Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Monday, October 10, 2011

Masalah Warna Tema Lagi

Hye B2B and all blog readers. Happy Monday blues again and again...

Apa khabar semua. How's your weekend? Hope everything ok kan..  :) 
Kepada B2B pula.. macam mana wedding progress korang. Harap berjalan lancar lah yer.. Ada sesape sempat pergi Pameran Pengantin kat Jusco AU2? Saya tak sempat nak pergi ke pameran tu sebab saya dan keluarga serta Mr. Salleh sendiri telah melalui hujung minggu kami di Bandar Jengka. And Mr. Salleh cakap kita akan pergi tengok Pameran Pengantin kat Shah Alam Convention Center hujung bulan ni. Okey Dear.. I keep your word.. hehehe...

Hari Sabtu lepas sebelum saya bertolak ke Jengka, saya singgah sekejap kat rumah bakal MIL. Borak sekejap dan we make appointment nak pergi sama-sama tengok barang kahwin kat Shah Alam, 26/10 ni. Kata ibu kat Shah Alam ada satu kedai jual barang dan peralatan nak kahwin dengan harga murah. Ok.. nanti kita pergi yer..

Sebenarnya.. ini bukan tajuk utama entry blog saya hari ni.. Tajuk utama yang saya nak cerita ialah masalah memilih kaler tema.. AGAIN & AGAIN!!  Mula-mula saya dengan Mr. Salleh dah sepakat nak pakai baju untuk akad nikah kaler grey. Dan baju sanding lavender purple. Dan pula tema untuk majlis resepsi saya tu royal purple & grey. But.. ibu informed me that, Aisyah.. my bakal biras a.k.a bakal kakak ipar pun akan menggunakan tema purple juga untuk majlis kenduri dia nanti. OWHH NOOO!!. Meaning warna tema kenduri resepsi saya dan dia adalah sama. Tak sangka pula dia pun nak pilih warna purple sebab masa majlis bertunang die hari tu pun dah pilih warna purple. So barulah saya tau dia ni memang drastik dengan kaler purple. So.. I think I should have to change my theme color again. Sebab saya tak nak sama warna dengan dia. Nanti jemu pula rombongan lelaki tengok warna purple. Dah laa majlis dirumah Aisyah pada 10.03 dan saya pula 24.03.. berselang dua minggu aje...

Nasib baik laa preparation tak buat lagi. Tak ada barang yang dibeli lagi. Baju pun belum tempah lagi. So.. ada peluang untuk tukar theme color lagiiiii!! Yess.. memang betul cakap Mr. Salleh.. selagi belum sampai tarikh kahwin selagi itulah saya tak tetap pendirian nak tukar kaler tema.. hihi.. "Betul laa U cakap Dear....."

Semalam ada diskuss dengan Mr. Salleh kaler apa yang nak guna untuk resepsi ni? So saya back to warna yang saya pilih mula-mula dulu... BLUE. Tapi dulu saya nak Azure Blue. Tapi kali ni saya tengok macam cantik pulak Tiffani Blue  :)

Cantik tak combination Tiffani Blue + Yellow + White. Sesuai tak dengan konsep Vitage saya nanti? Plss.. peninggg!!

Ataupun combinasi Tiffani blue + red?
Cantik jugakkan dua kombinasi blue & red ni. Lebih terang dan ceria


Pleaseee.. bila laa nak finalized pasal wedding color ni.. hohoho... Any idea tak?

1 comment:

  1. Tiffani blue + red...ain rasa yg ni lbh cantik lah mimi....dlm gmbr mesti sgt awesome...

    ReplyDelete