Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Friday, October 12, 2012

Tetibe Nak Kawen Lagi Sekali Dgn Mr. Sallehudin

Salam Jumaat...

After seven month berkahwin dan hari ni ade baca beberapa blog B2B.. I rasa rinduuu sangat moment masa persiapan kahwin dulu. Kalau boleh rasa macam nak putarkan balik saat tu pastu nak ubah dan betulkan semula hal-hal yang membuatkan ketidakpuasan hati.. hahaha.. (mood tak reti bersyukur)

Kalau I diberi peluang untuk melakukan persiapan majlis perkahwinan sendiri lagi sekali.. tapi pengantin lelakinya of cos tetap Mr. Sallehudin laa jugakkan...  :) perkara yang I akan buat ialah.. jeng!! jeng!! jeng!!

1) Tema Warna
Tema warna yang akan dipilih nanti ialah dramatik purple. Owsem gilerr tema warna ni. Nampak sangat elegent dan bergaya. 

2) Wedding dress

Untuk dress majlis reception I akan pilih rekaan dari Button My Buttons. I baru tau pasal designer ni after I kawen. Kalau tau dia dari awal dah tentu I pergi tempah baju kat dia. Takde laa I jiwa kacau dulu. Boleh baca kat SINI.

I nak rekaan baju yang simple ajee. baju kurung moden pun dah memadai. Kain pula dipotong lapan so akan nampak beralun laa kan macam Natasha Hudson pakai ni.. :) Kat baju pulak nak hiaskan dengan 3D flower. Owsem gilerrr kan.. ~ehe..~

Natasha Hudson mengenakan rekaan dari Button My Buttons. 3D floral memang menjadi idaman I selamanya..  :)

Ataupun I akan pilih rekaan sama iaitu baju kurung moden juga tapi menggunakan kain lace dan chiffon tanpa ada hiasan 3D flower. Iyer laa lagipun kain lace tu dah cukup memadai menampakkan baju tu cantik. Tambahkan sedikit hiasan lagi dengan ikatan bow dibelakang baju. Warna baju untuk majlis reception tu dah tentulaa DRAMATIK PURPLE kan.. 

Model mengenakan rekaan dari Button My buttons juga. Menggunakan kain fabrik lace & chiffon. Kelihatan ada sedikit vintage disitu. Tema vintage juga amat melekat dihati I.. ewahh..

Farah AF juga tak kurang cantik baju dia. Tapi tak sure rekaan siapa yang dipilih ni..  ~huhu~

Untuk nikah dress pulak kita pilih rekaan yang lebih simple tapi kalau boleh nak yang mengikut peredaran zaman.. kononnyer lah kan.. ~haha~ Sekarang ni dah makin popular rekaan peplum. Sana sini peplum. ~hihi~



Nikah dress I nak merasa rekaan dari Nurita Harith. Designer ni pun I baru tau lepas I kawen jugak. Hayooo!! Kalau boleh untuk akad nikah kita pakai warna pink. ~hehe~
Material kain hanya chiffon atau soft satin. Dibahagian dada tak perlu perincian langsung. Biarkan kosong sebab boleh di 'match' kan bersama dengan roseette necklace. Owhh.. cantik dan mesti ramai yang kagum nanti kan.. [masuk bakul angkat sendiri]

Kalau nak letak perincian pun bolehlah letak pearl yang dijahit bertaburan dibahagian pinggang. 
roseette necklace idaman.. ~phewww~

3) Pelamin

Ahaa.. pelamin adalah sangat penting. Untuk pelamin I tak nak pergi ke vendor lain melainkan Bridal Santuary. Sebabnya I dah jatuh cinta dengan hasil kerja diorang ni. 

 
 Pelamin ni ala-ala dua dalam satu. sebelah kiri tu boleh dijadikan pelamin nikah dan sebelah kanan dijadikan pelamin sanding. 

 Ini pun cantikkkkk..!!

This is simple but owesemm..

