Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Monday, May 13, 2013

Happy Mother's Day

Happy Mother's Day
Puan Hajjah Fauziah binti Nordin. 

Yer.. inilah mak saya yang sentiasa kecoh. ~hehe~ bebelannya tak pernah berhenti ada aje yang dia bisingkan. Itulaa.. inilaa.. I tetap kagum dengan abah I sebab selama lebih kurang 35 tahun dia tahan dengan bebelan mama I.. ~hahaha~

Dulu kala kitorang adik beradik memang tension setiap kali mama kitorang berleter. Ada aje yang tak kena. Riuh rumah setiap hari. Sekarang ni bila I sendiri pun dah kahwin dan memang dah jarang sangat dengar bebelan tu tetibe rasa rindu nak dengar.. ~haha~ tapi tak nak laa dengar sepanjang hari kan. cukuplah untuk 5 minit je.. ~kihkihkih~ Sekarang ni adik I yang bongsu aje tinggal kat rumah dengan mama dan abah kitorang.. sebabnya adik I yang kedua dah kawen dan yang ketiga dah sambung study di Universiti Petronas.  So yang bongsu lah akan mendengar bebelan mama kitorang setiap hari.. ~hahahaha~ kesian dia..


Saya juga mendoakan kesejahteraan ibu mertua yang telah tiada. Semoga rohnya aman disana dan ditempatkan bersama golongan yang beriman..

Arwah ibu meninggal dunia tiga bulan selepas majlis perkahwinan kami akibat barah paru-paru. Penyakit arwah memang lambat dikesan dan kami mengetahuinya apabila barah dah sampai stage tiga. Sedih sebab amat sekejap mengenali dia. Cuma dalam tempoh setahun aje mengenali arwah dan merasa mempunyai ibu mertua dalam tempoh yang singkat. 

Dan.. I pula bila akan menjadi ibu?
Alaaa.. rezeki kan di tangan ALLAH. Bila dah setahun kami berkahwin dan sekarang sibuk orang sana sini bertanya I bila lagi..?? Kalau I tau bila tarikh I nak beranak senang laa I nak bagi tahu kat orang yang sebok bertanya kan.. Masalahnya I pun tak tahu bila... so. sesape yang sebok bertanya tu I nasihatkan tak payahlaa nak bertanya sangat. Lagi elok korang tolong doakan untuk kami supaya kami dapat baby cepat-cepat. Lebih afdal rasanya.....  ;P



1 comment: