Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger
Showing posts with label Wedding Idea. Show all posts
Showing posts with label Wedding Idea. Show all posts

Thursday, January 23, 2014

Top 10 Wedding Colors For 2014

Hai..

Lamanya I tak blogging about wedding  :)  yess I miss zaman my wedding preparation last two years ;p

ok.. kat sini I highlight beberapa warna tema yang dijangka hot untuk tahun 2014. 


Grayed Jade

Radiant Orchid

Celosia Orange

Pink Blush

Green Mint

Dusty Blue

Pale Yellow

Woww..semua warna nampak cantik dan fresh. So.. bride to be 2014 selamat memilih warna tema pilihan anda..

xoxo


Wednesday, April 10, 2013

Infor Cawan Vintage

Salam semua.. dan apa khabar?

Hari nie I nak buat entry khas untuk B2B.. 
I banyak sangat menerima email bertanyakan kedai di Nilai 3 yang I beli cawan vintage murah dulu. Ini link yang pernah I story dalam blog ni dulu ---> cawan vintage

Ok disini I bagi address penuh kedai tu.. ~hehe~ (kedai tu kene bagi komisen kat I ni sebab promote baik punya)

Reka Deko Sdn Bhd
No 84, Jalan Nilai 3/3,
Kawasan Perindustrian Nilai 3,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.
Tel: 06-7998645
Email: rekadeko@yahoo.com

Banyak soalan yang ditanya pada I dari B2B yang berminat nak beli cawan vintage tu.. Antara soalan femes ialah berapa besar dan saiz cawan? Ok.. FYI, cawan tu tak besar sangat pun. Lebih kurang 4cm tinggi cawan vintage mini. Kiranya sesuai laa untuk dijadikan doorgift kepada tetamu kan...

Tapi kalau uolls pergi kedai tu dan mendapati harga cawan vintage tu bukan 50sen sebijik, jangan marah I pulak ye sebabnya masa I pergi memborong dulu, tokey kedai tu cakap I orang yang terakhir dapat harga 50sen. Lepas ni mungkin harga akan dinaikkan. Maybe dalam 70sen or 80sen. Tapi masih dalam kategori murah kan. I tengok kedai kat KL jual pun paling murah RM1 sebijik. 


Contoh cawan mini vintage seperti dalam gambar tu.. Sebenarnya ada beberapa design bunga pada cawan vintage tu. Ada kaler biru dan kuning.. comel semuanya...

Harap segala pertanyaan anda semua terjawab. Lepas ni boleh lah pergi serbu kedai kat Nilai 3 tu.. hihi..

Adios dan selamat memborong  :)


Thursday, February 21, 2013

Guest Book Corner

Hai...

Ape kabar? ok, hari ni kita tak payah cerita pasal travelog ye.. asyik citer pasal travelog nanti uolls muntah pulak baca sebab boring. Sebenarnye I pun macam nak termuntah dok cerita pasal lawatan ke Sarawak tu.. hehe.. nanti kita sambung pasal tu yer.. kali ni kiter citer pasal guest book  

Actually, seperti yang uolls sedia maklum, bisnes yang I jalankan sekarang ni lebih kepada tempahan kek dan cupcakes, candy buffet package, choc fountain dan dessert buffet. So.. sekarang ni my planning is nak mengembangkan lagi servis. Iaitu servis photobooth dan guestbook corner.

Sekarang I memng tengah mencari idea untuk decoration guestbook corner ni. Actually ada special projek lebih kurang lagi dua minggu. Thats why sangat excited nih..  :) I banyak juga google gambar menarik guestbook especially untuk wedding party

'Buku merah jangan lupa bawa...' owhh lepastu I dah tak ingat lirik lagu Zizan & Kaka nih.. hihi.. Decoration yang simple dan tidak padat.


Ini juga decoration yang tidak padat. Sangat simple tapi sangat sweettt.. Hanya huruf D, bakul, mini black board dan camera saja.


Tapi sekarang ini idea datang macam-macam. Ade jugak tulis atas kayu yang berbentuk puzzle. Wahhh.. gitu.. Idea yang bernas. Lepas kahwin boleh lah di 'frame'kan dan digantung pada dinding rumah..