Ada orang cakap.. rekaan pelamin diorang ni nampak crowded dan semak. Tapi I peduli apakan... sebabnya rekaan diorang ni tak tiru mana-mana rekaan pelamin yang lain dan tak streatype. Tu yang I suka sangat. Walaupun untuk pakej pelamin yang diorang offer ni agak mencekik.. ~hihi~ tapi yang penting kepuasan kan.. :) Kali ni I akan pilih design pelamin yang simple. Yang tak nampak macam pelamin sangat. Yang boleh dijadikan tempat untuk duduk merenjis dan lepas merenjis boleh juga dijadikan tempat fotobooth. Ahaa.. Jadi kenkawan pengantin boleh mengambil gambar dengan ceria sekali. :p

4) Lokasi dan Kanopi

Kali ni I tak nak panggil jemputan sampai seribu orang. Ramaiinyerr.. cukuplah bilangan tetamu antara 300 hingga 500 orang. Penyambut tetamu pun tak pening dan penat kan.. Cuma jemput rakan dan saudara mara terdekat je.. 

Lokasi yang dipilih kalau boleh nak buat kat kawasan terbuka. Contohnya kat Padang Merbuk KL.. [tetibee!!], ataupun sekitar Tasik Perdana atau Tasik Titiwangsa. Majlis reception pula akan diadakan pada waktu malam. Takde laa my mom ni pening kepala nak termuntah klau wat waktu tengah hari terik matahari mengembang tu kan..

I nak kanapi transparent. Maklumlaa.. majlis diwaktu malam. Jadi kalau guna kanopi transparent bolehlaa melihat keindahan bulan dan bintang. Dan disinari pula dengan lampu chandelier disetiap khemah. Hebat sekali.. ~auwww~


Kerusi meja I nak guna kerusi chiavari. Nak tau amende kerusi tu? Haaa.. yang macam kat gambo atas tu kerusinyaaa..

Owwhh.. indahnya perkahwinan I ni kalau dapat apa yang I idamkan.. hohoho.. 

Sudah-sudah!! Dah kawen pun. Tak payah nak berangan sangat laa.. ehh..tapi ok what..??? Mana tau nak celebrate ulangtahun pertama perkahwinan nanti kan... Boleh kot celebrate ala-ala nak kawen lagi sekali kan..

Hihihi... mesti Mr. Sallehudin garu kepala baca entry I kali ni.. Ok lah.. stop kat sini dulu.. Nak masak.

Sumber gambar: Google

Thursday, October 11, 2012

Tak Sehat

Acchuummmm!!!

Accchuummmmmm!!!

Adoyai.. bersin bertubi-tubi.. ~huhu~ Dah nak masuk tiga hari selsema ni tak baik-baik. Bermula dengan sakit tekak yang perit sampai nak telan air liur pun sakit. Minum air suam banyak-banyak. Bila dah kurang sikit sakit tekak, datang pulak lenguh sendi-sendi. Suhu badan tetibe naik. Demam sampai nak bergerak pun tak larat. Terbaring aje depan TV sambil blog walking dan tengot tv. ~ ehhh..demam demam pun boleh pulak blogwalking kan.. tulaa punyer bersemangat waja btol~

Masa suhu badan tengah tinggi tu, hubby ada bagi panadol parasetemol (ok..x tau nak eja cane). Lepas telan 2 biji panadol tu rasa badan okey sikit. Dah boleh nonton Adam Dan Hawa sambil duduk bersila. Kalau tak sebelom tu baring jer depan tv sambil berselimut. Sampai hubby pun bengang..hahaha.. katanya "time Adam Dan Hawa boleh plak bangun duduk" nak wat cane.. dah lepas makan ubat dah kurang sikit lenguh-lenguh badan.. ~hihihi~

Lepas je makan ubat tetibe plak bersin berduyun duyun kuar haaa... nak selsema pulak. Kalau selsema ni I memang risau skit sebab memang payah nak baik. Makan masa seminggu dua juga baru bendalir dalam hidung tu kering.. ~hiii~

Paling seksa sekali bile nak tido.. hidung tersumbat sebelah kanan. Orang cakap kalau hidung belah kanan tersumbat kita kene tidur mengereng sebelah kiri supaya tidur kita lebih selesa. Yerpp.. memang I selalu wat macam tu pun klau nak tidur. Paling lemah bila susah nak bernafas. Terpaksa bernafas ikut mulut pulak. 

