Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Loading...

Monday, September 19, 2011

Tarikh Yang Di Pilih

Yuuhuuuu...
Hye & Good Morning semua.. kepada B2B, yang bukan B2B, my silent reader dan semuanya lah...

Monday blues lagi. Terus terang saya cakap yang saya amat bosan kerja kat sini. But I have to work sebab saya dah promise dengan Mr. Sallehudin nak sama-sama bantu dia cari wang untuk majlis kahwin kami. Lagi satu sebab saya nak settlekan instalment kereta saya yang tinggal lagi beberapa bulan jer tu... juga.. nak bayar duit PTPTN.. huhuhu.. Cepatlah masa berlalu. Saya sangat-sangat malas nak kerja makan gaji sekarang ni. Saya nak teruskan impian untuk berniaga..  (^_^)

Hari-hari Mr. Salleh telefon saya dari Singapore. Katanya rindu sangattt.. Next time kalau dia pergi out station lagi dia nak bawa saya sekali. Sebab tak lah dia susah hati saya sorang-sorang. Macam mana pulak laa saya nak ikut..kan saya ni bekerja.. ececehh... Dia cakap kalau ada rezeki lebih dia nak saya jadi suri rumah. Owhh.. saya  tak sanggup kalau duduk dirumah takde kerja. Sekurang-kurangnya saya nak buat somthing untuk dapat duit poket sikit  :)  Majukan perniagaan cupcakes. Mr. Salleh pun suruh saya continue bisness saya dalam bidang andaman & decortion pelamin. Owhhh tenkiu my Dearr.....

Well.. Saya dah tau tarikh nikah dan majlis resepsi saya  :)
Majlis Akad Nikah : 23.03.2012
Majlis Resepsi : 24.03.2012
Majlis Bertandang : 07.04.2012

Kalau nak tau my D.O.B : 25.03.......
Ahaaa... tiga hari berturut-turut tu hari penuh bermakna.. Insyaallah.. 
Mudah-mudahan segala apa yang dirancang akan dipermudahkan olehNya...

Lokasi majlis akad nikah, abah cakap dibuat kat masjid lepas Asar. Majlis resepsi pulak tak sure lagi. Tapi kalau boleh buat di dewan kat Taman Serai Permai tu untuk keselesaan tetamu yang datang.. So.. abah kena pergi booking kat Pejabat Daerah cepat-cepat. 

DIY saya pun dah start. Mini paper box. Target nak buat 100pcs tapi baru siap 30pcs. Lepas tu nak hias & letak reben lagi. Ambil masa jugak kan... huhu.. Hopefully 100pcs box tu boleh siapkan dalam minggu ni, lepas tu baru boleh letak reben hias. Then, boleh DIY benda lain pulak kan...

Oklah.. saya tak tau nak menulis apa lagi disini.... Kalau ada idea saya menulis lagi.. 
Adioss..

2 comments:

  1. senang la nk smbut aniversary n beday t:)

    ReplyDelete
  2. wah...dah ade tarikh... bagus2..senang nk plan cuti...~

    ReplyDelete