Hai..
Masa I balik kampung kat Bagan Sera dua minggu lepas.. I sempat bawak Mr. Sallehudin pergi makan mee udang berasap. Lokasi kedai ni cuma sebuah gerai di tepi jalan aje kat Tanjung Piandang. Sesiapa yang tau area Kuala Kurau mesti tau nama Tanjung Piandang :)
Ia dinamakan mee udang berasap sebabnya mee udang ini akan dihidangkan kepada pelanggan menggunakan hot plate. Jadinya selepas mee udang dimasak ianya terus diletakkan ke dalam hot plate. Dalam keadaan yang sangat panas dan berasap akan terus dihidangkan kepada pelanggan.
Gerai ini menyediakan 3 pilihan untuk mee udang. Pilihan pertama ialah mee udang kecil yang mengandungi 3 hingga 4 ekor udang yang fresh di dalam datu hidangan. Berharga RM5 sepinggan. Pilihan kedua mengandungi 6 hingga 7 ekor udang fresh dan berharga RM7... (sory tak ingat, tapi rasanya RM7). Pilihan ketiga pula ialah mengandungi 9 ekor udang fresh dan berharga RM9.
Apa rasanya? Pada saya yang paling penting sekali mee tu tak terasa kapur. Kuah pulak rasa seperti manis udang. Maklumlah udang fresh. So.. I bagi 4 bintang dari bintang penuh 5..
Nama gerai ni ialah Gerai Kak Ros Mee Udang Berasap. Terletakdihadapan padang Sek Keb Sungai Baru. Jika kita datang dari Kuala Kurau gerai tu disebelah kiri dan jika datang dari Parit Buntar gerai tu di sebelah kanan.
Ambiance: 8/10
Price: 9/10
Food: 9/10
Ambiance: 8/10
Price: 9/10
Food: 9/10
No comments:
Post a Comment