Salam..
Saya sudah sampai kampung. Yer.. pulang sebentar untuk menghantar barang yang super-banyak tu. Kesian Mr. sallehudin sebab menggunakan kereta kesayangan beliau yang baru aje keluar workshop-sebab buat cat baru sebagai delivery transport dari KL ke Perak. Nanti I blanje makan cendol kat Kuala kangsar nak? ~hehehe~
Okies.. mula-mula kita backdate story dulu yer...
Last weekend, hari Sabtu me and mr. Sallehudin pergi Nilai. Ingat tak saya ada cerita kat sini.. So we all pun pergi Nilai sebab nak ambil barang yang telah di order. Barang tu sebenarnya barang untuk buat door gift. Semuanya 1500pcs. Tapi mama pesan suruh buat penambahan lagi 500. Auntuie kedai tu cakap lagi 500 tu ada tapi sudah tak ada kotak. Its ok. Im belasah aje lagi 500 tu. On that day kitorang pergi Nilai cuma naik kancil aje sebab kereta Fiat kesayangan Mr. Sallehudin masuk workshop sebab nak servis dan cat baru. Gila tak gila kitorang.. 1500 pcs barang tu di packing dalam 8 kotak dan ada 1 guni besar. Kami sumbat semua tu dalam kancil. Yang lagi 500 pcs penambahan baru dah tak boleh muat kereta kancil. Maka keesokan harinya-Ahad kami pergi lagi sekali ke Nilai untuk ambil lagi 500 pcs. ~hahaha~ Nasib baik laa Shah Alam ke Nilai tak jauh sangat. Tenkiu mucuk a.k.a Mr Sallehudin sebab memandu ke Nilai..
Then hari ni.. nak hantar semua barang-barang tu balik ke kampung di Bagan Serai. Kali ni we all menaiki kereta Fiat Mr. Sallehudin. Dia cakap.. "Dah mcm lori I tgok keta I ni. Ermmmm kita beli lori nak tak?" hahaha.. then I reply.. "Bole gak... Senang wat bisness.." :)
Kat bahagian bonet kereta
kat seat belakang
Sampai aje kat kampung, my mama dah pening kepala tengok barang banyak sangat. Habis semua dah memenuhi ruang.
Ada jugak tudung saji masuk dalam pic ni.
Kesebukan telah bermula. Ada lagi banyak barang yang belum dibawa balik ni. Tak tau lah bila pulak nak balik kampung lagi. kalau nak kira-kira lagi 40 hari aje lagi majlis akan berlangsung. Tapi banyak jugak lagi barang-barang dan DIY-ing yang belum siap.. Aduss.. bila nak siap ni???
Saya balik kampung satu malam saja. Isnin dah nak balik ke KL semula sebab Mr. sallehudin nak terbang ke Labuan hari Selasa. Outstation lagi... huhu..
wahhh..
ReplyDeleteajaibnya boleh muat banyak dlm kancil..
hehehhe..
berjasa sungguh kancil tu.. kena servis dia elok2.. :)