Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Monday, May 20, 2013

Begedil Kentang Budget

Pastinya ramai yang suka makan begedil kan? Ia sesuai dimakan bersama nasi atau pun bihun sup. Kadangkala ada juga yang suka meratah begedil begitu saja. Begedil memang boleh dihasilkan menggunakan pelbagai bahan. Contohnya begdil ayam, begedil daging, begedil ikan sardin, begedil sayur dan macam-macam lagi mengikut kreativiti masing-masing.

Disini saya ingin berkongsi begedil yang pertama kali saya hasilkan iaitu begedil kentang. ~hehe~
Saya memang suka makan begedil. Dulu kala pernah sekali cuba menghasilkan begedil tapi tak menjadi. Mungkin dulu minat ke arah masakan tidak kuat jadi apa sahaja resepi yang dicuba tidak pernah berjaya.


Nasib baik minat ke arah masakan masih ada dan sekarang begedil saya telah menjaadi ~wee~  :)
Untuk permulaan saya hanya mencuba menghasilkan begedil kentang. Saya nak share disini bagaimana begedil dihasilkan mengikut edisi begedil budget sesuai untuk dua orang makan ~haa~

Bahan-bahan
2 biji kentang
daun bawang
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji telur
Sedikit serbuk lada hitam


Cara-cara...
Setelah kentang dibuang kulit dan dibasuh, kentang tersebut dipotong dadu. Jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecil. Kemudian kentang yang telah dipotong digoreng. Semasa menggoreng kentang saya taburkan garam sedikit dan bawang putih yang telah di potong halus (kecil-kecil). Apabila kentang tadi kekuningan saya taburkan bawang merah yang dipotong halus. Gaul sedikit kemudian angkat semuanya dari kuali. Biarkan sejuk sedikit dan taburkan daun bawang yang juga dipotong halus.


Apabila kentang tadi sudah agak sejuk barulah saya kepalkan gabungan kentang goreng + daun bawang menjadi bentuk bujur. Saiz kepalan bergantung kepada mood anda ye  :) 

Kepalan yang dihasilkan dicelup ke dalam telur. Sebelum itu telur telah ditaburkan sedikin serbuk lada hitam. Kemudian barulah digoreng sekali lagi kepalan kentang yang telah disalut dengan telur. Jangan goreng terlalu lama. Bila dah nampak kekuningan boleh lah terus diangkat dari kuali dan sedia untuk dihidangkan.

Senang kan... :)

3 comments:

  1. pernah buat, jadi masin!!hahaha

    ReplyDelete
  2. Suka makan bergedil, yang paling rajin buat adik YY, sebab dia memang minat masak, tapi YY minat makan. Hahhahaha.

    ReplyDelete