Yeahh.. dari last week nampak Spread LOVE Contest kat blog B2B.. Pastu try masuk blog yang anjurkan contest ni. So sweet hasil kerja tangan dia. Sebab itu saya terus klik FOLLOW kat blog hantaran Fieyza dan LIKE fanpagenya. Rasa teringin pulak nak masuk contest. Sebelum ni tak pernah pulak rasa hati nak join mana-mana contest kan... Jom kita buat karangan..
Saya anak sulung dari empat beradik dan adalah anak perempuan tunggal dalam keluarga. Saya tahu parents saya memang bersungguh-sungguh nak saya kahwin cepat. Tapi nak buat macam mana kalau dah jodoh belum sampai, tak kan nak tangkap muat aje kan... Finally, saya jumpa lelaki idaman hati saya yang saya yakin dialah yang akan menemani kehidupan saya hingga akhir hayat. Percaya atau tidak... Insyallah saya akan mengakhiri zaman solo pada usia lewat 20an dan masuk angka 30an.. hihihi.. betul tak tipu pun.. :)
Sekarang persiapan perkahwinan saya sedang dijalankan memandangkan lagi enam bulan akan ke tarikh bahagia itu ;) Saya memang punyai impian perkahwinan sejak dari dulu. Saya mahukan majlis untuk akad nikah bertemakan Arabian. Dari segi pakaian saya hanya mahukan yang simple, baju kurung moden pun sudah memadai tapi sebelum upacara membatalkan air sembahyang, saya nak menutup muka seperti pakaian wanita Arab tu. Its look so sweet.
Untuk majlis resepsi pula, saya impikan tema Vintage. Berpakaian warna Ungu Lavender.. Saya dapat bayangkan betapa cantiknya warna itu. Ketika menyambut pengantin lelaki sampai dan berjalan menuju ke pelaminan sambil diiringi dua orang flower girl dan berlatarbelakangkan lagu-lagu yang menjadi kenangan kami berdua. Alangkah lagi bergaya jika saya sambil memegang bunga tangan Dip Rose dari Fieyza pasti saya kelihatan seperti seorang puterikan..? (ehehe..) Persandingan kami akan disaksikan oleh semua sanak saudara dan rakan taulan. Saya dan bakal suami serta keluarga akan mengiringi ucapan terima kasih dan memberi perghargaan kepada mereka yang sudi hadir dengan buah tangan yang pasti akan menjadi kenangan sampai bila-bila.
Bagaimana dekorasi majlis resepsi yang saya impikan?Majlis resepsi saya bukanlah di hotel mahal lima bintang atau di tepian tasik. Mungkin hanya dihadapan rumah dan kehadiran tetamu yang menjamu selera hanyalah dibawah khemah. Tapi saya mahu pastikan setiap tetamu yang hadir akan merasa selesa sambil menikmati hidangan kenduri kahwin dan manisan di sudut candy buffet. Khemah berwarna putih dan 'royal purple' dihiasi dengan lantern warna warni yang digantung di sekeliling khemah. Untuk mereka yang menghadiri dan sama-sama berkongsi kegembiraan pada hari bahagia saya, dialu-alukan untuk menulis sepatah dua kata di dalam 'guest book' yang saya sediakan nanti.. :)
Hantaran juga menjadi keutamaan di majlis bersejarah itu nanti. Memandangkan majlis akad nikah itu nanti bertemakan Arabian, saya membayangkan hantaran juga mempunyai konsep-konsep Arab. Kalau tak dapat 100% konsep Arab, dapat 10% konsep Arab pun jadilah ;)
Saya mendokan supaya makanan katering pada hari itu adalah mencukupi dengan bilangan tetamu yang hadir dan yang penting lauk pauk semua sedap. :)
Harapan saya supaya semua sanak saudara & teman-teman yang sudi berkongsi kegembiraan dengan saya pada hari itu berpuas hati dan selesa menghadiri kenduri kahwin saya nanti.
Sekian terima kasih.
Yeayy.. itu aje karangan saya pada hari ini. Harap boleh menang, kalau tak dapat tempat pertama, menang no dua pun jadi lah.. :p
Ini gambar ketika majlis bertunang saya pada 9 Julai 11. Saya bersantai di depan mini pelamin sambil menunggu ketibaan rombongan lelaki yang agak lewat...
Rasanya semua dah lengkap kot mengikut terms & condition Spread LOVE Contest. Sekarang saya nak tag minimum 5 blog yang terpilih. Mereka ni semua dalam proses persediaan nak kahwin. Terimalah..
http://asyikinirish.blogspot.com
http://kahwinbetulbetul.blogspot.com
http://pink-orange-theme.blogspot.com
http://2012-mainkahwinkahwin.blogspot.com
http://ezatuleliza.blogspot.com
prosess nk kawen ker?lom la. hik2~
ReplyDeleteall d best akak~