Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Saturday, December 15, 2012

Mengantuk Tapi Boleh Bebel dan Bebel

yeaaa..

Dapat pun update blog hari ni. Dasat giler minggu ni. Hectic macam nak pengsan. 
Buat cheese tart la, apam polkadot la, pavlova, chocolate ball, 2 bijik rainbow cake, cupcakes lagi. Pastu keluar buat delivery. Pergi beli fruits untuk chocolate fountain. Lepas tu balik rumah nak cucuk fruits kat lidi. Nak packing barang masuk dalam kotak. pheww.. penat..

Ni pun sebelum tido boleh sempat update blog kejap. Walaupun mata dah ngantuk giler. Menaip pun tertidur-tidur.. mr. sallehudin pun baru balik keje ni. Dia punye keje pun teruk jugak. Sampai langsung takde masa bersenggang dengan isteri. Ada sekali tu.. pergi keje malam Khamis pukul 10 mlm balik rumah hari Jumaat pukul 10 malam keesokan harinya sebab nak siapkan projek system apentah kat KLIA tu.  Gila kan!!

Oleh itu.. kepada orang yang berkenaan tolong laaa bagi suami saya tu cuti lepas habis projek ni nanti. Apalah salahnya bagi percutian tiga hari dua malam kat Hotel Grand Lexus. Bukan nak mintak bonus tiga bulan pun. Setakat belanja hotel 3 days 2 night tu.. ape lahhh sangattt kan.... tak luak pun keuntungan yang riban dan jutan jutan tu... kesian kat bini orang yang keja teruk teruk tu.. asyik kena tinggal aje. Dah macam hape dok kat umah nganga tengok TV aje.. Nasib baik laa bini orang tu isi waktu terluang amik order buat kek. Kalau tak buat pape.. mau bengap otak bini dia tu dok kat rumah langsung takde percutian. Enam bulan sekali pun payah nak pergi holiday sebab sang suami asyik sebok outstation sana sini.

Time MC pun dok telefon tanya pasal kerja. Mana boleh laki aku ni nak jawab, badan dia dah laa demam panas nak bangun pun tak larat ni sebok dok tanya itu laa ini laa... Mengalahkan Y.A.M tunku.. boss aku dulu tu.. Haiss.. tapi boss aku dulu tu lagi teruk. I off kan hanfon, esok pagi pergi keje boleh marah pulak apsal I off kan hanfon. Aiksss.. suka hati aku laa nak off kan ke.. nak baling kasi anjing ke.. itu kan hanfon aku sendiri bukannyer Y.A.M Tunku yang bagi. Kekadang orang yang pangkat besar dan berdarjat tinggi ni jarang sangat pakai otak waktu berfikir. Selalu guna kepala lutut kan.. Pastu pentingkan diri sendiri. 

Penah sekali.. I otw nak pergi kerja tiba-tiba kereta breakdown tengah jalan.. boleh bini si Y.A.M Tunku tu suruh aku tinggalkan kereta tepi jalan lepastu suruh naik teksi pergi rumah baru dia..sebab ada kontraktor nak buat kerja kat rumah baru tu. Seeeeee... bahlul ke tak? Ada hati perut ke tak? Kekadang terfikir.. agaknye semua orang yang berdarjat ni memang macam ni lah perangai nyer kot kan..

Ape nih.. ngantuk-ngantuk pon boleh pulak menaip nak marah marah... hahaha..
So.. kesimpulannya, kepada BOSS suami saya.. tolong bagi dia cuti lepas habis projek apentah tu.. Saya dan suami nak pergi honeymoon. Sejak lepas kahwin tak pergi honeymoon pun lagi. Setakat singgah kat Cameron Highland satu malam tu je.. apelah sangat kan.. Saya nak pergi tepi pantai pulau.. nak snorkeling. Dah lama sangat tak bercuti kat pulau.. 

Sekian terima kasih & good nite...

1 comment:

  1. jemput join GA saya :) http://princess1405.blogspot.com/2012/12/end-year-giveaway-by-princess1405.html

    ReplyDelete