruise. Ianya lebih berkonsepkan star cruise gitu. Dan bayaran untuk menaiki cruise ni ialah RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak.
Tapi yang kitorang naik ni ialah Traditional Boat Cruise. Bot yang lebih nampak tradisional dan kecil saja. Bayaran untuk bot ni ialah RM19 dewasa dan RM9 untuk kanak-kanak. Tiket boleh dibeli di jeti yang terletak di Kuching Waterfront.
Memang cantik pemandangan yang dapat dilihat.
Sepanjang menaiki Traditional Boat ni, kita dapat lihat beberapa kampung yang terletak ditepi Sungai Sarawak. Antaranya Kampung Boyan dan dapat melihat beberapa bangunan lain seperti Astana, Brooke Dockyard, Fort Margherita dan Petanak Wet Market.
Friday, February 15, 2013
Travelog : Sarawak Episod 3 :: India Street
Salam...
Ok.. kita sambung lagi cerita pasal jalan-jalan Sarawak nih.. :p
Selepas pulang dari Santubong, hajat dihati nak pergi ke Taman Negara Bako. haha.. tu laa.. tak wat research banyak-banyakkan.. baca sikit infor aje.. Kami sampai setakat jeti Bako saja. tengok macam sunyi. Kereta parking tepi memang banyak. Maybe time tu dah agak petang jadi orang yang nak ke Bako tak ada lah kot. Maybe nak ke sana perlu awal pagi baru best. Rupanya kalau nak ke Taman Negara Bako perlu naik bot kecil. I pun tak tau berapa tambang naik bot kecil tu dan berapa lama perjalanan ke sana.... Akhirnya.. kitorang buat keputusan balik ke bandar Kuching saja... hehehe...
Sampai di bandar Kuching perut terasa lapar. Tapi kami jalan-jalan dulu di India Street. Jangan tak tau ye.. di Kuching pun ada India Street. Tapi kat situ bukan lah macam Brickfield KL yer.. hehe.. Kat sini memang banyak kedai yang jual baju dan handbeg. Saya sendiri pun beli handbeg berharga RM25 :)
Memandangkan hari Ahad, kebanyak kedai di India Street tutup awal. Jadi nampak lengang lah di perkarangan India Street tu. Kalau hari biasa sudah tentu banyak pengunjung tempatan dan pelancong asing datang ke situ. Satu yang saya perasan barang yang jual disini kebanyakan sangat murah.
Gambir Sarawak juga ada dijual kat India Street. Kebanyakkan peniaga yang menjual ubatan seperti gambir Sarawak ni tiada kedai. Diorang cuma meletakkan hasil jualan dalam satu beg dan beg tu diletakkan di atas kerusi. So berniagalah mereka ni di tepi kedai kat situ...
Salah satu pemandangan di India Street ni ialah Little Lebanon. Saya pun tak berapa pasti apa yang ada dalam bangunan ni tapi kalau tak silap saya ada satu cafe kecil yang menjual makanan orang Lebonan disitu..
Perut kitorang memang dah lapar sejak dari awal sampai kat India Street tu. Mr. Sallehudin kata dia tiba-tiba teringin nak makan mee goreng mamak. uihh.. Agak susah nak cari kedai makanan halal area India Street ni sebenarnya.. Tapi kitorang ada terjumpa satu kedai melayu yang jual nasi campur. Maklumlah dah petang sangatkan.. jadi saya order rojak dan Mr. Sallehudin order mee kari.
Walaupun kedai tu nampak usang tapi mee karinya adalah superb. Kitorang siap tapau lagi dua bungkus mee kari sebab nak bawak balik makan kat hotel.. :p
Alahai... kitorang ni kelaparan sampai lupa apa nama kedai yang kitorang masuk tu.. :D
Cuma yang saya ingat kedai tu ditengah-tengah deretan kedai dan bangunannya warna putih. Kedai tu satu-satunya kedai melayu yang menjual nasi campur kat situ....
Thursday, February 14, 2013
Travelog : Sarawak episod 2 :: Damai
Catatan perjalanan 20 January 2013
Hari Ahad. Memandangkan Mr. Sallehudin belum mula kerja lagi jadi kami mengambil kesempatan untuk bersiar-siar sekitar Kuching dan Santubong.
Destinasi pertama kami ialah ke Santubong. Disitu terletaknya Perkampungan Budaya Sarawak. Tiket untuk masuk ke Perkampungan Budaya Sarawak ialah RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Dalam perkampungan tu terdapat rumah panjang untuk setiap kaum etnik di Sarawak dan memaparkan cara hiduk dan makanan tradisional mereka. Pada waktu tertentu juga akan ada persembahan tarian. Btw, kami tak masuk pun ke Perkampungan Budaya Sarawak tu. Kami cuma bergambar aje depan pintu masuk. hehe..
Bersebelahan dengan Perkampungan Budaya Sarawak terdapat Damai Central. Disitu ada medan selera tapi tak lah meriah sangat. Walau bagaimanapun hidangan yang dijual disitu memang menarik. Hari pertama I dah mencuba Mee Kolok Crispy.
Harga makanan disini tak terlalu mahal. Kalau tak silap harga semangkuk mee kolok ni RM5
Salah satu gerai di medan selera kat situ ada jual pelbagai jenis roti canai. Memang sedap :)
Sesungguhnya pemandangan disitu memang cantik. Subhanallah..
Dari Damai Central memang nampak Gunung Sentubong dan Damai Central dibina berhampiran dengan Laut China Selatan dan dipanggil Damai Beach.
Di Damai Central ni terdapat beberapa bar dan restaurant juga seperti Escobar Bar & Grill, Bayridge Seafood Restaurant dan Courtyard Cafe. Rasanya kalau melihat matahari terbenam disini pun sangat cantik kan... Kalau tak silap I.. disini juga boleh diadakan karnival, exhibitions dan lain-lain. Ada satu kawasan yang dipanggil open-stage and open air-arena betul-betul mengadap ke Pantai Damai. Cuba bayangkan kalau di situ diadakan majlis perkahwinan bertemakan 'pantai' :) mesti cantikkan...
Untuk pengetahuan, Kampung Budaya Sarawak di Santubung terletak 32km dari bandaraya Kuching dan mengambil masa lebih kurang 45 minit memandu kereta sewa.
Subscribe to:
Posts (Atom)































