Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Loading...

Saturday, December 28, 2013

Resepi : Nasi Lemak Sambal Sotong

Happy Saturday  :)

Hari ni I masak nasi lemak dan sambal sotong. Sebab mr. Sallehudin baru balik outstation dari Sarawak. Katanya dah lama tak makan nasi lemak so die request auruh I masak... Yer lah.. I dah masak dan dia dah tambah berkali-kali. Lepas lunch dia tidur dan bangun semula pukul 6.30pm dan makan lagi nasi lemak..hehe...


Ok.. Disini I nak share lah resepi nasi lemak dan sambal sotong
 yang I selalu masak.. I punya masakan simple aaje..

:: beras 2.5 pot
:: bawang kecil sebiji hiris nipis
:: halia 1cm dan hiris juga
:: santan
:: 3 helai daun pandan

Cara-cara:
1. Cuci beras dulu..lepas tu baru letak hirisan bawang dan halia. Tujuannya untuk mewangikan nasi nanti. Owhh jangan lupa masukkan daun pandan dan sedikit garam
2. Saya letak 2.5 pot santan dan 2.5 pot air.
3. Dan masaklah seperti biasa


Resepi sambal sotong (untuk 2 orang makan)
:: seekor sotong kering. Saiz besar boleh sederhana pon bole..
:: 10 tangkai cili kering
:: 1 biji bawang besar
:: 2 biji bawang merah

Cara-cara:
1. Cuci bersih sotong dan rebuskan
2. Bawang besar dan bawang merah di blender 
3. Cili kering pun blender (asing dgn bawang)
4. Pastikan sotong yang direbus dah lembut senang nak potong kecil-kecil
5. Panaskan minyak dalam kuali
6. Masukkan bawang yang di blender. Gaul sedikit hingga ala-ala garing
7. Kemudian masukkan cili yang sudah diblender
8. Kemudian masukkan perisa garam, gula
9. biarkan sekejap dengan api perlahan
10. Dah nampak cili tu merah pekat sikit boleh lah terus masukkan sotong.
11. Sambil gaul².. Pastikan sotong tu dah masak baru boleh makan..


1 comment:

  1. sedapnye...nak cuba la

    btw, jom la join give away kami di sini;
    http://rexylla.blogspot.com/2013/12/rexylla-fb-page-launching-giveaway.html

    boleh menang hadiah baju/dress..wink2
    http://rexylla.blogspot.com/

    ReplyDelete