Salam...
Ok.. kita sambung lagi cerita pasal jalan-jalan Sarawak nih.. :p
Selepas pulang dari Santubong, hajat dihati nak pergi ke Taman Negara Bako. haha.. tu laa.. tak wat research banyak-banyakkan.. baca sikit infor aje.. Kami sampai setakat jeti Bako saja. tengok macam sunyi. Kereta parking tepi memang banyak. Maybe time tu dah agak petang jadi orang yang nak ke Bako tak ada lah kot. Maybe nak ke sana perlu awal pagi baru best. Rupanya kalau nak ke Taman Negara Bako perlu naik bot kecil. I pun tak tau berapa tambang naik bot kecil tu dan berapa lama perjalanan ke sana.... Akhirnya.. kitorang buat keputusan balik ke bandar Kuching saja... hehehe...
Sampai di bandar Kuching perut terasa lapar. Tapi kami jalan-jalan dulu di India Street. Jangan tak tau ye.. di Kuching pun ada India Street. Tapi kat situ bukan lah macam Brickfield KL yer.. hehe.. Kat sini memang banyak kedai yang jual baju dan handbeg. Saya sendiri pun beli handbeg berharga RM25 :)
Memandangkan hari Ahad, kebanyak kedai di India Street tutup awal. Jadi nampak lengang lah di perkarangan India Street tu. Kalau hari biasa sudah tentu banyak pengunjung tempatan dan pelancong asing datang ke situ. Satu yang saya perasan barang yang jual disini kebanyakan sangat murah.
Gambir Sarawak juga ada dijual kat India Street. Kebanyakkan peniaga yang menjual ubatan seperti gambir Sarawak ni tiada kedai. Diorang cuma meletakkan hasil jualan dalam satu beg dan beg tu diletakkan di atas kerusi. So berniagalah mereka ni di tepi kedai kat situ...
Salah satu pemandangan di India Street ni ialah Little Lebanon. Saya pun tak berapa pasti apa yang ada dalam bangunan ni tapi kalau tak silap saya ada satu cafe kecil yang menjual makanan orang Lebonan disitu..
Perut kitorang memang dah lapar sejak dari awal sampai kat India Street tu. Mr. Sallehudin kata dia tiba-tiba teringin nak makan mee goreng mamak. uihh.. Agak susah nak cari kedai makanan halal area India Street ni sebenarnya.. Tapi kitorang ada terjumpa satu kedai melayu yang jual nasi campur. Maklumlah dah petang sangatkan.. jadi saya order rojak dan Mr. Sallehudin order mee kari.
Walaupun kedai tu nampak usang tapi mee karinya adalah superb. Kitorang siap tapau lagi dua bungkus mee kari sebab nak bawak balik makan kat hotel.. :p
Alahai... kitorang ni kelaparan sampai lupa apa nama kedai yang kitorang masuk tu.. :D
Cuma yang saya ingat kedai tu ditengah-tengah deretan kedai dan bangunannya warna putih. Kedai tu satu-satunya kedai melayu yang menjual nasi campur kat situ....
No comments:
Post a Comment