Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Saturday, June 15, 2013

Owhh.. Berat Badan Ku..

Holaa semua and happy weekend..

Last nite I dah sampai kat kampung rumah my parents. Bertolak dari Shah Alam pukul 6.30pm lepas Mr. Sallehudin balik dari kerja dan sampai kampung lebih kurang pukul 10.30pm. Singgah makan di RnR Tapah. Lepas makan sambung perjalanan. I pulak sambung tido. ~hehe~

Okey..sebenarnya ini bukan topik utama hal yang I nak ceritakan. Ini ada hal lain yang lebih penting yang membuatkan I sangat trauma. Owhh..bukan cerita menakutkan di sepanjang lebuhraya ye..

Dulu I pernah cakap yang hilang selera makan. Cuba tengok ----> LINK INI tapi selepas itu, selera makan I dah kembali normal. Malah  bukan normal saja tapi dah terover sesangat pulak. Pagi petang siang malam asyik nak makan aje. Mr. Sallehudin makan pasembor, I pun makan juga menu yang sama tapi siap ada extra bihun goreng lagi. Terjaga tengah malam rasa lapar sesangat. Dah cuba minum air tapi still lapar. Akhirnya kek dalam chiller dibedal. Ataupun kekadang ada balance nasi masa makan malam pukul 7pm, so nasi tu I bedal juga dan dimakan bersama telor goreng. ~ngeri~

Sesampai saja di rumah, I terus membuat penimbangan berat badan. Actually I dah berbulan juga tidak menimbang berat badan. Dengan rasa excited, teruja dan berdebar-debar, I meletakkan kedua tapak kaki dan juga body diatas penimbang. Masyaallah!! adakah ia benar?? Mungkinkah penimbang ini rosak? Pencapaian yang tidak dijangka-jangka. 58.5kg. Owhhhh noooooooo!!!.. Saya tidak menjerit dan berdiam diri sambil didalam hati sangat tidak keruan.. ~sobsobsob~

Di dalam hati rasa teragak-agak nak beritahu kisah sebenar atau tidak kepada Mr. Sallehudin. Puas berfikir. Akhirnya saya beritahu juga. Tapi tidak secara face to face, memberi kiasan melalui facebook. Akhirnya setelah beliau mengetahui perkara sebenar.. beliau ketawa besar terbahak-bahak sambil berguling-guling dan mengelarkan diri saya 'budak gemuk' ~sobsobsob~ sungguh kurang sopan beliau kan..

Tadi saya telah meng'google' Tips Menurunkan Berat Badan. Banyak juga idea yang diperolehi. Mungkin ada satu dua idea yang boleh I follow. Antaranya minum air kosong 500ml sehari. Owhh..macam agak pengsan gaks nak follow tapi boleh try ni. Dan saya ada terbaca dalam blog Hanis Zalikha .. Antaranya:

Pernah dengar 'Breakfast like king, lunch like prince, dinner like a pauper/beggar'? Kenapa kena breakfast paling meriah dan merudumkan kemeriahannya pabila melewati harimu? Sebab untuk brekafast yang besar, kita ada WHOLE DAY untuk hadam ia dan bakar lemak itu. Bila dinner pula, lepas makan kita terus rehat dan tidur. Jadi dinner Keknis memang simple selalunya atau kecil portionnya. Breakfast besar, lunch sederhana, dinner sedikit. Amalkan.

Makan dalam mangkuk dan gunakan sudu. Okay ini tips untuk tak terlebih makan masakan Mama. Mama masak super sedap okay, and for me, kalau makan guna tangan memang kerja nak menambah nasik ajer! Sedap betul ya jus-jus tangan. Memang bagus makan pakai tangan sebab peluh tangan boleh hadamkan makanan itu sekali, tapi, kalau dah portion tambah nasi 3kali ganda... sila pahamkan konsep. So, bila nak kawal nafsu, memang Keknis makan nasi berlauk pakai mangkuk dan sudu! Tak tambah nasik! Terel :') (sudu kurang nikmat hahaha)

Jangan malas berpeluh. Pagi-pagi Keknis akan menari sebelum mandi. Ada yang tanya menari camnerrrrrr tuewwwww? OMG korangz. Menari jelah macam mana pun. Macam parodi Shae Sayang tuh pun kalau bersungguh buat sure berpeluh. Berpeluh untuk 30minit baru sejukkan badan dan shower. Rasa segar gila nak pergi kerja, selain menggunakan semua benda yang dah anda pelahap itu sebagai tenaga :') Tak sia-sia makan... bukan untuk tambahkan ukuran lilitan pinggang.

So.. rasanya idea yang diberikan oleh Hanis Zalikha ini boleh diikuti juga.. Apa kata kita mulakan dengan tips yang diberikan oleh beliau..insyallah dengan semangat yang jitu mungkin akan kembali kepada berat seperti zaman sebelum kawen dahulu.. 

Mr. Sallehudin adalah sebagai pembakar semangat untuk saya cuba menurunkan berat badan. Pastikan ejekan beliau itu sebagai motivasi dan saya akan buktikan yang saya akan mendapat berat badan seperti dahulu. Paling busuk pun 53kg.. 5kg perlu dihapuskan dalam tempoh tiga bulan. ok tak??




No comments:

Post a Comment