Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Friday, December 27, 2013

2014 : Tahun Melawat Malaysia

Salam semua..

Masyaallah..how time fly.. lagi empat hari saja akan masuk ke tahun baru 2014. I selalu dengar kat radio para deejay selalu 'countdown' menyatakan bahawasanya tahun 2014 ialah Tahun Melawat Malaysia. ~hehe~ ok.. tak de kene mengena. Ini cuma pengetahuan am saja. Memandangkan ianya Tahun Melawat Malaysia..mungkin I boleh 'list' kan disini beberapa tempat menarik di Malaysia yang ingin saya jejaki.

:: Kundasang, Sabah
Saya selalu tengok gambar-gambar menarik tentang Kundasang. Tempatnya nyaman dan dan damai. Orang kata suasananya lebih kurang macam Cameron Highland aje tapi entah lah..sebab I sendiri belum pernah ke sana (kesiankan..) Alangkah seronoknya dapat melihat matahari terbit disebalik kaki Gunung Kinabalu. Kan..kan..kan...

:: Pulau Kapas
Actually dah lama sangat rasanya tidak bercuti ditepi pantai. Owhh.. enam bulan lepas ada lepak-lepak ditepi pantai Terangganu. Tapi apa yang saya inginkan melakukan aktiviti snorkeling. Memang teringin sekali nak merasa pengalaman snorkeling :p

:: Semporna
Ini pon salah satu tempat menarik juga. Teringin nak lihat kehidupan penduduk Semporna yang tinggal dalam rumah atas air dan mengambil gambar-gambar cantik disana. Saya pernah melihat instagram Nabila Huda dan Amy Search, gambar yang mereka ambil menunjukkan betapa cantiknya Semporna.



MeCantik kan..??

Hopefully satu hari nanti I akan dapat menjejakkan kaki ke sana.. (Ini entry meluahkan harapan)

:: Restoran Berputar Menara Kuala Lumpur
Ini pun satu tempat yang saya nak pergi juga. Sambil menikmati makan malam dan sambil melihat keindahan Kuala Lumpur (ececehh..walaupun harga tol naik, KL tetap indah..)

Nampak gayanya I perlulah berusaha dengan lebih agresif lagi supaya hajat tercapai ;p

No comments:

Post a Comment