Hai... Salam hari Khamis :)
Hari ni tengok decoration di sekitar majlis perkahwinan antara saya dan Mr. Sallehudin setahun yang lalu.
Lntern memang menjadi hiasan utama semasa majlis kami dulu. Lantern digantung di bawah khemah dan pokok-pokok ditepi rumah :) Terima kasih kepada mereka yang sudi membantu menggantung lantern pada malam sebelum majlis. Mereka ialah kakitangan catering dan rakan yang menjadi pengapit I.. hehe.. Pada mulanya orang catering hanya gantung lantern untuk sekeliling khemah saja. Tapi I tak puas hati so I tambah lagi lantern warna pink di bawah khemah pulak. :) Lantern yang digantung pada pokok telah digantung keesokan paginya.. ~hahaha~..
Gerbang cinta lah kononya.. Pintu gerbang ini disewa dari butik pengantin yang menjadi vendor untuk pelamin I. Pintu gerbang juga ada dihiasi dengan lantern kecil..
Kanvas printing ini ditempah dari ThePhotoboothCorner. Last minute order.. dalam seminggu or dua minggu sebelum balik kampung kot. Nasib baik sembapt siap. Ownernya nama Diba. Dia dah popular sekarang, siap masuk TV dah sekarang ni.. ~hehehe~
In pulak photobooth & guest book coerner.. Tak tau laa nape ramai btoi yang suka lepak kat situ.. huhu.. Maybe sebab bawah pokok so sejuk sikit kan. Kebetulan time kenduri aritu cuaca memang panas..
Haha.. my props kat photobooth corner. Ni semua preparation last minute.. Beg antik tu sebenarnye dah lama tersimpan atas almari. Daripada berhabuk so I amik dan bersihkan. Bahagian dalam beg tu I siap hias-hias dengan tali so boleh gantung gambar yang dah di print.. :)
Pelamin... Actually mula-mula dulu rasa macam nak DIY pelamin. Tapi memandangkan I takut sibuk sangat maklumlaa everything I nak buat. Macam-macam!! So I takut tak sempat aje nak hias DIY pelamin. Lagipun risau pulak takde orang yang nak bantu utntuk DIY pelamin. So I decide untuk booking aje dari vendor. Lagipun my mom dok bebel-bebel suruh booking vendor tu.. vendor tu kawan my mom. I tak sempat nak servey butik pengantin yang lain. ~huhu~
Haa.. inilaa lantern yang I gantung dengan my fren tengah malam buta.. malam sebelum majlis. Mr. Sallehudin tolong teman sampai semua kerja selesai. Nampak sweet tak..? :)
Banyak pulak pic untuk props ni.. Maybe sebab unik dan kat kawasan rumah I ni.. rasanya macam I sorang aje kot wedding yang hias-hias bagai.. hahaha..
ok.. ini bilik pengantin. Backdrop kat belakang tu memang DIY. My mom kan.. kalau boleh dia nak hias semua sudut dalam bilik tu dengan bunga. Tapi I tak suka. Dah rasa macam hiasan bilik pengantin zaman 90an pulak.. Idea dah lama. Idea sekarang hiasan yang lebih sweet dan simple. Less bunga.. Kalau nak tau atas almari baju (tak nmpak dlm gambar) memang ada bunga panjang yang orang dolu-dolu suka hias untuk bilik pengantin.. ~huhu~.. I sangat protes hokeyy!! Tapi my mom dah beli.. Tak pe sebab tak masuk dalam gambar. Lepas tu ada hati nak beli lagi bunga nak letak atas meja solek pulak.. Part nak letak bunga kat meja solek memang I protes!! Sebabnya I dah planning nak letak candles, doily paper & kelopak bunga.. hahahaha.. Owhh.. yang kat dinding sebelah kanan tu I tampal wall sticker. Beli kat kedai JIMAT RM2.. kat Taiping.. ~ekekeke~
Last sekali nak bitau baju kawen.. I memang sangat suka dengan design yang tailor tu buat. Cuma I hangin dengan sikap tailor tu ajee.. Ade ke patut.. hari yang I nak collect baju tu dia terhegeh-hegeh nak jahit bunga putih tu.. huhh!!.. ok dah lepas.. tak payah nak sakit hati dah.. hehe..
No comments:
Post a Comment