Ada satu lagi idea menarik. Tulis ucapan atas piring hitam. Wowww.. hebat. Lepas tu piring hitam ni juga boleh di'frame'kan nanti. 


I pun suka juga idea tulis ucapan atas sekeping kad comel kedian digantungkan pada ranting kayu. Orang kata nama untuk konsep seperti ini ialah 'wishing tree' 

Ada juga idea.. tulis atas sekeping kad comel kemudian diletakkan dalam envelope yang ditampal dalam scrap book. 

Owhh.. sejak bermula tahun 2013, my bisness ada offer juga pakej baru iaitu 'Welcoming Dessert & Guest book. Conceptnya, apabila tetamu telah menulis ucapan ringkas untuk pengantin, makanya tetamu tersebut akan menerima saguhati tanda ucapan dari pengantin. Saguhati tu pula berupa manisan seperti choc, marshmallow atau apa saja yang sesuai. Kalau nak tau lebih lanjut boleh tengok pakej kat http/facebook.com/pages/sweetheartstories . hahaha.. ok.. tetibe promote bisnes.  :)

Masa my wedding hari tu pun, ada juga disediakan guestbook corner.  :) include juga dengan photobooth corner. Kiranya 2 in 1. Props utama yang disediakan untuk sudut ni ialah sebuah beg vintage dan hiasan pada beg tu ialah gambar me & Mr. Sallehudin, bear dan sikit bunga serta stationary untuk menulis.


Guest book tu I print dan DIY sendiri. I juga ada bagi saguhati kepada tetamu yang menulis untuk buku guest book I tu. Gula-gula yang diletakkan dalam box kecil yang I DIY juga. :) yeahhh everything DIY
Btw, ada sesiapa berminat dengan beg vintage tu? I planning nak buka sewaan untuk beg tu. Tapi nantilah I fikirkan sama ada nak sewa or not. :)  Owhh rindunya zaman nak kawen ari tu. Bukannye ape rindu nak DIY barang hiasan walaupun stress tahap melampau.. hehe...

Hopefully dengan paparan gambar diatas dapat memberi ilham kepada bride to be 2013.. 

sumber gambar : GOOGLE

Thursday, January 10, 2013

Wedding Idea : Polkadot Theme

Hai..

Ada yang masih mencari theme warna untuk wedding uolls?  Kekadang tu ada yang dah ada warna tema. Tapi macam terfikir pulak macam mana nak jadikan gabungan warna lebih cantik dan sempurna.

Salah satu pattern yang menarik perhatian sekarang ialah polkadot. Apa salahnya jika kita mencuba menghasilkan suatu hiasan yang polkadot dari warna tema yang dipilih  :)

Gabungan pink putih memang nampak sweet dan manis sekali. Hiasan reben polkadot boleh diletakkan pada hantaran agar nampak lebih ceria.


Gabungan hitam kuning juga sangat memukau. Hiasan pokadot boleh dihasilkan pada hiasan doorgift tetamu. Atau boleh juga keluarkan sedikit duit dan sponser pakaian bercorak polkadot untuk pengapit anda..
 

Corak polkadot juga boleh dihasilkan pada kek perkahwinan. Sudah tentu kek itu menjadi perhatian tetamu yang datang nanti. Sudah tentu anda banggakan..  :)
 

Untuk nampak lebih ekstrim lagi.. alas meja tetamu dibawah khemah atau didalam dewan boleh digantikan dari corak kosong kepada corak pokadot. Dah tentu suasana majlis perkahwinan uolls bertambah ceria  :)
 

Hiasan di meja makan pengantin juga boleh dihiaskan dengan corak polkadot.JIka uolls tak mahu letakkan alas meja pengantin bercorak polkadot its ok.. Letakkan pinggan mangkuk yang digunakan di meja makan pengantin bercorak polkadot. Dah tentu lain dari yang lain bukan. 


Owhh.. alangkah bagusnya kalau majlis perkahwinan saya dibuat sekali lagi :) dengan hiasan dan warna pilihan yang lebih menarik.. lalallalalaa...