Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Saturday, December 21, 2013

Penambahan Berat Badan Yang Menakutkan -part 3-

Hujung Ogos 2013 berat badan saya mencecah 56kg. Siapa tak happy kan sekurang²nya nampak hasil.. ~ekekeke~

Bulan Ogos tu memang saya dah makan nasi setiap hari tapi dalam kuantiti yang sikit. Kadang kala terbabas juga tambah berkali-kali sebab dipaksa oleh suami supaya makan banyak. Mungkin waktu ni dia rasa tergugat kot sebab mengetahui berat badan semakin menurun..~haha~ untuk mencapai misi dengki beliau, apabila tengah malam beliau akan rasa lapar dan pujuk saya buatkan maggi. Ada juga dia ajak saya pergi makan roti canai kat kedai mamak. Ok.. Saya ikutkan aje..saya tetap order roti canai sebijik tapi saya pastikan yang saya akan minum air limau suam dan minum air kosong suam. Memang dah tak ada istilah minum air ais dalam hidup saya dah..kemana pergi saya akan bawa sebotol air suam. Itu saja yang saya amalkan waktu itu. Nasi pula saya akan makan sehari sekali iaitu waktu petang sebab makan bersama suami selepas beliau balik kerja. Tapi waktu tengah hari saya akan makan salad sayur atau salad spegety. Waktu pagi pula saya akan makan hotdog gril atau daging burger bersama roti.

Oktober 2013 saya lagi teruja sebab berat badan turun ke 54kg. Waktu ni semua baju yang ketat dan sendat dah boleh muat. Baju kurung moden yang dulu saya pakai umpama sarung nangka bak kata suami sekarang dah tak jadi sarung nangka. Baju yang saya pakai ketika pertama kali ber'dating' dengan suami kini dah boleh disarungkan ke badan dengan jayanya..


Doktor di klinik tempat suami buat medical check-up pun cakap yang dia dah nampak saya kecil sikit berbanding dulu.. ~hahaha~ teruja hokeyyy. Ini menimbulkan perasan jealous di hati suami dan adik ipar saya ~kiki~

Dan sekarang bulan December 2013, berat badan dah mencapai angka 52.5kg. Walaupun penurunan agak lambat iaitu sebulan hanya 1kg saja but its ok for me. untuk mencapai angka 49kg mungkin akan mengambil masa dalam tiga atau empat bulan lagi saya akan tetap berusaha dan menanti dengan sabar. Saya happy sebab tanpa bantuan suplement atau ubat kurus saya mampu menurunkan berat badan hampir 7kg dalam tempoh enam bulan. Saya juga perasan perut saya dah tak nampak buncit walaupun masih ada bayang-bayang buncit tu. Kata mak saya sebenarnya kulit perut saya ni tebal sebab tu nampak buncit. Ada juga sorang tukang urut cakap tulang belakang saya melengkung dan menyebabkan perut saya ke depan sikit..~huhu~ macam-macam andaian.

Apa yang perlu saya buat sekarang hanya pastikan berat saya maintain dan tidak akan naik. Kalau boleh saya mahu mencecah ke angka 50kg.. ~wee~ saya masih makan dessert dan kek seperti biasa, makan nasi lauk sambal tempe + sambal belacan dan ulaman, makan mc donald, makan goreng pisang cheese tapi haruslah beringat supaya jumlah kalori yang diambil untuk satu hari tidak melebihi had yang ditetapkan. Dan saya akan pastikan setiap hari saya akan minum paling kurang 1500ml air suam kerana air inilah yang akan membakar kalori yang kita perolehi dari menu yang kita makan, minum air susu chocolate setiap pagi dan minum air limau suam seminggu sekali.

Saya ada juga terfikir untuk mengambil suplement lain seperti vitamin dan asid folic tapi semuanya masih dalam pemilihan lagi. Ada juga yang syor kepada saya set diet sihat yang perlu dibeli pada harga yang mahal tapi kalau boleh saya mahu elakkan. Saya nak mencari suplement yang boleh memberi tenaga untuk saya menjalani rutin harian dan suplement untuk mengandung saja.. ~hahaha~


Gambar kiri bulan Oktober 2012. Gambar kanan August 2013. Baju kurung hijau tu asalnya tak boleh zip kainnya. Tapi august 2013 dah boleh pakai semula..



Ini gambar pada December 2013 dan mencapai berat 52.5kg. Alhamdulilah.. :) Sebenarnya saya ni bukanlah fanatik sangat nak slim kurus macam model tapi saya jadi sentap bila saya dah hampir mencapai berat 60kg. Itu dah dikatakan tahap overweight!! 


November 2013. Dari pandangan sisi. Waktu ni berat saya 53.5kg. Baju merah ni memang dah tak boleh pakai sebab nampak sangat sendat dan dah simpan semua baju yang sendat dan ketat dalam kotak. Tapi sekarang dah boleh pakai semula :)



No comments:

Post a Comment