Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Saturday, May 18, 2013

Sesat Mencari Dewan

Hari ni adalah sangat dasat ok.. 
Sebabnya me and Mr. Sallehudin planning nak pergi kenduri kahwin kawan lama dia. Malam semalam Mr. Sallehudin baru inform me yang kenduri kahwin tu di Setapak. OK

Selepas buat delivery apam polkadot di Empire Subang Shopping Centre dan pergi rumah kakak ipar di Kampung Padang Balang sebab nak hantar barang. Pukul 2pm kami keluar dari rumah kakak ipar dan menuju ke tempat kenduri kahwin.

Menurut address yang dinyatakan oleh pengantin..
Dewan Orang Ramai, Kawasan 12A, Jalan Taman Melati 4, Setapak.

Makanya kamipun pergi menuju ke Setapak. Jangan katakan dewan, bunga manggar pun kami tak jumpa. Mencari-cari dan tak jumpe. Memang laa jumpa beberapa kenduri tapi orang lain punya. Tak kan kami nak buat muka tak malu dan pergi makan kenduri kat rumah yang tak dikenali. Perut memang lapar.

Mr. Sallehudin dah tension dan fed up. Katanya kalau tak jumpa juga nak pergi makan kat kedai aje.. ~hehe~ I cuba google alamat yang diberikan oleh pengantin. Finally dapat petunjuk. I suruh Mr. Sallehudin menghala ke LRT Taman Melati. Dia membebel kat I yang situ area Gombak dan bukannya Setapak. Kepala I dah laa pening nak muntah pun ada. Sebabnya lapar dan sakit mata tengok map di google hanfon. 

Bila sampai di kawasan LRT Taman Melati, I suruh Mr. Sallehudin memandu ikut arahan I . Arahan I tu pun berdasarkan map di google tu. Owhh.. untuk pengetahuan I memang tak boleh nak baca apa-apa yang tertera di hanfon sewaktu dalam keadaan kereta bergerak. I jadi pening.Tapi disebabkan I rasa memang dah terlalu dekat tempat yang dituju maka I gagahkan juga tangok map google yang kecil tu..

Akhirnya jumpa jugak dewan tu..!!


Akhirnya dapat juga I bergambar dengan pengantin. ~hehe~ Perut memang lapar. Nasi kenduri sedap giler. Kata pembantu katering nasi yang dihidangkan namanya nasi beringin. Dimakan pula dengan kari daging, ayam masak merah dan papedom serta air sirap. Memang sedap. Memandangkan kami sampai di kenduri kahwin tu pukul 3.30pm.. orang pun dah tak ramai sangat. Akibat nasi yang terlalu sedap dan perut yang lapar, I dengan muka tak malu pergi menambah nasi dan lauk. ~hoho~


Ok.. dah kenyang. Lepas makan dan menulis sepatah dua kata dalam 'guest book' pengantin, kami pun balik. ~hoyeyy~ Perut kenyang hati senang. Di tempat parking kereta I telah memaksa Mr. Sallehudin mengambil gambar I yang sedang memakai kebaya pendek dan mermaid skirt. ~hehe~ Owesome sekali.. ~haha haha~


No comments:

Post a Comment