Bila laa nak elok ni. Mintak laa cepat baik selsema ni. Ahad ni nak pergi belajar kelas baking. Kalau selsema ni tak elok lagi kang tak selesa pulak nak blajar wat kek kan.. Tolong laaa..cane nak cepat hilangkan selsema ni... ~huhuhu~

Tuesday, October 9, 2012

Contest: Mega GiveAway Dari www.yanayassin.com

Haiii sumerr...
Sekarang nak join Mega Giveaway dari Yana Yassin. Kagum tau tengok dia ni.. Follower untuk blog dia dah cecah dua ribu lebih. Fanpage dia pun dah sampai 100k.. Dengan ber'blog'ing saja dia boleh dapat side income pastu dapat beli DSLR pulak tu.. ~hihihi~

okey.. mari kita tengok syarat terms & conditions untuk Mega Giveaway ni..

1. Buat entri dan tepek banner diatas dan link kan ke entri nie.

 sesape nak join Mega GA ni boleh ke sini yer ---> contest


2. Tajuk entri Mega GiveAway Dari www.yanayassin.com 
DONE

3. Ce citer sikit pengalaman manis/masam korang dalam dunia Blogging.
Pengalaman dalam blog yer.. hmm.. rasanya takde pengalaman manis atau masam. Semuanya biasa-biasa aje. Haha..lagipun before this I menulis blog sekadar untuk suka-suka. Tapi sekarang baru tersedar yang ber'blog'ing juga boleh menambahkan income dan kenalan baru. Hopefully my blog ini akan dikenali ramai siatu hari nanti..  :)

4. Tag 3 orang kawan, dan pasti kan diorang tahu lah dirinya di tag yaa.
 Sape yer saya nak tag..hmm.. ok..nak tag
::bakal adik ipar --->  Ekin 
::kawan sekolah lama ---> Elly
::kawan blog ---> Mimizoulicous 

5. Kalau sudi jom Follow @twitterYY dan Like Fanpage BlogYY sebab YY akan banyak hupdate dekat situ juaaa.
Dah like Fanpage BlogYY..  :) 

6. Letakkan Link entri korang di komen entri nie.
DONE

Ok.. good luck to me..

Contest : GIVEAWAY LORI OREO COMEL Dari WWW.CIKLILYPUTIH.COM

Salam semua..
Hari ni teruja sangat nak join contest dari Cik Lily Putih. Dulu masa I tengah sebok wat wedding preparation, I selalu jugak join contest. Itupun contest yang bertemakan perkahwinan.. ~hehe~ Lepas tu dah lama tak join contest. Sekarang nak join contest tema pelbagai pulak.. 


Haaa.. contest ni anjuran Cik Lily Putih.. Sesape nak join boleh jer klik kt sini ---> contest Cik Lily
teringin sangat nak hadiah liro oreo tu, lagipun I ni memang suka kumpul bekas tin biskut yang comel-comel..

Actually I baru aje jumpe dan tau pasal blog Cik Lily ni. First time baca blog dia rasa sonok sangat. Seronok baca pengalaman dia yang aktif join event sana-sini.. Tetibe berangan nak jadi macam Cik Lily pulak.. ~ehee~ Disebabkan blog dia ni best, maka I pun terus linkkan blog dia kat my side bar tu.. blog yang I link kat tepi tu memang I akan hari-hari baca yeee.. 

Saya sebagai pencinta makanan dan suka berjalan-jalan...walaupun sekarang tengah berusaha untuk diet..~hihi~ harap blog Cik Lily ni banyakkan lagi review pasal food dan restaurant serta hotel yang Cik Lily selallu pergi. Akhir kata, rajin-rajin laa datang blog saya yerr..  :p

Owhh.. lagi satu.. kalau sudi, bolehlah berkongsi tips untuk menaikkan trafik blog ke, cara nak buat duit dengan blog ke.. I sukaa sangattt.....

