Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Loading...

Friday, August 17, 2012

Nak Balik Kampung Dahhh...

Yeaaayyyyhhhh..
semua barang-barang dah packing dan dah masuk dalam bonet kereta dari malam semalam. ~whee~
Sekarang tengah tunggu husband balik dari kerja. Dia halfday hari ni.. Lepas amik I kat rumah kitorang singgah di Gombak dulu. Lepas berbuka puasa baru we all bertolak balik ke Melaka.  Harap tak jammed lah yer kat highway tu.

Yeaa.. tahun ni pertama kali beraya sebagai isteri. Kalau tahun sebelumnya, dua tiga hari sebelum raya I confirm dah cabut balik Bagan Serai. Tapi tahun ni I beraya di kampung suami kat Melaka. Tapi raya kedua selepas subuh barulah kitorang balik ke Bagan Serai. Dok kat sana maybe sampai hari Khamis. Lepas tu balik ke KL.. Uollss jemput laa datang beraya ke rumah lepas raya ke enam yer..  :)

I tau family husband kat Melaka tu memang ramai. Mak sedara aje dah cukup meriuhkan dapur. Belum campur dengan sepupu husband yang dah besar dan anak dara. Dah tentu mereka pun sama-sama memeriahkan diri kat dapur jugakkan. I ni kalau dah ramai sangat kat dapur I jadi tak selesa. Ramai sangat semuanya pakat nak tolongkan.. So better I tak payah nak menyemak kat dapur tu. lebih baik I ajak husband pegi jalan-jalan kat Bandar Melaka sambil naik beca. ~hahaha~

Tapi I sedih jugak tahun ni sebab tak dapat nak pergi sembahyang raya. Ingatkan tahun ni tak tinggal puasa tapi boleh pulak period datang hujung-hujung. dah laa tak dapat pegi semayang raya, frust pulak tu. Ingatkan dah berisi tapi tak de rezeki lagi.. ~hukhuk~ Husband cakap.. "takpe lah..nanti kita cuba lagii.."

Okey.. dikesempatan ini I dan suami nak mengucapkan Selamat Hari RayaAidilfitri Maaf Zahir Batin. Hati-hati memandu dan control-control sikit makan ketupat rendang tu takut darah tinggi naik.. ~ehe~

 

1 comment: