Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Friday, June 14, 2013

Projek Nak Menjahit

Hai.. and happy Friday. Petang ni I nak balik kampung saya. Dah tiga bulan tak balik. 

Tadi I baru balik dari beli kain. ~haha~
Memandangkan puasa tahun ni I tak meniaga biskut raya secara besar-besaran so I planning nak menjahit shawl untuk diri sendiri jer. Idea dan design dah ada cuma usaha untuk merealisasikan shawl yang dihasilkan dari tangan sendiri tu akan mengambil masa jugak laa.. Hope raya dapat pakai shawl sendiri  :)

I beli kain murah je. Kain polister semeter RM5 kat Nagoya. Kaler hijau, pink, purple and blue. Nampak tak kain polkadot biru dan kain bunga biru tu? itu bukan untuk projek shawl tapi nak buat uncang. :)

Photo: Memandangkan Ramadhan tahun ni tak meniaga biskut raya secara besar²an..apa kata kite mulakan dengan projek menjahit shawl dan uncang hamper mini raya..hehe.. Harap saya rajin menjahit dan shawl saya menjadi.. :) #projek #menjahit #fabrik

Tibe-tibe bersemangat sungguh nak menjahit nih..
Harap esok di kampung boleh start potong kain dan menjahit.

Wish me luck (^_^)

XOXO

Wednesday, June 12, 2013

Servis Chocolate Fountain Saya ke Gua Musang

haii..
Servis chocolate fountain saya dah sampai Gua Musang. :) Ini kali kedua saya ke sana. Seronok sebab sambutan dari warga Gua Musang sangat memberansangkan. Tak cukup tangan saya nak handle seorang diri. Mujur ada Mr. Sallehudin yang sudi membantu dan meminta di bayar upah. ~hehe~

Kagum juga dengan diorang ni. Terima kasih sebab tolong saya menghabiskan semua menu yang ada atas table dessert buffet tu. Menu habis cepatlaa saya packing barang-barang dan cepatlaa saya dapat payment.. ~ekeke~


Seronok tengok diorang excited makan starwberry cicah chocolate tu. Ada juga yang bertanya "macam mana cara nak makan ni..?" ada juga yg tengok pancuran chocolate tu tanye.. "ehh..chocolate ke ni??" 


Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Habis saja semua menu tu, saya pun berkemas semua barang-barang dan setelkan semua payment. Majlis ni diadakan di Kesedar Inn Gua Musang. Bilik hotel telah disponser oleh tuan rumah. Terima kasih atas layanan. 

Alang-alang dah sampai ke Pantai Timur, saya dan mr. Sallehudin planning untuk sambung percutian ke Kuala Terengganu.. ~horeyyy~

Sesiapa yang berminat untuk booking pakej chocolate fountain untuk majlis wedding, boleh email to cupcakesmuffins@gmail.com

Monday, June 10, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia

Happy Monday  :)

Saya sangat teruja nak membeli novel Sebenarnya Saya Isteri Dia disebabkan drama ini yang sekarang ditayangkan setiap hari Jumaat di TV3. Kalau tak silap Jumaat lepas sudah episod ke sembilan. Dan komen di FB Sebenarnya Saya Isteri Dia menyatakan drama ni sangat sweet dan romantik comedy. Yess.. Memang benar sebabnya semasa saya menonton drama ini episod 7 kalau tak silap.. ketika tokwan terus masuk ke bilik Firash tanpa mengetuk pintu maka terhambur gelak besar.. hahaha.. Mujur waktu itu saya menonton seorang diri kerana suami waktu itu outstation ke Singapore. 

Disebabkan terujaan menonton drama tersebut, saya sangat gigih mencari novel ini dan akhirnya dapat membeli pada harga RM30. Memang tebal dan saya dah habis membacanya  :)


Jalan cerita drama dan novel bukan 100% sama. Drama telah diolah semula mengikut kesesuaian supaya nampak lebih ringkas tetapi 'point utama' masih tidak lari dari novel asal. Sebagai contohnya, di dalam novel Shaf, Firash & mama pulang ke kampung untuk menyambut hari raya tetapi di dalam drama tidak ada suasana raya sekadar mengadakan kenduri tahlil. 

