Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger
Showing posts with label Throw Back. Show all posts
Showing posts with label Throw Back. Show all posts

Friday, March 15, 2013

Throw Back : Bertandang Reception

Salam semua... dan salam Jummat..
Kan I dah cakap.. minggu ni minggu mood wedding anniversary so I up sumer cerita dan gambo pasal kawen. ~ekeke~ Next week I nak up satu entry best jugak.. khas untuk b2b :)

Kali ni cerita pulak tentang majlis bertandang yang berlangsung di Gombak. Tiga minggu selepas majlis resepsi di Bagan Serai. Untuk majlis bertandang di Gombak, I tak gunakan MUA untuk mekap. Sebabnya I mekap sendiri. :) ahaa.. Actually dulu I pun pernah jadi seorang MUA. Dalam tahun 2006 to 2008 gitu.. lupa dah.. :) Lepas tu I stop terus kerjaya MUA ni sebab ada beberapa perkara yang tak dapat dielakkan.. ~huhu~


Kali ni.. I guna skill yang I pernah belajar dulu. Nak tengok masih ok or tak skill nak mekap pengantin ni.. hihi..

 Hahaha.. Mr. Sallehudin muka berkerut bila I letak eye liner kat mata dia.. Dia pun I sapukan bedak dan bubuh eye liner & lips liner jugak. Bagi nampak berseri skit muka tu. Takde laa nampak macam brutal sangat kan..

 Ini masa berarak. Untuk majlis bertandang ni ada dua pasangan pengantin.. kitorang dengan abang sulung Mr. Sallehudin.

Huhu.. sangat panas.. Majlis berlangsung di Dewan Perbandaran Selayang, Taman Gombak.

 Time ni memang I lapar sesangat. Time ni I makan nasik habis yer.. siap tambah lagi sebab kerja kurang penat so mood untuk makan pun mencanak-canak. Masa majlis resepsi I kurang makan sangat sebab terlalu penat, nak minummm ajer..

 Ok tak I mekap sendiri? tak kesah laa janji jimat ongkos. Sebenarnya I ada jugak servey dua tiga orang MUA.. tapi kos diorang RM350 untuk sekali mekap. I tau memang itulah rate sekarang untuk mekap pengantin. Lepas tu I ada tanye jugak sorang member ni. Member ni awek kepada kawan Mr. Sallehudin. Dia pun MUA jugak. So dia bagi special rate untuk I. So.. I pun ok aje lah nak amik dia.. tapi I blom konfirm betul-betul dengan dia lagi.. Dua minggu sebelum majlis I coll dia.. tetibe dia tak dapat nak mekapkan I tarikh tu sebabnya tangan dia cedera jatuh tangga. ~huhu~.. I decide I nak mekap sendiri aje lah..

 Potong kek.. I lupa kek ni flavor ape.. haha.. rasanya macam vanilla. Kek ni include sekali pakej catering yang arwah MIL dah booking.

 Taraaa... this is my pelamin. ermm.. tak kata pelamin sangat laa sebab bukannye tepung tawar pun juz buat untuk bergambar aje. So.. boleh dipanggil sebagai photobooth aka mini pelamin. Photobooth ni, semua perhiasan adalah dari I sendiri. Mr. Sallehudin tolong belikan plawood untuk dijadikan backdrop. Mr. Salehudin tukang paku backdrop tu & tukang angkat bawa ke dewan.. hahaha.. tercapai hajat I nak buat pelamin sendiri.. ekeke..

 Wooo.. Woooo..mari main buaian..

Ini famili untuk ketiga-tiga belah pihak. Mr. Sallehudin's family, my family & Aisyah's family

ok byee..

Wednesday, March 13, 2013

Throw Back : Candid on Our Wedding

Salam semua.. 
Memandangkan minggu ini ialah minggu mood 1st year wedding anniversary.. hari nie kita tengok pic candid pulak.. lalalalala.. 

 Dua orang ni my adik. Diorang ni memang orang kuat majlis. Yang sorang yang pakai spek hitam tu dah kawen bulan 10 tahun lepas, yang sorang lagi pic kanan tu baru masuk Universiti Petronas bulan Jan ari tu.. 

 Haa... semua orang berkumpul kat kaunter guestbook dan photobooth.. huhu.. ape laa yang best sangat kat situ tu..?

