holaa and happy Monday..
Husband text me pagi tadi and bitau yang jalan tak jammed. So dia boleh sampai ke office dalam masa tak sampai 1 jam. Okeyy.. kenapa yee..?? ramai orang bercuti ke hari ni?
Hari ni I bercadang nak lepak-lepak sambil tengok tv saja. Owhh dan juga nak siapkan all printing thing untuk job this weekend. Yer.. minggu ni I akan kembali sibuk sebabnya ada job hari Sabtu dan Ahad. Alhamdulilah itu semua rezeki yang datang dari ALLAH..
Ada beberapa perkara yang I nak ingatkan to all of you yang bercadang untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan ni.. Pertamanya, kita perlu berusaha memperkenalkan produk jualan kita melalaui pelbagai medium. Tapi for me, I cuma gunakan medium internet dan promosi dari mulut ke mulut saja. Boleh juga kalau nak print flyer dan edarkan pada orang ramai. Tapi I tak buat pulak cara tu sebab malas.. ~hehe~ Maybe one day I need flyer to promote my product and my little business. Insyaallah..
Yang keduanya.. jangan suka tiru orang lain. Jika si A dan B menjual produk yang sama.. I bagi contoh terdekat cupcakes [sebab I pun bermula dari menjual cupcakes secara part time :) ] jika si A buat promotion Mother Day pembelian 16 pcs cupcakes berharga RM50 percuma roses, jangan pula si B nak buat promotion yang sama 16 pcs cupcakes percuma roses pada harga RM49!! Jika uolls sebagai pembeli which promotion yang you prefer?? Dah tentu yang harga RM49 rite??? ALLAH berikan kita otak untuk berfikir. Jangan suka tiru everything promotion yang rakan jualan tawarkan. Secara tak langsung si B telah caras perniagaan si A secara terang-terangan. Sekali lagi I nyatakan ALLAH berikan kita akal fikiran untuk kita berfikir sesuatu yang lebih baik dan bukan berfikir untuk menjatuhkan antara satu sama lain.
Yang ketiga.. ada pepatah menyatakan 'Usaha tangga kejayaan' Yess I know that!! Memang usaha tangga kejayaan tapi kalau usaha untuk menutup periuk nasi orang lain... macam mana pulak tu kan..? Dah tentu perniagaan yang uolls jalankan tak berkat sebab kamu berjaya diatas kejatuhan orang lain. Yer.. memang dalam perniagaan terlalu banyak saingan tapi biarlah bersaing dengan cara yang sihat, saling melengkapi dan bukan suka mencaras perniagaan orang lain dan menutup periuk nasi orang lain.
Yang keempat.. dunia sekarang adalah sangat berteknologi. Kebanyakkan perniagaan diiklankan melalui internet. Gambar selalu disertakan untuk memberi keyakinan kepada pelanggan. Kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak, jangan suka curi gambar peniaga lain and claim that is your picture. Tak jujur namanya tu.. Cuba usaha untuk ambil gambar sendiri dan baru tunjuk pada pelanggan. Memanglah pelanggan tak tahu if itu gambar curi. Kalau pelanggan tau macam mana? "ehh..klau tak silap ni pic dari si XXX" so anda sebagai pencuri gambar..?? haha.. buat malu ajee!!
So far.. itu aje yang I nak tulis hari ni.. Enjoy your reading :)
ok..ok.. dikesempatan ni I nak promote skit laa.. ~hehe~ this is my little own business. Bagi sesape yang tak tau tu I ada menyediakan servis chocolate fountain, dessert buffet dan candy buffet untuk majlis perkahwinan, majlis bertunang, majlis akikah, birthday party dan sebagainya. Untuk infor details boleh ke my business's blog http://sweetheartstories.blogspot.com atau email me at cupcakesmuffins@gmail.com
adioss..
No comments:
Post a Comment