Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger
Showing posts with label chocolate fountain. Show all posts
Showing posts with label chocolate fountain. Show all posts

Wednesday, July 31, 2013

Ramadhan 1434H : Day 22

Wahhh...
So eksited sebab hari ni berbuka puasa di MIG Production. Actually I sponser for chocolate fountain untuk majlis berbuka puasa. Sebenarnya majlis ni hanya untuk staff dan beberapa orang tetamu saja..


Untuk 
dessert buffet, I sediakan chocolate fountain, red valvet cake & rainbow cake. Alhamdulilah, semua suka dengan menu yang I seduakan.


Mr. David Teo and her wife juga sangat sporting dan friendly. Kami semua duduk bersila untuk berbuka puasa beramai-ramai. diorang pon slumber jugak join duduk bersila.


Yang paling best sekali... David Teo ni bagi duit raya to semua yang hadir. Mula-mula me and husband target dalam sampul tu ada RM10. Actually tak kesah pun berapa RM. Sampai rumah baru kami check sampul tu. Terkejut badak hokeyyy.. Dalam sampul ada rm50. Walawehhh!!  

Patutlah company dia sentiasa keluar filem baru dan bisness dia makin maju sebab dia share hasil kejayaan dia dengan orang lain. Bak kata orang 'murah rezeki dia' bukan macam ada satu company tu...boss melayu, hasil pendapatan juta-juta...jangan katakan bonus..duit raya pun tak ada untuk staf sendiri.Dah laa staff kerja keras. Asyik balik lewat memanjangggg... Sekurangnya hargai lah sikit tenaga kerja staf, ini makan dia anak beranak je. Tetiap tahun bercuti pergi Bali. huhh!!

Ok.. Menu ramadhan 22

:: nasi putih + tomyam ayam + bawal goreng cili
:: lontong
:: mee goreng + kuewtiau goreng
:: kuih muih
:: nasi impit + rendang daging

Wednesday, June 12, 2013

Servis Chocolate Fountain Saya ke Gua Musang

haii..
Servis chocolate fountain saya dah sampai Gua Musang. :) Ini kali kedua saya ke sana. Seronok sebab sambutan dari warga Gua Musang sangat memberansangkan. Tak cukup tangan saya nak handle seorang diri. Mujur ada Mr. Sallehudin yang sudi membantu dan meminta di bayar upah. ~hehe~

Kagum juga dengan diorang ni. Terima kasih sebab tolong saya menghabiskan semua menu yang ada atas table dessert buffet tu. Menu habis cepatlaa saya packing barang-barang dan cepatlaa saya dapat payment.. ~ekeke~


Seronok tengok diorang excited makan starwberry cicah chocolate tu. Ada juga yang bertanya "macam mana cara nak makan ni..?" ada juga yg tengok pancuran chocolate tu tanye.. "ehh..chocolate ke ni??" 


Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Habis saja semua menu tu, saya pun berkemas semua barang-barang dan setelkan semua payment. Majlis ni diadakan di Kesedar Inn Gua Musang. Bilik hotel telah disponser oleh tuan rumah. Terima kasih atas layanan. 

Alang-alang dah sampai ke Pantai Timur, saya dan mr. Sallehudin planning untuk sambung percutian ke Kuala Terengganu.. ~horeyyy~

Sesiapa yang berminat untuk booking pakej chocolate fountain untuk majlis wedding, boleh email to cupcakesmuffins@gmail.com

Monday, April 22, 2013

Suami Saya Sudah Boleh Diharap.. ~wee~

Holaa..

Seperti yang semua sedia maklum I ada menjalankan bisnes kecil-kecilan candy buffet dan choc fountain. Setiap kali bila I ada job, Mr.Sallehudin yang sentiasa akan menemani dan membantu I dari segi mengangkat barang dari rumah masuk dalam kereta ke tempat event dan angkat barang lagi sekali dari tempat event masuk ke dalam kereta dan balik rumah. Sometimes beliau ada juga buat promotion kepada tetamu di mana-mana event yang kami pergi. Promo skill beliau adalah sangat awesome.. hehe..

Semalam.. I telah menerima dua job event di tempat yang berlainan tetapi waktu yang sama. I dah confirm untuk job yang pertama di Tropicana. Kemudian ada request last minute untuk job di KGSAAS. I tanya pada Mr. Sallehudin sama ada dia confident untuk pergi ke job event kedua? and he said YES!! Hoho.. so I pun confirm untuk request job kedua..

Sebelum keluar rumah, I dah explain to Mr. Sallehudin macam mana nak buat table decoration. Memandangkan decoration tak sarat sangat so I pun memberi sepenuh kepercayaan kepada beliau. Dan hasilnyaa.... Taraaaa...

|
|
|
|
\/


Pandai pun...!! Next time boleh lah beliau pergi sorang lagi kalau ada dua job dalam satu hari.. hehe.. Job ni dibuat di pool side Kelab Golf Sultan Sallehudin Abdul Aziz Shah. Sambil handle job sambil beliau mencuci mata. Tengoklah gambar apa yang diambil..


huhu.. balik rumah aje terus beliau cerita kat I yang dia tertengok perempuan bogel!! Whatttt???

Monday, March 11, 2013

Its Again :)

Alhamdulilah..

Isnin minggu lepas perniagaan kecil-kecilan  yang diusahakan bersama saya dan suami telah dipelawa sekali lagi dari Majalah Pesona Pengantin untuk menghiasi isi dalaman majalah tersebut.