Oklah.. itu saja kot pandangan saya tentang blog Cik Lily Putih ni.. Adiosss... byee...


Monday, October 8, 2012

Cerita Tentang Blog

Hai..
happy Monday. Walaupun dah lewat petang ni kan.. ~hihihi~
I tak tau nak tulis apa petang-petang cenggini. Tetibe lapar cendol dan goreng pisang. Huss...

Okey.. nak tanya apa tujuan uolls ber'blog'ing ni? I actually dah lama menceburkan diri dalam blog ni. Dulu I ada blog guna nama sendiri. Lepas tu tetibe tak update. Kemudian time tu pulak sibuk dengan fotopages. Sana-sini orang update kat fotopages tu. Termasuk laa I..  :) Kemudian I stop pulak guna fotopages bila orang dah mula sibuk tentang blog.

Kemudian I start blog semula bila dah mula kenal Mr. Sallehudin. Sebab tu I create blog atas nama mrandmrssallehudin. Pada mulanya blog ni menceritakan perjalanan cinta kami (uweekkk..hihihi) dan perjalanan dalam menyiapkan persiapan majlis kahwin kami. Kalau uolls rajin boleh laa baca dari mula blog ni yer.. Muda lagi blog ni. Dalam bulan May 2011 kot blog ni dihasilkan. Dan bila dah lepas kahwin ni blog ni cerita pulak tentang aktiviti selepas menjadi suami isteri..  :)

Blog ni dah macam diari yang menceritakan aktiviti harian kami. Mr.Sallehudin dia memang tak aktif langsung pasal blog. Semua dia serahkan kat I untuk tulis kat blog ni. Penah sekali je dia ada buat entry tanpa pengetahuan saya hokey... tup-tup bila I buka blog tengok dah ada entry yang ditulis oleh Mr. Sallehudin. ~hihi~

I memang tau kita akan mendapat side income dengan menulis blog. Tapi I tak ambik pot sangat pasal mende tu. Biarlahhh..sebab I menulis blog bukan untuk mencari pendapatan tambahan.. nuffnang pun I tak tau amende tu. Tapi I letak jer iklan nuffnang kat tepi blog ni.. hihihi..

Tapi dalam sebulan dua lepas.. baru I terfikir kenapa I tak gunakan aktiviti berbloging ni sebagai untuk mencari side income jugakkan. Tambah lagi status I sebagai suri rumah sekarang ni memberi peluang untuk I sentiasa menulis blog untuk mengisi masa lapang disamping menerima tempahan cupcakes. Bukan setiap hari I akan membakar cupcakes kan.. so I rasa waktu yang ada dirumah setelah ditolak waktu untuk memasak, membasuh, mengemas rumah, menonton drama korea, menonton Adam dan Hawa dan melayan suami boleh juga digunakan untuk menulis di blog picisan I ni.. ~hihi~

Baru-baru ni I sangat teruja bila dapat tau mereka yang menulis blog especially blog-blog yang dah dikenali ramai mendapat income cecah ribu jugak kot. Best kann..Yang mana penulis blog yang comey-comey tu boleh jadi model pulak peragakan baju yang dijual oleh butik online juga.. Ada yang jadi model untuk fesyen designer yang fofularr jugak. I teringin jugak nak dapat sponser post / advertorial post. Tapi ciri-ciri nak dapatkan sponser post tu bukan senang kot. Blog tu mesti capai paling sikit pun 1k viewer kot kan.. Tapi I punye blog tak sampai 200 orang pun view dalam sehari..~haha~ Kawan I penah cakap, kita kena rajin join event yang dihadiri oleh blogger lain so dari situ kita boleh kenal antara satu sama lain dan boleh bertukar-tukar idea.

I paling suka baca blog yang popular macam Yuyu Zulaikha, Yana Yassin, dan Adawiyah. Sonok baca penulisan diorang yang tak boring tu. Pastu mendapat pengalaman menyertai event yang dianjurkan oleh company yang best-best.. hopefully one day my blog akan dikenali ramai dan mencapai pengunjung sehingga 1 juta.. hahaha.. berangannyerrr kan..  :p