Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Saturday, April 27, 2013

Second Year Dating Anniversary

Yeaa..
Yesterday is our second year dating anniversary. Hehe..
Dua tahun dulu we all first time berjumpa dan ber'dating' di Baskin Robbin Mid Valley. So we all decided akan ke sana setiap tahun bila tiba tarikh 26 April..

Sepatutnya untuk lebih sentimental value, I bercadang nak pakai baju yang I pakai masa first time kami jumpa tu. Tapi malang seribu kali sayang sebabnya baju tu dah tak muat dengan badan I.. ~huarrgghh~ nangisssss...

Sebelum keluar rumah memang I cuba pakai baju tu. Tapi Mr. Sallehudin sarankan supaya I menukar baju lain. Katanya dah umpama sarung nangka.. whattt??? Jahat btoi laki aku nih!!


Kami sampai lewat kat Baskin Robbins tu. Banyak kedai makan kat Mid Valley dah tutup. Maklumlah dah pukul 10 malam.. hehe.. So, Mr. Sallehudin bawa I pergi makan di Suasana Restaurant berhampiran Kampung Abdullah Hukum. Alaaa dekat flat tu.. :) kalau tak silap kawasan jajahan Izzah Anuar Ibrahim.. hehe..


Look.. he is my husband  ;P yang sangat notty dan busuk!!.. Hahahaha.. sebab dia selalu cakap I budak busuk. Dia pun sama.. 


Haha.. ok byee..

Thursday, April 25, 2013

Travelog : Jonker Walk Melaka

Dua bulan lepas ialah kunjungan kali kedua saya ke Jonker Walk. Ia adalah sebuah pasar malam yang menjual pelbagai jenis barang yang unik seperti aksesories, pakaian, keraftangan dan sebagainya. Ia terletak di sepanajng Jalan Hang Jebat tetapi kini juga dikenali sebagai Jonker Walk. 


Kebanyakkan penjual disini terdiri dari kaum Cina. Apa yang sangat menarik ditengah-tengah kemeriahan Jonker Walk itu terdapat satu pentas besar dan dikelilingi oleh gerai makanan cina dan terdapat aktiviti berkaraoke oleh golongan veteran Cina. ~hehe~. Jadi tidak hairanlah sekiranya Jonker Walk juga dikenali dengan nama Chinatown. 


Apabila tibanya hujung minggu, kemeriahan lagi terasa. Jonker Walk di bukan setiap hari Jumaat bermula 6pm hingga pukul 10pm dan setiap hari Sabtu dan Ahad bermula pukul 11am hingga 10pm juga. Pada waktu itu, lalulintas disitu di tutup kepada kenderaan dan suasana di Jonker Walk bertukar menjadi satu night market yang sangat meriah dengan kunjungan orang ramai.


Disepanjang Jonker Walk juga terdapat bangunan kedai antik yang sangat menarik. Pelbagai jualan yang kita dapat lihat didalam kedai tersebut antaranya makanan, barang hiasan dan antik, pakaian dan sebagainya. Terdapat juga beberapa hotel budget yang selalunya dihuni oleh pelancong yang datang ke Malaka secara 'backpacker'. Disebabkan kesuntukan masa, saya tidak dapat menjelajah kesemua kedai antik yang ada disitu dan berharap saya akan kesana sekali lagi dan dapat melihat dan membeli belah disetiap kedai yang ada disitu.


Saya sangat teruja bila melihat hasil keraftangan seperti pop-up card yang sangat kreatif dan berwarna warni.  Harga barangan yang dijual disana juga amat berpatutan. Cuba bayangkan aksesori cincin yang unik dijual pada harga RM10 untuk dua unit jika dibandingkan di tempat lain RM10 untuk satu unit. 


Saya juga tertarik dengan satu gerai menjual Melaka Fruit Tea. Ada seorang pembeli memberitahu yang minuman tersebut amat sedap dan saya patut mencubanya. Mungkin lain kali saya akan mencuba Melaka Fruit Tea tersebut.


Suami juga tidak ketinggalan membeli buah tangan di Jonker Walk. Pedang Ichigo katanya... Saya pun tak pasti pedang apa tu tapi ia kelihatan 'real'. Sepanjang suami saya membawa pedang tersebut di Jonker Walk, semua orang kelihatan tercengang dan 'gabra' ~hehe~ Mungkin mereka sangka suami  saya lanun moden yang tersesat di Jonker Walk.. ~haha~ Lihat saja muka garang beliau dan cara pedang tersebut dibawa.. 