Kali ini saya menyediakan 1 set dessert buffet dan sudut photobooth. Servis photobooth adalah servis terbaru yang Sweetheartstories tawarkan. 
 

Saya memang agak sibuk juga membuat persiapan untuk sessi photoshoot hari tu.. Especially menyediakan props untuk photobooth corner. Almaklumlah nak bagi nampak cantik  :) Insyallah jika tiada aral melintang Dessert Buffet ini akan menghiasi majalah Pesona Pengantin keluaran May 2013  :)  Jangan lupa beli tau ~hee~
 

Untuk mengetahui infor lebih lanjut boleh ke fb page saya ye.. Juz type Sweetheartstories Cupcakes & Craft

Terima kasih.. byee..  :)

p/s: saya ada menyediakan sewaan dulang hantaran, cadar katil pengantin dan bantal nikah. Nanti I upload pic ye..  :)

Sunday, February 24, 2013

Sabtu Yang Sibuk

Salam..

Hari Sabtu lepas memang agak busy juga. Ada dua event untuk set up choc fountain table. 
Pepagi lagi me & Mr. Sallehudin selaku assistant I telah berangkat ke Taman Panchor Jaya, Seremban untuk majlis pertungan Yanie.
 


Taraa....
Inilaa set up yang berjaya dibuat untuk majlis pertunangan Yanie. Rombongan lelaki sampai dalam pukul 12 tengah hari gitu.
 

Pukul 2.30pm I pun dah siap sedia packing barang dan bertolak balik ke Shah Alam. Sampai aje terus pergi beli ballons untuk job event sebelah malam pulak.
 

 Alhamdulilah..
Hari Sabtu berjalan dengan lancar. Malamnya set-up choc fountain table di seksyen 18, Shah Alam untuk birthday party Alma. Makanan best-best..  ~hii~
 

Event malam tu selesai dalam pukul 11pm. Penat tu jangan cakap laa kan.. 

So.. sesiapa yang berminat nak buat tempahan candy buffet / choc fountain / dessert buffet boleh laa email terus kat I di cupcakesmuffins@gmail.com atau boleh tengok my business blog di http://sweetheartstories.blogspot.com

Hari Ahad.. Balik Kampung ooOoo balik kampungggg..

Adioss!!

Monday, December 3, 2012

Weekend Yang Hectic

Salam...
Hujung minggu yang sangat horror. Bermula hari Jumaat lepas I sangat sibuk buat preparation untuk dua job chocolate fountain. Memang penat giler.. everything I need to do myself. Dari packing, mencairkan choc, cucuk buah, angkat barang masuk dalam kereta. Lepas tu..dah sampai kat tempat event angkat lagi barang.. huhu....

My first job ialah kat condominium The Tropics yang berdekatan dengan Tropicana City Mall. Kalau dah condo tu kan.. memang rumit nak masuk. Lepas tu nak lodging barang angkat ke tingkat 3A lagi.. nasib baik ade troli. 



Wedding party antara Mar dan Barak. Itu nama panggilan diorang laa. Wedding party diorang ni sangat privacy dan jemputan pun tak ramai. Sedara terdekat dan kawan-kawan rapat diorang je. Jemputan dalam 200 orang gitu..


Wedding party diorang ni start pukul 8.30 malam. Lauk katering yang sangat sedap pastu ada kambing golek bakar lagi. Hahaha.. Dah habis function, I kemas barang dan packing nak balik pulak. Turun ke lobi ada guard tu cakap I tak boleh masuk lobi sebab barang I banyak. Dia suruh turun ke tempat lodging. Alahh padahal takde laa banyak sangat. Satu troli carefour je. Alaa troli yang kita selalu guna untuk shopping kat Giant laa, Tesco laa.. troli macam tu aje. So.. I pun tinggi suara gak laa kat guard tu. Sebabnya masa mula-mula I bawak barang naik ikut lobby takde masalah pun. Kalau dah suruh turun ikut tempat lodging..macam mana pulak I nak menapak cari tempat parkig kereta kan... Then..guard tu pun ok.. huhu.. tau takut.. geram hakuuu!!




Sampai rumah pun dah pukul 12 tgh malam. Takut hokeyy.. baca bismillahirahmanirahim banyak-banyak. Keluarkan mana-mana barang yang nak bawak masuk dalam rumah untuk dicuci sebab esok pepagi nak guna lagi. Basuh mesin chocolate fountain dengan cucuk buah yang sebanyak 5kilo ni. Sampai pukul 3.30 pagi ok.. golek-golek kat pukul 4 pagi gaks laa baru tertidur. 

Esoknya pukul 6.30am dah bangun sebab nak cairkan 10 kg choc. Pengsan mak Jemah. Bawak barang masuk dalam kereta lagi. Job hari Ahad ni pulak wedding Kapten (dr.) Atikah dan Mohd Fauzi kat Dewan Banquet UIA Gombak. Nasib baik kali ni my sis in law ada tolong. Kalau takde... pengsan hakuu!!




Sampai ke petang jugak laa function tu. Kaki I memang dah lenguh giler. Penat tau.. huhu.. btw thanks to my sis in law sebab sudi tolong. I bagi upah tau kat dia. Bukan tolong free aje. 

Actually Mr. Sallehudin dia outstation kat Penang. Seminggu lebih dia kat sana. Esok insyallah dia balik. Lepas tu katanya nak ke Kuching pulak. Tension mak jemah.. asyik kena tinggal ajeee!! Nak pergi holiday asyik kena posponed je.. uweekkk...!! I pegi sesorang baru tau..