Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Friday, December 20, 2013

Penambahan Berat Badan Yang Menakutkan -part 2-

Disebabkan penambahan berat badan yang menakutkan saya rasa terlalu sedih. Yer betul..memang tak sangka saya mampu mencecah hampir-hampir ke angka 60. Boleh dikatakan satu mimpi ngeri. So saya berazam akan mencapai berat ketika masih solo apabila menjelangnya hujung tahun 2013. Sepanjang berusaha mencapai azam saya tu.. ~hee~ suami sentiasa mentertawakan saya :p tengah malam boleh ajak saya pergi makan roti canai kat kedai mamak!! Tak apa..ini saya anggap satu cabaran dan dugaan..hehe..

Pada waktu pagi selang satu hari saya akan 'morning walk' mengelilingi taman perumahan. Tapi saya rasa macam langkah ini kurang berkesan. Walaupun keluar peluh dan dikatakan sihat,  saya rasa ia masih belum mencukupi. Apa tidaknya..saya berjalan kaki mengelilingi kawasan taman perumahan dan singgah di gerai membeli sebungkus nasi lemak. Sampai dirumah terus menikmati kesedapan nasi lemak sambil menonton drama filipina dan disulami dengan minum air sejuk / ais. Memang tak berkesan langsung laa kan..Jadi saya telah mengubah beberapa perkara dalam kehidupan saya.

Perkara pertama yang saya buat ialah berhentikan pengambilan nasi. Setiap pagi saya makan diet cereal & susu HL. Memang itu yang saya makan setiap pagi selama sebulan. Tapi kadangkala saya tak makan diet cereal tu. Saya cuma grill hotdog dan makan bersama roti. Tengah hari pula saya panggang ayam dan makan bersama salad. Kadangkala saya panggang ikan dan ada kala juga saya rebuskan speghety dan gaulkan bersama sayuran yang lain dan tuangkan sos Thousand Island. Macam-macam menu yang saya reka asalkan makanan tu mengenyangkan. Waktu petang saya akan makan sebiji epal atau buah lain seperti pisang. Saat ni memang tergugat juga iman sebab apabila suami pulang kerja, saya akan hidangkan nasi dan lauk yang saya akan masak sendiri. Beliau pula makan dengan begitu menyelerakan. Waktu ni memang rasa macam nak ambil pinggan cedok nasi makan sekali dengan beliau tapi saya tahan dan kuatkan semangat..hehe... Malam jika lapar saya akan makan diet cereal + susu HL. Tapi kali ni saya campurkan dengan pisang yang dipotong halus. Kadang-kadang saya makan salad buah. Saya pastikan yang saya tidak makan selepas pukul 9 malam.





Selain itu, saya terus meninggalkan minuman ais dan hanya akan minum air suam setiap hari. Jumlah pengambilan air suam lebih kurang 1500ml ke 2000ml untuk satu hari. Pengsan juga saya nak amalkan minum air suam banyak tu. Memang diakui sebelum ni saya memang kurang sangat minum air suam. Seminggu sekali saya minum air limau suam. Kalau teringin sangat nak minum air manis saya beli air yogurt Dutch Lady. 

Senaman pun saya buat jugak. Selang satu hari saya akan earobik sorang diri dalam rumah.. ~hehe~ video earobik saya tengok di youtube :) Alhamdulilah sebab dalam tempoh sebulan berat badan saya turun dari 59.5kg ke 57.5kg. Memang happy sebab usaha saya nampak berhasil.

Bila tiba bulan puasa, saya stop seketika pengambilan makanan harian yang saya amalkan. Tapi setiap kali berbuka puasa saya memang tidak makan nasi. Saya selalu makan bihun sup atau roti john atau char kuew tiau. Kuih pun saya makan dalam dua biji saja. Dan puasa tahun ni memang pecah rekod sebab saya hanya minum teh o setiap kali berbuka puasa kalau nak dibandingkan dengan tahun sebelumnya..air jagung laa air bandung laa air tebu laa..huhu... Waktu sahur saja saya ambil nasi segemgam. Tapiii...satu hari tu saya makan nasi seperiuk sebab pekena dengan lauk ikan patin masak tempoyak. Hahaha.. lepas kenyang makan baru rasa menyesal..hahaha..takpe sekali sekala....

Musim raya saya tak ikut langsung menu diet yang saya amalkan. Maklumlah balik kampung my mom masak sedap. lepas tu dengan open house lagi... :) tapi walaupun saya makan dengan tak terhingganya saya masih lagi mengekalkan minum air suam yang banyak dan tidak sentuh minuman ais langsung. Selepas raya ingatkan berat badan akan naik dan memang saya akan pasrah aje lah tapi rupanya berat badan turun ke 56kg. Rasa happyyyyyy gilerrrrrr...

Sambung part 3 lah..panjang sangat nih.. :p


No comments:

Post a Comment