Holaaa..
Antara perkara dan misi I yang hampir berjaya dalam tahun 2013 ialah menurunkan berat badan. Sebelum I berceloteh lebih lanjut, I nak buat kronologi kenaikan berat badan saya yang naik mendadak sehingga menimbulkan kebimbangan dihati. Dah laa risau, sang suami pulak boleh ketawa tengok penambahan berat badan I dan boleh pulak diejek sebagai 'budak gemoks' oleh suami sendiri..huhuhu..
April 2011 :: 49kg
Waktu ni saya masih solo dan mencari-cari pasangan..ewah. Kebetulan pulak waktu ni dah mula berkenalan dengan mr.sallehudin. Jadi aktiviti dating kami ialah pergi makan sajaa..
Julai 2011 :: 51kg
Saya bertunang dengan mr. Sallehudin. Akibat aktiviti makan kami yang tidak dikawal, berat saya telah naik sebanyak 2kg dalam tempoh tiga bulan. Tetapi waktu ini saya sedikit pon tidak risau dengan kenaikan berat badan malah rasa happy sentiasa..hehe..
Mac 2012 :: 53kg
Saya berkahwin dengan mr.Sallehudin. waktu ni saya perasan yang pipi saya nampak chubby dan ada beberapa helai baju harian saya sudah agak ketat. Tapi saya masih tidak sedar diri lagi dan saya sentiasa happy dengan kehidupan baru sebagai isteri dan beranggapan ia adalah satu perkara normal saja
November 2012 :: 56kg
Kebanyakan baju harian saya sudah tak boleh dipakai kerana terlalu sendat dan ketat. Ini menimbulkan kerisauan dihati saya tetapi saya masih tidak mengambil apa-apa tindakan. Saya masih menjalani kehidupan seperti biasa makan - minum -tido. Walaupun waktu ini saya telah bergelar suri rumah sepenuh masa dan sibuk dengan perniagaan kecil-kecilan menerima tempahan kek dan pakej chocolate fountain berat badan saya tetap tidak menurun..huhu...
May 2013 :: 59.5kg
Waktu ni seperti terasa satu tamparan kuat lalu tersedar dari mimpi. Sebaik saja saya berdiri diatas penimbang..jantung saya umpama berhenti berdenyut dan saya hampir menjerit melihat angka 59.5 waktu ni saya terfikir macam mana ini semua boleh berlaku. Dalam tempoh setahun berat saya naik sebanyak 10kg!! Dan ianya hampir mencecah ke angka 60. Ini memang satu mimpi ngeri ye kawan-kawan..
Dengan penambahan sebanyak 10kg itu, telah menjadi bahan ketawa oleh sang suami. Huhu..sangat sediss sekali. Bukan saja berat badan saya bertambah, malah perut saya kelihatan semakin buncit dan ramai yang menyangka saya mengandung.Ini membuatkan saya rasa sangat rendah diri dan rasa macam seolah-olah saya sudah mengabaikan penampilan diri selepas berkahwin.
Malam itu selepas mengalami detik cemas diatas penimbang, saya berfikir apa yang patut saya buat untuk menurunkan berat badan. Saya ada menulis status di fb tentang kerisauan dan masalah berat badan yang saya alami ketika itu. Yang kelakarnya ada juga yang menawarkan set diet laa..korset laa..hahaha...saya cuma nak turunkan berat badan tanpa mengambil sebarang suplement or ubat kurus or apa-apa saja yang perlu mengeluarkan kos yang tinggi. Akhirnya saya bercadang untuk menjalani program diet sihat.. ~hehe~ ( sehatlah kononnya..)
Saya berazam yang berat badan saya akan menurun menjelang hujung tahun 2013. Dan saya berazam untuk mendapatkan semula berat badan asal sebelum berkahwin. Tapi keazaman saya membuatkan mr.sallehudin ketawa kuat-kuat sambil guling-guling. Kata dia cuba tengok dia sebagai contoh. Dari sebelum berkahwin sehinggalah lepas berkahwin, berat badan dia tetap maintain 107kg. Haha.. Memang bunyinya sangat riak. Tapi takpe...saya jadikan ejekan beliau sebagai motivasi untuk menurunkan berat badan..hehe...
Macam mana saya turunkan berat tanpa mengeluarkan kos yang tinggi? Sambung esok yer -part 2-
No comments:
Post a Comment