Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Loading...

Thursday, July 14, 2011

Review : Candy Buffet, Decor & Goodie Bag

Salam & hye all..
Okies, selain DIY pelamin, DIY lain yang saya beri keutamaan ialah candy buffet, decoration & goodie beg for his side. 

Candy Buffet
Awal-awal lagi saya dah fikir menu ape yang nak diletakkan pada candy buffet. Menu pertama yang saya order ialah blueberry & strawberry cheese tart dari member kat Bagan Serai. Kemudian saya order pula apam polkadot. Saya tau apam ni masih baru lagi kat area Bagan Serai tu. Ni ala-ala promosi laa kan.. Then saya tambah menu..cupcakes pulak. Lepastu mama sibuk-sibuk suh tambah lagi menu sebab katanya sikit sangat. Dia order bahulu bentuk ikan mas. Chocolate & lolipop tu my mom jugak yang sponser. Then.. saya fikir.. tak kan makanan ni aje ke? tak de somthing yang nak hilangkan dahaga ke? mula-mula ingat nak letak air mineral. Tapi ntah macam mane terfikir nak buat dadih pulak. Tapi Dadih tak banyak juz wat dalam 50 cup aje. Ada pulak agar-agar bandung kat tepi meja. Agar-agar tu last minute mennu sebab ada jiran sebelah sedekahkan agar-agar.


Pukul 10am dah start susun semua menu tu. Sebab saya yang nak susun makanan semua. Ntah laa tak confiden pulak nak bagi orang lain susunkan. Candy buffet saya kat bawah khemah aje. Sebab tu tak ada background decor or wats so ever.. huhu... Mula-mula nak letak kat dalam pagar umah. Tapi mama cakap kalau letak dalam umah nanti tak ada orang nak amik makan. But for me.. dalam pagar or luar pagar.. orang akan masuk jugak kot. Tapi ikutkan aje laa cakap mama.. kot nanti kalau tak ikut die menengking pulak.. huhh!! Tu lah perangai mak saya.. hmmm...


Dadih, menu pertama yang habis dulu. So untuk majlis kenduri kahwin nanti bolehlaa wat dadih banyak-banyak..  :)



Decoration
Dulu saya penah cadang nak letak welcome board + easel. Tapi tak tau nak cari easel kat mane dan dah kesuntukan masa. (sesiapa tau kat mane nak beli easel?). So, saya decided wat welcome frame aje. Print perkataan ENGAGEMENT DAY MIMIS AND SALLEH 09072011. Setiap satu perkataan letak dalam satu frame. Pastu letak atas kerusi kayu betul-betul depan pintu masuk. Saya tambah letak lilin & gantung bear kecik-kecik...


Mula-mula bear tu juz nak letak sebelah frame aje. Tapi takut pulak bear tu hilang. maklumlaa budak kecik ramai yang bekenan.. so better gantung. Tak ada sape yang boleh amik bawak balik.hihihi..



DIY Printing
Nie salah satu printing yang saya letak kat atas candy buffet. Frame ni beli kat ikea. Pastu macam takde function pulak frame ni saya beli untuk tujuan ape.. so print perkataan ENGAGEMENT 09072011 pastu letak atas meja candy buffet..



Goodie Bag
Ni pun last minute terfikir nak wat goodie bag. Saya ada simpan brown paper & dolly paper tu. So saya juz print THANK YOU ENGAGEMENT DAY MIMIS & SALLEH 09072011 kedian lekat aje seperti tertera pada gambar rajah. Goodie beg ni juz siapkan dalam 30 pek aje untuk rombongan lelaki. Dalam goodie beg letak cupcakes & uncang potpori. Dah setel...


Penat nak buat DIY ni sebenarnya. Tapi yang penting kepuasan. Tambah pulak bile orang puji kate "rajinnyerrr.. print, gunting & tampal ni. Bile masa ko wat ni semua??"
hahahaha....

3 comments: