Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Friday, January 18, 2013

Setia Hujung Nyawa

Hai.. uolls ada tengok drama Setia Hujung Nyawa kat TV3 tu setiap hari Isnin hingga Khamis? Drama ni adalah adaptasi dari novel yang tajuknya sama juga dengan dramanya... Orang yang macam I bukan kaki novel sebenarnya tak tau pun ada novel tajuk Setia Hujung Nyawa ni... Kalau sehangat Asmara ke.. Bicara Hati ke.. I tau laa sebab I penah baca novel ni.. hihihi..

So I start tengok drama Setia Hujung Nyawa dari episod berapa ntah.. tak sure.. I start tengok bila El dah bagi klu kat Zain.. bla..bla...bla... hehe... Jalan cerita agak best. Then, I try google pasal novel ni dan dapat laa baca sinopsis untuk novel ni.  :)

Jom kita emo skit.. I tak nafikan setiap jalan cerita dalam novel kemungkinan pasti akan berlaku dalam kehidupan manusia. Kalau tak 100% betul maybe 80% mesti sama. Kalau kata cerita novel adalah rekaan semata-mata macam mana penulis novel nak dapat idea kan. Betul tak?

Seperti Zain yang dalam novel tu.. adalah seorang lelaki yang tak sedar diri sebenarnya. Macamlah ko tu seorang ustaz yang perfect dan tak dapat terima isterinya pernah terlanjur?? betul tak? I yakin lelaki yang berperangai macam Zain tu memang ada dalam dunia ni. Ego dan pentingkan diri sendiri. Lastly.. baru tau yang dia pun pernah mengandungkan perempuan lain dan tak nak bertanggungjawab. Ko hina isteri ko yang pernah terlanjur tapi tak ingat yang ko sendiri tu pun busuk!!

Kalau I berada ditempat El.. dan tahu yang suaminya pun busuk.. confirm I akan tepuk tangan depan muka suaminya dan akan kata... "ko pun dua kali lima.. busuk macam bangkai" hahahaa.. dendam hokey.. Ape I mengarut ni.. ekekeke..


Sinopsis
 Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.



No comments:

Post a Comment