Hye all B2B and all readers..
Monday blues again. Damn!! Im so tired this morning. Bangun pergi kerja pun lambat hari ni. Betul-betul keletihan sebab semalam kena kerja. Anak BOSS punye birthday kat Alexis Bistro. Penat giler weii nak handle anak-anak Dato' & Tunku yang memang tak reti bahasa & tak makan saman ni.. haiss!!
Sebenarnya nak cerita yang last Saturday saya pergi pameran pengantin kat Ampang Point. Saya pergi sorang-sorang aje memandangkan Mr. Salleh outstation kat Singapore. Tapi esok dia dah balik KL. Yeahh!! I miss him so muchhh.. Semua booth saya singgah dan servey harga. Booth butik pengantin, booth fotography service dan booth kad kahwin.
Untuk booth butik pengantin saya tak berapa interested sangat sebab memandangkan semuanya bagi harga yang tak dijangka. Saya sekarang dalam dilema. Sama ada nak tempah baju resepsi & nikah kemudian simpan atau sewa aja baju-baju tu. My mom cakap juz sewa ajalah memandangkan lepas ni siapa lagi yang nak pakai baju tu. Dan nak simpan sampai berulat kot baju tu.. ~huhu~ Tapi saya juga ada discuss dgn Nilam Boutique tentang harga dan design. Tentang baju ni kene hold kejap tapi kalau boleh dalam tempoh dua minggu ni kena settlekan untuk baju. Tempoh enam bulan ni bukan satu jangka masa yang lama dah ni.. Masa sangat singkat.
Then, saya servey harga-harga untuk kad jemputan. Hari tu my mom kalut sangat suruh tempah kad jemputan awal. Macam mana nak tempah, tempat nak bersanding pun belum confirm lagi. Buat kat dewan or rumah..? abah pun belum pergi tanya & booking dewan pun lagi. hmm.. Tapi saya paling berkenan kad jemputan yang harga RM0.30 sekeping. Very simple. Buat apa nak buat kad mahal-mahal tapi at last kad tu orang buang jugak. So Im decided untuk tempah 1000 keping kad jemputan biasa dan 100 keping untuk VIP card. harga untuk sekeping VIP card RM1.50. So kalau 100 keping sama dengan RM150. Kedian untuk 1000 keping kad 30 sen tu jumlah keseluruhan RM300. Total kad biasa dan kad VIP cuma RM450 sahaja. Owh.. saya akan cerita pasal harga ni dalam entry Budget nanti yer.. :)
Then servey pulak kat booth fotography service. Saya minat betul nak shoot untuk pre-wedds. Ada satu vendor ni.. bagi harga RM1500 untuk 1day snap session pastu story album. Jenis album pun menarik. Untuk snap shoot masa majlis akad nikah & sanding nanti, Mr. Salleh nak cuba tanya kawan dia dulu.. sama ada kawan dia tu boleh bagi good price atau tak...
okies.. saya nak buat budget kahwin jap..
~tata~
jimat !! nora dah balas email ek :)
ReplyDeletepre wed rm1500? mahal lah dear. rasanya leh dpt cheaper than that.
ReplyDeleteNORA: Thanks
ReplyDeleteMIZZAMY : Yupss.. agak mahalkan.. sy tak booking pun.. :)