Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Loading...

Tuesday, April 16, 2013

Onde Onde Buah Melaka

Haii 
How are you today? Cuaca sangat panas kan hari ni? I baru je balik deliver cupcakes ke Puncak Alam. Balik rumah bukak peti ais and minum air satu jug. Legaa..

Semalam I buat kueh buah melaka untuk minum petang. Actually dah lama teringin nak makan kuih ni. And finally baru semalam berjaya juga buat. Owhh.. baru I tau kuih buah melaka ni juga dikenali sebagai onde-onde. Kalau orang sebut onde-onde I akan blur and akan terfikir cane rupa kuih onde-onde tu? Tapi bila sebut kuih buah melaka.. sekaligus dalam otak I terbayang-bayang kuih warna hijau disalut dengan kelapa parut dan intinya dari gula melaka.


Dulu kala I pernah buat kuih ni. Kuih paling simple dalam dunia dan paling senang nak buat.. I think so... gentel-gentel kemudian masukkan dalam air mendidih. (errr..ok ke ayat I? ~air mendidih~) apabila masak gentelan yang dimasukkan kedalam air mendidih tadi akan timbul di permukaan air. Kemudian bolehlaa kita angkat gentelan yang timbul tadi. :)  [ayat I ni macam kelakor je]


I hampir lupa macam mana nak buat kuih ni especially berapa sukatan air perahan daun pandan yang perlu digaulkan bersama tepung pulut.I boleh letak air mencurah-curah kedalam tepung tu dan hasilnya tepung itu tadi tidak menjadi doh dan tidak boleh diuli.. ~haha~ Im confuse.. cane nak buat ni sebab terlupa. so I buangkan sedikit campuran air daun pandan tadi dan tambah lagi tepung pulut sehingga ia boleh diuli.. ~yeayy~


Owhh.. perlu kah I sertakan sekali resepi? Rasanya ramai yang tahukan buat kuih ni? oklah I masukkan resepi. Senang juga untuk I in future if nak buat rujukan so I boleh rujuk kat my blog aje..  :)

Bahan-bahan:
250gm tepung pulut 
10 helai daun pandan (kisar dan ambil airnya saja)
kelapa parut
gula melaka

Cara-caranya:
Bancuh tepung pulut dan air daun pandan yang dikisar tadi
Gaulkan hingga sebati dan menjadi doh yang lembut
Ambil sejemput adunan doh, letakkan gula melaka ditengah sejemput adunan itu
Gentel hingga menjadi bulat
Masukkan gentelan bulat kedalam air mendidih tadi.
Gentelan tadi akan tenggelam di dalam air mendidih
Apabila telah masak gentelan tadi akan timbul di permukaan air
So bolehlah diangkat gentelan yang timbul
Kemudian gentelan tadi digolekkan bersama kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam
 Seterusnya.. boleh dimakan.. ~yeayyy~

Mr. Sallehudin makan kuih ni dan cakap.. "Ya Allah.. apsal laa bini aku ni kedekut taik idung masing!! Kuih masuk dalam mulut inti gula tu sikit je kena lidah pastu hilang tak rasa ape-ape dah.." ~hahaha~ Sorry.. I letak gula melaka tu sikit jer sebab bila I gentel doh tu gula melaka tu asyik nak terkeluar je.. ~hehehe~

Uolls.. jangan tiru I ye.. kalau nak inti yang banyak perlu gentel doh tu besar-besar so baru boleh letak inti banyak. I gentel kecil-kecil dan comel-comel macam I.. thats why.. gula tu sikit.. kot!!

Tengah malam I nak simpan lebihan kueh tu dalam peti ais. Sekali angkat tudung saji tengok tinggal pinggan dan serdak kelapa parut je.. ~hahaha~ bile mr. Sallehudin makan kasi habis pun I tak perasan.. Tapi bagus laa.. sebab habisss..

No comments:

Post a Comment