Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Monday, May 6, 2013

Janji Dicapati + Ini Karilah = Kedai Mamak

Sudahkah anda menunaikan kewajipan anda sebagai rakyat Malaysia? Saya sudah!! hehe..
walaupun hari tu I hampir-hampir tak dapat pergi mengundi. Kalau korang nak tau dulu kala I tak pernah pun mengundi sebabnya tak pernah mendaftar pun. Tapi kebetulan I mendaftar nama dalam dua tahun lepas untuk Parlimen Puchong.. wooo..

Tahun ni I memang berhajat sangat nak pergi mengundi sebab dalam hati ni dah ada sifat patriotik. Ewahh..
Lagipun I rasa satu undi I adalah amat penting tau walaupun parti yang I undi tu kalah tahun ni.. aishh.. haha..

Next pilihanraya I nak tukar kawasan tempat mengundilah. Tak nak undi untuk Parlimen Puchong. I nak undi di Shah Alam. Sebab parti yang I sokong menang tau kat Shah Alam.. Opsss!!


Kebetulan hari tu I ada job chocolate fountain untuk wedding di Kampung Melayu Subang. Nasib baik chocolate I cepat habis licin so I boleh packing awal dan bagi tau tuan rumah chocolate dah setel dan I nak balik awal sebab nak pergi mengundi. Jam waktu tu dah pukul 3 petang.

Tinggal lagi dua jam aje masa yang ada untuk I pergi memangkah. Nasib baik Mr. Sallehudin bawa kereta pecut dalam hujan lebat tau. Dah sampai kat Taman Equine sibuk mencari dewan tempat mengundi. Tak tau lokasi sebenar. Peninggg..

Finally jumpa juga. yeaayy.. Pukul 4.35pm sempat juga I memangkah.. ewahh.. Dah takde orang yang datang mengundi. Pekerja SPR pun rasanya dah tak sabar nak balik.. Japp.. I datang nak mengundi nih.. aisshh..

Malam tu pulak, Mr. Sallehudin sibuk tunggu result depan tv, tapi I dah selamat belayar atas katil. Mengantuk lah. haha....

Walau pape pun I suka slogan suami I..

JANJI DICAPATI + INI KARILAH = KEDAI MAMAK mencekik lagi bagus.. hehe..


No comments:

Post a Comment