Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Wednesday, April 24, 2013

Food Review: Cendol Bakar Kuala Selangor

Pernah dengar menu Cendol Bakar? 
Pertama kali saya mendengar cendol bakar hati sangat teruja untuk mencuba kerana sememangnya saya suka mencuba dan menikmati cendol yang dijual di sekitar Shah Alam dan semua tempat yang menyediakan menu cendol. Dua minggu lalu saya telah mengajak Mr. Sallehudin untuk menikmati kelazatan cendol bakar tu. Mr. Sallehudin meng'google' lokasi dimana letaknya gerai yang menawarkan menu cendol bakar memandangkan ini pertama kali kami berdua hendak ke sana. 

Rupanya gerai cendol ini hanya terletak ditepi jalan berhampiran simpang Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (LATAR). Kawasan gerai yang luas memudahkan pengusaha cendol bakar ini menawarkan khidmat drive-thru. Apa yang saya perhatikan, terdapat beberapa orang pekerja akan pergi ke setiap kenderaan yang melalui drive-thru dan mengambil order. Jadi, servis menunggu untuk mereka yang melalui drive-thru tidak terlalu lama.


Bagi pelanggan yang ingin menikmati cendol di gerai tersebut, mereka terpaksa beratur dengan barisan yang agak panjang. Setibanya berhampiran kaunter, pelanggan diberi slip order dan menandakan cendol pilihan mereka dan kuantitinya sekali. 


Kawasan dan suasana gerai cendol bakar sangat tradisional. Ia bukanlah restoran atau kafe berdinding batu dan berhawa dingin. Tetapi hanya dilengkapi dengan tiang buluh dan atap rumbia. Meja makan juga diperbuat daripada kayu. Walaubagaimanapun ia kelihatan menarik dan unik  :)


Di sini ada menyediakan enam jenis cendol iaitu Cendol VIP, Cendol VVIP, Cendol Tapai, Cendol Pulut Tapai, Cendol Durian, dan Cendol Pulut Durian. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan. Bagi warga Orang Kurang Upaya (OKU) dan fakir miskin mereka akan diberikan cendol secara percuma.


Apa resepi sebenar cendol bakar ini? Sepanjang perjalanan menuju ke gerai cendol bakar, saya berfikir-fikir apa sebenarnya yang dibakar dalam cendol tu? adakah cendol hijau tu dibakar kemudian diletakkan kedalam air gula? ~hehe~ Setelah membaca artikel besar yang digantung dihadapan gerai, barulah saya tahu rupanya gula merah yang digunakan dibakar terlebih dahulu. Selain itu, ia adalah gimik juga sempena nama datuk kepada pengasas itu sendiri iaitu Abu Bakar Saidin...


Ramai yang memuji kesedapan cendol bakar dan setelah saya menikmatinya memang tidak dinafikan lagi. Kandungan dan campuran gula melaka serta cendol dan beberapa bahan yang lain menjadikan ia lebih lemak tambahan pula kesejukan cendol yang dihidangkan di dalam mangkuk 'steel' (sory..tak tau nak panggil apa mangkuk tu) amat perfect untuk menghilangkan dahaga.


Bukan cendol semata-mata saja yang dijual disitu ye.. Terdapat juga beberapa gerai lain yang menjual makanan sampingan seperti otak-otak, chiken chop, laksa, bakso, cucur udang, nasi ayam dan sebagainya. Saya memilih untuk mencuba set cucur udang yang berharga RM4.00. Cucur udang terebut dihidangkan bersama kuah kacang yang pada saya rasanya tidak menghampakan. Walaupun terasa seperti kuahnya agak tawar tapi kelazatan cucur udang tidak mengecewakan.


Mr. Sallehudin mencuba laksa yang berharga RM4.00. Laksa juga tidak mengecewakan. Kuah yang agak pekat mujurlah kurang pedas kerasa risau bila saya tengok kuahnya merah nampak macam pedas ajee.. ~hehe~

Tidak sia-sia perjalanan saya dari rumah ke Gerai Cendol Bakar ni. Untuk pengetahuan, team Jalan-jalan Cari Makan TV3 juga pernah membuat pengambaran disini. ~Glemer gitu..~ Lokasi cendol bakar ialah Kg Assam Jaya Kuala Selangor. Tak jauh dari exit lebuhraya saja..

Ambiance: 8/10
Price: 8/10
Food: 9/10

No comments:

Post a Comment