Salam semua... dan salam Jummat..
Kan I dah cakap.. minggu ni minggu mood wedding anniversary so I up sumer cerita dan gambo pasal kawen. ~ekeke~ Next week I nak up satu entry best jugak.. khas untuk b2b :)
Kali ni cerita pulak tentang majlis bertandang yang berlangsung di Gombak. Tiga minggu selepas majlis resepsi di Bagan Serai. Untuk majlis bertandang di Gombak, I tak gunakan MUA untuk mekap. Sebabnya I mekap sendiri. :) ahaa.. Actually dulu I pun pernah jadi seorang MUA. Dalam tahun 2006 to 2008 gitu.. lupa dah.. :) Lepas tu I stop terus kerjaya MUA ni sebab ada beberapa perkara yang tak dapat dielakkan.. ~huhu~
Kali ni.. I guna skill yang I pernah belajar dulu. Nak tengok masih ok or tak skill nak mekap pengantin ni.. hihi..
Hahaha.. Mr. Sallehudin muka berkerut bila I letak eye liner kat mata dia.. Dia pun I sapukan bedak dan bubuh eye liner & lips liner jugak. Bagi nampak berseri skit muka tu. Takde laa nampak macam brutal sangat kan..
Ini masa berarak. Untuk majlis bertandang ni ada dua pasangan pengantin.. kitorang dengan abang sulung Mr. Sallehudin.
Huhu.. sangat panas.. Majlis berlangsung di Dewan Perbandaran Selayang, Taman Gombak.
Time ni memang I lapar sesangat. Time ni I makan nasik habis yer.. siap tambah lagi sebab kerja kurang penat so mood untuk makan pun mencanak-canak. Masa majlis resepsi I kurang makan sangat sebab terlalu penat, nak minummm ajer..
Ok tak I mekap sendiri? tak kesah laa janji jimat ongkos. Sebenarnya I ada jugak servey dua tiga orang MUA.. tapi kos diorang RM350 untuk sekali mekap. I tau memang itulah rate sekarang untuk mekap pengantin. Lepas tu I ada tanye jugak sorang member ni. Member ni awek kepada kawan Mr. Sallehudin. Dia pun MUA jugak. So dia bagi special rate untuk I. So.. I pun ok aje lah nak amik dia.. tapi I blom konfirm betul-betul dengan dia lagi.. Dua minggu sebelum majlis I coll dia.. tetibe dia tak dapat nak mekapkan I tarikh tu sebabnya tangan dia cedera jatuh tangga. ~huhu~.. I decide I nak mekap sendiri aje lah..
Potong kek.. I lupa kek ni flavor ape.. haha.. rasanya macam vanilla. Kek ni include sekali pakej catering yang arwah MIL dah booking.
Taraaa... this is my pelamin. ermm.. tak kata pelamin sangat laa sebab bukannye tepung tawar pun juz buat untuk bergambar aje. So.. boleh dipanggil sebagai photobooth aka mini pelamin. Photobooth ni, semua perhiasan adalah dari I sendiri. Mr. Sallehudin tolong belikan plawood untuk dijadikan backdrop. Mr. Salehudin tukang paku backdrop tu & tukang angkat bawa ke dewan.. hahaha.. tercapai hajat I nak buat pelamin sendiri.. ekeke..
Wooo.. Woooo..mari main buaian..
Ini famili untuk ketiga-tiga belah pihak. Mr. Sallehudin's family, my family & Aisyah's family
ok byee..
cantik sgt!!! lieya suke hijau tu...naik seri pengantin heheeheheh
ReplyDelete