Salam.. dan Selamat Tahun Baru 2013
Ini entry pertama untuk tahun 2013. Kesian betul December 2012 entry yang I up dalam blog ni cuma 8 entry saja. I betul-betul sibuk sampaikan nak tengok blog sendiri pun tak sempat. Tempahan sangat banyak. Rainbow cake, choc fountain package dan I juga berpeluang untuk buka booth di karnival Jom Heboh TV3. Alhamdulilah dan bersyukur atas semua peluang yang ada.
Blog Mr and Mrs Sallehudin juga semakin ramai pengunjung. Ada juga mereka yang membaca setiap entry memberikan komen dan ada juga hanya sekadar 'silent reader'. Setakat ni tak ada lagi pembaca yang meninggalkan komen di entry yang mengata atau mengutuk setiap penulisan yang I tulis di blog. Diharap semua reader blog ni enjoy membaca setiap penulisan yang I tulis dan jangan sentap pulak membaca kalau ada setiap penulisan yang I tulis ni membuat pembaca terasa hati. Sebabnya apa yang I tulis dalam blog ni adalah datang dari hati dan I menulis apa yang I rasa, fikir dan alami. Tak ada penulisan I yang auta atau tipu-tipu. ~huhuhu~
Actually, blog Mr and mrs sallehudin ini tercipta pada asalnya adalah untuk mencoret setiap kenangan dan pengalaman semasa membuat persiapan pertunangan dan perkahwinan I dulu. Selepas berkahwin, I meneruskan penulisan dalam blog ini dengan entry makan-makan dan kehidupan selepas berumahtangga. Ada juga I selit entry luahan perasaan. hahaha.. So.. rasanya tahun 2013 ni I perlu buat satu target, penulisan I ni lebih tertumpu ke arah mana. I ada juga buat sedikit research, pengunjung blog I akan meningkat setiap kali I menulis entry berkenaan perkahwinan dan infor tentang perkahwinan.
Jadi I rasa di masa hadapan, lebih baik I banyakkan entry berkenaan infor perkahwinan. Selain itu, disebabkan I juga ada menjalankan perniagaan kecil-kecilan so I rasa maybe sesuai I selitkan aktiviti dan kehidupan seharian I dan suami. Food entry dan juga travelog entry juga sesuai untuk I coretkan dalam blog ini.. Insyallah....
okeylah..
byeee
No comments:
Post a Comment