Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Loading...

Thursday, June 20, 2013

Travelog : Kuala Terangganu :: Day 1

Perjalanan dari Kota Bahru ke Kuala Terengganu sangat menyoronokkan sebabnya kita akan melalui jalan pantai dan dapat melihat suasana kampung disana. Cuaca juga boleh dikatakan tidak terlalu panas terik. Memang sesuai sangatlah dan 'cool' saja perjalanan kami hari tu.  :)

Apabila masuk ke daerah Setiu, kita mula dapat melihat jaluran pantai yang umpama tiada penghujungnya di sepanjang perjalanan. Saya memang dah rasa happy sangat sebab macam nak suruh Mr. Sallehudin berhenti tepi jalan sebab nak ambil gambar. Tapi Mr. Sallehudin buat 'tak tauu jerkk' ~hehe~ Kita boleh membaca 'signboard' nama-nama pantai seperti Pantai Rhu 10, Pantai Penarik dan Pantai Mangkok. Sepanjang perjalanan kita dapat melihat gerai-gerai makanan yang diusahakan oleh penduduk situ. Semua makanan adalah berasaskan hasil tangkapan laut dan kebanyakan mereka menggunakan hasil tangkapan laut untuk menjana ekonomi mereka.


Antara menu popular di setiap gerai disepanjang pantai ialah ikan goreng tepung, udang goreng tepung dan semuanya bergoreng tepung. Kami pun mengambil kesempatan untuk berhenti di salah satu gerai tepi Pantai Penarik dan menikmati hidangan makan tengah hari. Kami cuma makan nasi berlaukkan sotong goreng tepung, ikan tongkol dan sedikit sayur.


Menurut Mr. Sallehudin sotong goreng tepung yang kami makan kurang sedap kalau nak dibandingkan dengan yang beliau pernah makan di Kuala Terangganu. Sebenarnya Mr. Sallehudin memang berhajat nak membawa saya mencuba sotong goreng tepung yang beliau pernah makan empat tahun dulu di sekitar kawasan chalet di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terangganu.. haha.. ok.. saya pun tak sabar nak makan nih.. :)

Kami tiba di tempat penginapan kami lebih kurang pukul 2.30pm. Kami menginap di Dara Inn, Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terangganu. Jalan menuju ke pantai ini bersebelahan dengan Lapangan Terbang Kuala Terangganu. Untuk pengetahuan kami membuat tempahan sebulan awal sebab kebetulan tarikh percutian kami pada musim cuti sekolah. Kami menempah 'deluxe room seaview' pada harga RM130 satu malam. Disebabkan ini percutian ala-ala honeymoon, saya memaksa Mr. Sallehudin menempah untuk dua malam. :)



Petang-petang kami jalan kaki kat tepi pantai. Kebetulan hari tu angin memang terlalu kuat sampaikan pasir pun terbang masuk dalam mata ~huhu~ Untuk pengetahuan Pantai Teluk Ketapang ni dilarang mandi maklumlah angin laut disini berbeza dengan angin laut pantai Port Dickson sebabnya ombak disitu sangat bergelora dan tidak sesuai dijadikan kawasan mandi manda. Sekadar duduk ditepi pantai dan mengambil angin petang tu boleh laa...  :)




Sebelah malam pula kami dibawa oleh kawan Mr. Sallehudin ke satu tempat yang agak menarik untuk menikmati 'seafood'. Kata Aida nama tempat tu ialah Tanjung. Malangnya saya tak berapa pasti lokasi sebenar tempat tu. Maklumlah waktu malam dan saya tak pasti ikut jalan mana yang di bawa oleh Aida. Sampai di situ, kami memilih gerai Ikan Bakar Mek Ta. 


Entah kenapa..saya teringin sangat nak makan ketam..~hehe~ Aida memilih Ikan Sebelah untuk dijadikan ikan bakar sebagai santapan kami. :) Ikan yang dibakar terasa manis kesegarannya. Selain ketam dan ikan bakar, kami memilih kerang bakar dan menu sampingan sayur kailan dan telur dadar untuk dimakan bersama nasi putih. Owhh.. makan bertambah-tambah sebab tu berat badan saya juga naik bertambah-tambah.. ~haha~




Perut kenyang senang hati. Dasat betul kalau tengok cara saya makan. Takpe sekali sekala katakan :p Harga makan malam kami hari tu RM85. Kata Aida, harga itu agak mahal tapi pada kami agak berbaloi juga sebab  Ikan Sebelah tu bukan bersaiz kecil. Ketam lagi.. kerang lagi.. :)

1 comment:

  1. salam kak,

    lama tak dtg sini..hihi
    kuala terengganu mmg best kalau dtg
    melancong ;))

    hubby ain duduk katsana
    masa cuti bsalin duk sana 2 bulan
    mesti ajak hubby bw p pantai yg berbeza2

    tp yg goreng2 tepung tak pernah cuba lg..hihi

    ReplyDelete