Walaupun drama telah diolah semula, jalan ceritanya masih lagi menarik dan boleh membuat penonton ketawa termasuklah saya.. ~hehe~ 

Yang amat menyedihkan saya terlepas meonton episod 8 dan 9. Saya ingin meminta jasa baik sang suami untuk mendownload episod yang tertinggal kerana saya tidak ada akaun TONTON. hehe..

p/s: Nak tanye novel Teduhan Kasih best tak? sebabnya saya tidak pernah langsung berkesempatan nak menonton dramanya...


Sunday, June 9, 2013

Speghety Bawang Putih

Hai babe..
How are you? And happy Sunday ye..

Siapa yang suka speghety sila angkat tangan  :) Yerr.. saya memang suka amat dengan speghety especially speghety bolognoise. Dulu kala before I pandai masak.. ~hee~ I google cara-cara memasak speghety bolognoise ni. Rupanya tak laa susah sangat kan.. Senang umpama memetik jari saja.. ~ekeke~

Lama kelamaan I terfikir why not I cuba masak speghety selain dari bolognoise. So.. my first trial untuk speghety goreng tidak menghampakan. Its is coll goreng? I pun tak sure nak bagi nama ape sebabnya cara masakannya tidaklah sepenuhnya menggunakan teknik goreng.


Mula-mula rendamlah speghety anda sehingga lembut. Sambil itu boleh juga merebus udang. 
Didalam kuali panaskan minyak. I menggunakan minyak jagung. Kemudian tumiskan bahan lain iaitu bawang merah + bawang putih. Masukkan pula cili kisar  + sos cili + sos tomato. Speghety yang telah lembut sepenuhnya dimasukkan kedalam kuali dan gaulkan sama rata dengan cili dan sos tadi. Campurkan sedikit garam. I mahukan speghety yang ada rasa bau yang agak menarik. I masukkan bawang putih yang dicincang halus. Gaulkan dan akhir sekali taburkan sedikit serbuk lada hitam. Pastikan tidak mengoreng terlalu lama speghety tersebut.


Kemudian cepat-cepat angkat speghety yang telah dimasak ke dalam pinggan. Buatlah telur goreng pecah kemudian taburkan diatas menu speghety. Kemudian boleh laa dimakan.  :)


Resepi : (1 orang makan)
:: Speghety
:: seulas bawang merah dipotong halus
:: 4 ulas bawang putih dipotong halus (2 ulas diawal masakan & 2 ulas diakhir masakan)
:: 1 sudu besar cili kisar
:: 1 sudu besar sos cili
:: 1 sudu besar sos tomato
:: Serbuk lada hitam

Kalau uolls nak tau sedap or tak bolehlah mencuba... Ok.. I namakan speghety bawang putih sebabnya hasil menu ni akan mengandungi bau bawang putih.

Tuesday, June 4, 2013

2 Weeks

Woot woot.. almost 2 weeks I tak update blog. Aishh!!
Sorry.. I sangat busy dua minggu kebelakangan ni. Maklumlah bila cuti sekolah order dan booking pun bertambah :) Alhamdulilah dengan rezeki yang diberikan olehNya..

Owhh last week I ada job di Gua Musang, Kelantan. Customer tu dah booking untuk choc fountain dan candy buffet dua kali. First time I ke sana bulan March 2013 semasa kakaknya kahwin. Kali ni beliau pula yang kahwin. Sambutan disana memang dasyat. Bayangkan 11kg fruits habis dalam masa 1 jam. I happy tau :) Tak sempat nak ambil gambar kat candy corner tu sebab semua serbu. I pitam!! ~haha~

So dah alang-alang ke Pantai Timur, me & husband decided nak bercuti ke Kuala Terengganu. ~horeyy~
Nanti I cerita about cuti-cuti kami disana. Best. Rasa macam nak ke sana lagi. Sebab aktiviti kami kat sana makan dan makannnn sajee  :)



Byeee..

XOXO