 Tengok lah tu.. ramai bebudak yang berkumpul kat kaunter chocolate fountain. So sad... time ni my chocolate fountain tak menjadi langsung. chocolate jadi keras. Maklumlah ni my first time mengendalikan mesin ni.. ~hukhukhuk~

 Tukang jaga lauk pun sangat bz... makanan dari katering adalah sangat sedap dan terbaik.. ~hehehe~

Biasalaa.. bile dah kenduri kendara ni.. ada jugak sessi jejak kasih laa.. nangis-nangis laa.. peluk-peluk laa..
 Ni.. all my cousin. excited sungguh diorang ni bergambar kat photobooth. Maklum laa props kat situ pun kiut-kiut.. So.. diorang bergambar dengan senang hati & happy sekali..  :)

 Masing-masing juga excited mencedok nasi & lauk...

 Owhh.. selamat datang ke majlis perkahwinan saya & suami..  :)  I pun tak kenal sape ni.. ~hihi~.. maybe kawan abah kot..

 My abah & my mama..

Rombongan dan keluarga pengantin lelaki dah sampai... My side semua berbaju biru, his side semua berbaju cokelat  :)

Tuesday, March 12, 2013

Throw Back : Our Wedding

Salam semua...

ok minggu ni kite buat semua flash back gambo kawen ye.. sebabnya nak amik mood sempena 1st wedding anniversary... :) lalallalaa...

Rombongan pengantin lelaki dah sampai. Dalam pukul 1 tgh hari diorang dah berarak dari homestay yang disediakan ke rumah pengantin. Jarak homestay ke rumah pengantin lebih kurang 500 m saja.. hehe


 Ok.. I pun kuar menyambut pengantin lelaki sambil dirinigi flower gurl, pengapit dan tiga orang dayang berbaju biru..  :)


Time ni takde laa nervous sangat.. Rasa glemer sebab semua orang dok pandang. hahaha...

Lepas tu I pun menyambut pengantin lelaki dan mencium tangan beliau. Tengok tu... poyo sungguh muka laki I kan.. hehe..
  

Bersiap sedia hendak menuju ke pelamin. Time ni tak ingat lah cuaca panas ke mendung.. hehe.. Tak rasa ape-ape, rasa macam anggun aje berpakaian pengantin.. hahaha..


Melepas pintu gerbang berbentuk 'love'. Mak I berkenan sangat pintu gerbang tu.. hehe


Akhirnya.. dah bertenggek atas pelamin.  :) I pun macam konpius apa tema warna yang I unakan sebenarnya untuk my wedding..? huhu.. Baju kaler biru, pelamin warna merah hitam.. Tapi ok laa kan.. kalau pelamin nak warna biru juga nanti tenggelam pulak me & mr. sallehudin atas pelamin tu.. 


Walaupun pagi sebelum pergi make-up kat kedai, I memang tak makan ape-ape pun. Lepas tu balik dari mekap I sempat makan cendol aje. Memang rasa sangat lapar. Bila dah sampai kat meja makan beradap I makan tak habis. Cuma ratah lauk aje. Yang penting I dahaga sangat-sangat..!


Hahaha.. rasanya gambar ni adalah sangat kelakar kan Mr Sallehudin?? 
Mesti laki I cakap dalam hati " ishh.. bini aku nih buruk lantak sungguh! org lain dh abih mkn die blom abih lg.. haiss" mimik muka I pulak seperti sangat berusaha nak carikkan daging dalam pinggan tu.. hehe..

Yer.. husband I memang ganas!!.. hahaha.. pegang pisau macam tu dan terus nak tikam kek. hehe.. Untuk wedding cake tu include sekali dalam package catering. Niat hati mulanya memang nak buat kek sendiri. tapi rasa macam dah tak larat sangat. Banyak mende DIY yang lain blom buat. So pasrah aje lah cane design wedding cake. huhu.. Cuma I ada bagi patung bride & groom suruh pembuat kek letak atas wedding cake.


I suka gambar ni  :) Owhh.. rupanya I tak review pun gambar DIY untuk bilik pengantin kan :) backdrop kat kepala katil tu memang DIY. amik idea dan tengok tutorial kat blog b2b yang lain.. 


Jangan tak tau yer.. pengantin pun karaoke juga di akhir majlis. Kitorang nyanyi lagu Dua Insan. Actually I dah practise lagu ni, pergi karaoke dua tiga kali.. hahaha.. tapi bile nyanyi kat kenduri kawen rasa darah gemuruh pulak.. ekeke..

 Yeahhh.. akhirnya majlis selesai.. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke majlis perkahwinan kami. Terima kasih kepada semua vendor dan terima kasih kepada jiran tetangga yang sudi menolong..  :)


Rasa rindu sangat nak DIY macam dolu-dooluuu.. Bila laa lagi dapt DIY kan.. rasa sebok nak siapkan itu ini. Memang penat tapi sangat berpuas hati bila hasil kerja kita dipamerkan di majlis perkahwinan kita kan...