Dipenghujung jalan Jonker Walk terdapat sebuah Hard Rock Kafe yang baru dibina. Dihadapan pintu masuk dibina tangga seperti rumah Melaka. Ramai juga pengunjung yang memasuki Hard Rock Kafe tersebut. 


So.. kepada sesiapa yang bercadang mahu melawat Melaka tidak sah sekiranya tidak menikmati pemandangan malam di Jonker Walk.

Wednesday, April 24, 2013

Food Review: Cendol Bakar Kuala Selangor

Pernah dengar menu Cendol Bakar? 
Pertama kali saya mendengar cendol bakar hati sangat teruja untuk mencuba kerana sememangnya saya suka mencuba dan menikmati cendol yang dijual di sekitar Shah Alam dan semua tempat yang menyediakan menu cendol. Dua minggu lalu saya telah mengajak Mr. Sallehudin untuk menikmati kelazatan cendol bakar tu. Mr. Sallehudin meng'google' lokasi dimana letaknya gerai yang menawarkan menu cendol bakar memandangkan ini pertama kali kami berdua hendak ke sana. 

Rupanya gerai cendol ini hanya terletak ditepi jalan berhampiran simpang Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (LATAR). Kawasan gerai yang luas memudahkan pengusaha cendol bakar ini menawarkan khidmat drive-thru. Apa yang saya perhatikan, terdapat beberapa orang pekerja akan pergi ke setiap kenderaan yang melalui drive-thru dan mengambil order. Jadi, servis menunggu untuk mereka yang melalui drive-thru tidak terlalu lama.


Bagi pelanggan yang ingin menikmati cendol di gerai tersebut, mereka terpaksa beratur dengan barisan yang agak panjang. Setibanya berhampiran kaunter, pelanggan diberi slip order dan menandakan cendol pilihan mereka dan kuantitinya sekali. 


Kawasan dan suasana gerai cendol bakar sangat tradisional. Ia bukanlah restoran atau kafe berdinding batu dan berhawa dingin. Tetapi hanya dilengkapi dengan tiang buluh dan atap rumbia. Meja makan juga diperbuat daripada kayu. Walaubagaimanapun ia kelihatan menarik dan unik  :)


Di sini ada menyediakan enam jenis cendol iaitu Cendol VIP, Cendol VVIP, Cendol Tapai, Cendol Pulut Tapai, Cendol Durian, dan Cendol Pulut Durian. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan. Bagi warga Orang Kurang Upaya (OKU) dan fakir miskin mereka akan diberikan cendol secara percuma.


Apa resepi sebenar cendol bakar ini? Sepanjang perjalanan menuju ke gerai cendol bakar, saya berfikir-fikir apa sebenarnya yang dibakar dalam cendol tu? adakah cendol hijau tu dibakar kemudian diletakkan kedalam air gula? ~hehe~ Setelah membaca artikel besar yang digantung dihadapan gerai, barulah saya tahu rupanya gula merah yang digunakan dibakar terlebih dahulu. Selain itu, ia adalah gimik juga sempena nama datuk kepada pengasas itu sendiri iaitu Abu Bakar Saidin...


Ramai yang memuji kesedapan cendol bakar dan setelah saya menikmatinya memang tidak dinafikan lagi. Kandungan dan campuran gula melaka serta cendol dan beberapa bahan yang lain menjadikan ia lebih lemak tambahan pula kesejukan cendol yang dihidangkan di dalam mangkuk 'steel' (sory..tak tau nak panggil apa mangkuk tu) amat perfect untuk menghilangkan dahaga.


Bukan cendol semata-mata saja yang dijual disitu ye.. Terdapat juga beberapa gerai lain yang menjual makanan sampingan seperti otak-otak, chiken chop, laksa, bakso, cucur udang, nasi ayam dan sebagainya. Saya memilih untuk mencuba set cucur udang yang berharga RM4.00. Cucur udang terebut dihidangkan bersama kuah kacang yang pada saya rasanya tidak menghampakan. Walaupun terasa seperti kuahnya agak tawar tapi kelazatan cucur udang tidak mengecewakan.


Mr. Sallehudin mencuba laksa yang berharga RM4.00. Laksa juga tidak mengecewakan. Kuah yang agak pekat mujurlah kurang pedas kerasa risau bila saya tengok kuahnya merah nampak macam pedas ajee.. ~hehe~

Tidak sia-sia perjalanan saya dari rumah ke Gerai Cendol Bakar ni. Untuk pengetahuan, team Jalan-jalan Cari Makan TV3 juga pernah membuat pengambaran disini. ~Glemer gitu..~ Lokasi cendol bakar ialah Kg Assam Jaya Kuala Selangor. Tak jauh dari exit lebuhraya saja..

