Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Loading...

Monday, December 10, 2012

Meatball Yang Sedaplah Sangat Katanya.....

Assalamualaikum...
Semalamkan I telah mengheret mr.sallehudin untuk ke IKEA. Bukan untuk bershopping tapi teruja yang amat sangat sampai tak boleh control. hehe.. teringin nak makan meatball idaman melaya yang kononnya sedaplah sangat.... I tak penah makan sebelum ni.. :(

Hari minggu di Ikea sangat lah teruk. Mr.sallehudin cakap macam ulat taik. Ramai betul orang. Nak carik parking pun payah. Nak beli makanan kat cafe Ikea pun beratur panjang berjela.. huuu...

Menu di cafe Ikea sangatlah menarik hati.. I sempat juga snap gambo beberapa menu yang ada. Kebanyakkan ala-ala healthy food. Ada salad, muffin, fish and chip. Yang tak healthy pun ada jugak. 

Sepanjang beratur nak membeli makanan, rata-rata I tengok kebanyakan orang Membeli meatball tu. Bebola daging Sweden bak kata melayunya... 


Taraaaa.... akhirnya dapat jugak I makan meatball yang kononnya sedaplah sangat.. haha.. tapi sebenarnya boleh tahan sedap. I sebenarnya tak suka makanan yang berasaskan bebola ni. Tapi bila makan meatball Ikea ni nasib baiklah tekak ni boleh terima. Not bad rasanya.. tapi I suka kuah yang kat atas meatball tu.. :) saat I menulis entry ni terasa terliur-liur nak pegi makan lagi sekali.. hehe...


Meatball ni ada tiga pilihan. Nak 10 biji bole, 15 biji boleh, 20 biji pun boleh. Tapi rasanya kalau sorang makan 10 bijik pun dah cukup kenyang. Tapi me and mr.sallehudin agak tamak orangnya. Sebab kami amik pilihan 20 bijik sekaligus.. dalam pinggan tu juga ada fun fries. So untuk meatball Ikea yang menjadi idaman seantora warga KL or PJ ni I nak bagi bintang 3.5 dari full bintang 5 star.


Me and mr.sallehudin bukan makan meatball semata-mata... makanan tambahan lain yang berjaya dipilih oleh kami ialah chicken wing, pipuah goreng dan makaroni sos. Wahhh.. dasat sekali pemakanan kami laki binikan... hehe...

Lepas kenyang makan.. kitorang pun jalan-jalan window shopping dalam IKeA.. konon cari ilham....

Adios...


1 comment: