Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Thursday, February 14, 2013

Travelog : Sarawak episod 2 :: Damai

Catatan perjalanan 20 January 2013

Hari Ahad. Memandangkan Mr. Sallehudin belum mula kerja lagi jadi kami mengambil kesempatan untuk bersiar-siar sekitar Kuching dan Santubong. 

Destinasi pertama kami ialah ke Santubong. Disitu terletaknya Perkampungan Budaya Sarawak. Tiket untuk masuk ke Perkampungan Budaya Sarawak ialah RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Dalam perkampungan tu terdapat rumah panjang untuk setiap kaum etnik di Sarawak dan memaparkan cara hiduk dan makanan tradisional mereka. Pada waktu tertentu juga akan ada persembahan tarian. Btw, kami tak masuk pun ke Perkampungan Budaya Sarawak tu. Kami cuma bergambar aje depan pintu masuk. hehe..





Bersebelahan dengan Perkampungan Budaya Sarawak terdapat Damai Central. Disitu ada medan selera tapi tak lah meriah sangat. Walau bagaimanapun hidangan yang dijual disitu memang menarik. Hari pertama I dah mencuba Mee Kolok Crispy.


Harga makanan disini tak terlalu mahal. Kalau tak silap harga semangkuk mee kolok ni RM5


Salah satu gerai di medan selera kat situ ada jual pelbagai jenis roti canai. Memang sedap :)

Sesungguhnya pemandangan disitu memang cantik. Subhanallah..
Dari Damai Central memang nampak Gunung Sentubong dan Damai Central dibina berhampiran dengan Laut China Selatan dan dipanggil Damai Beach.

 
Cuaca memang panas. Tapi tiupan angin pantai membuatkan kita rasa sayang sangat nak tinggalkan tempat ni.


Di Damai Central ni terdapat beberapa bar dan restaurant juga seperti Escobar Bar & Grill, Bayridge Seafood Restaurant dan Courtyard Cafe. Rasanya kalau melihat matahari terbenam disini pun sangat cantik kan... Kalau tak silap I.. disini juga boleh diadakan karnival, exhibitions dan lain-lain. Ada satu kawasan yang dipanggil open-stage and open air-arena betul-betul mengadap ke Pantai Damai. Cuba bayangkan kalau di situ diadakan majlis perkahwinan bertemakan 'pantai'  :) mesti cantikkan...




Untuk pengetahuan, Kampung Budaya Sarawak di Santubung terletak 32km dari bandaraya Kuching dan mengambil masa lebih kurang 45 minit memandu kereta sewa.

No comments:

Post a Comment