Ambiance: 8/10
Price: 8/10
Food: 9/10

Monday, April 22, 2013

Suami Saya Sudah Boleh Diharap.. ~wee~

Holaa..

Seperti yang semua sedia maklum I ada menjalankan bisnes kecil-kecilan candy buffet dan choc fountain. Setiap kali bila I ada job, Mr.Sallehudin yang sentiasa akan menemani dan membantu I dari segi mengangkat barang dari rumah masuk dalam kereta ke tempat event dan angkat barang lagi sekali dari tempat event masuk ke dalam kereta dan balik rumah. Sometimes beliau ada juga buat promotion kepada tetamu di mana-mana event yang kami pergi. Promo skill beliau adalah sangat awesome.. hehe..

Semalam.. I telah menerima dua job event di tempat yang berlainan tetapi waktu yang sama. I dah confirm untuk job yang pertama di Tropicana. Kemudian ada request last minute untuk job di KGSAAS. I tanya pada Mr. Sallehudin sama ada dia confident untuk pergi ke job event kedua? and he said YES!! Hoho.. so I pun confirm untuk request job kedua..

Sebelum keluar rumah, I dah explain to Mr. Sallehudin macam mana nak buat table decoration. Memandangkan decoration tak sarat sangat so I pun memberi sepenuh kepercayaan kepada beliau. Dan hasilnyaa.... Taraaaa...

|
|
|
|
\/


Pandai pun...!! Next time boleh lah beliau pergi sorang lagi kalau ada dua job dalam satu hari.. hehe.. Job ni dibuat di pool side Kelab Golf Sultan Sallehudin Abdul Aziz Shah. Sambil handle job sambil beliau mencuci mata. Tengoklah gambar apa yang diambil..


huhu.. balik rumah aje terus beliau cerita kat I yang dia tertengok perempuan bogel!! Whatttt???

Wednesday, April 17, 2013

Terlajak Tidoq And New Blog Yang Tak Penting

Holaaa..

Its Wednesday today. Giler betul hari ni. Normally lepas Mr. Sallehudin keluar bekerja, I akan sambung tidur kejap dalam sejam dua gitu. Semenjak drama Korea yang selalu I tengok dulu dah abih, I dah tak continue tengok drama Korea untuk siri baru. So... I sambung tido aje lah kan...

Tapi hari ni sangat dasat. I bangun pukul 12 tengah hari.. ~hhahaha~ Mr. Sallehudin wats up I beberapa kali I tak reply. Dia siap bebel kat I 'mesti tido tak bangun lagi ni' ~hehe~ sowie.. hari ni I terbabas. Bangun je rasa pening-pening lalat. Perut rasa lapar. So I buat maggi dan makan aiskrim. Wah..wah..wahh.. bahagianya hidup!! 

Tapi risau jugak takut jadi habit. Next time if kena bangun awal jadi susah pulak nanti. Ok.. Im promise starting tomorrow I bangun awal dan akan nonton drama korea siri baru di saluran astro 391. Owhh.. yaa.. ataupun I baca novel. I ada tiga novel yang baru dibeli tapi tak baca-baca lagi. Owhh.. I bukan obses dengan novel tapi apa salahnya sekali sekala baca novel kan. ~hehe~


That day I ada create satu blog baru. Sebenarnya blog tu I nak jadikan sebagai blog untuk food review dan penulisan secara details tentang infor makanan. Kebanyakkan I jumpa food review blog adalah dalam Bahasa Inggeris so my intention ialah mahu hasilkan satu blog food review dalam Bahasa Malaysia. Lagipun kebanyakan penulis blog bukan berbangsa melayu. Dan kadangkala mereka membuat review makanan NON HALAL. 

Tapi lepas fikir dan fikir.. how come I nak maintain dua blog dalam satu masa.. opss sorry.. pembetulan bukan dua tapi tiga. mrandmrssallehudin blog, sweetheartstoris blog dan blog baru tu. Fulltime blogger pun I rasa tak boleh nak maintain tiga blog in one time.. kan...kan... So.. my action is.. I akan adjust sikit here and there blog ni dan tukarkan bride to be blog to lifestyle blog. So boleh cerita tentang kehidupan I sebagai seorang wife, cerita about food and travel dan ape-ape aje yang bukan ridiculous.. ~hehe~ 

Wish me luck tauu.. tauu...