Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Thursday, January 5, 2012

Contest : Kasut Wedding Impian

Salam malam Jumaat.
Mari join contest anjuran sittinurs. Kalau menang dapat hadiah kasut wedding kaler grey :)
Mari baca terma & syarat penyertaan...

1. B2B yang mempunyai Blog khusus menceritakan perjalanan/preparation weddingnya.
2. Buat Entry yang menceritakan "kasut wedding impian anda"
3. Letak banner dengan 1 gambar, Salah satu baju Kebaya wedding By Sitti Nurs yang anda sukai, dan link kan dengan website : www.rumahkebaya.com.my.
4. Follow dan Link blog Sitti Nurs untuk memudahkan saya mengupdatesnya :)
5. Pemenang akan diumumkan pada tarikh 31 Januari 2012.
6. Hadiah boleh di ambil sendiri ke gallery Rumah Kebaya Malaysia (RKM) atau boleh juga kami pos kan.
 ----------------------------------------------------------

1. Yerr.. saya mempunyai blog yang menceritakan pelbagai kisah tentang nak kawen  :)
2. Kasut Wedding Impian Saya...   :)

Kasut Wedding Impian saya adalah sangat simple saja. Kalau boleh saya nak jenis wadges seperti gambar dibawah ni. Lebih selesa dan tumit serta tapak kaki pun kurang lenguh. Maklumlah hari bersejarah tu selalunya kena jalan banyak..jumpa dan salam dengan sedara mara dan kawan-kawan. So lebih selesa pakai wedges kan.. Ketinggian wedges mestilah tak terlalu tinggi sangat, lebih kurang tiga inci..sesuai sangat..  :)


Hiasan di bahagian depan kasut pun nak simple dan sweet. Contohnya macam hiasan menggunakan manik dan pearl. Wahh.. anggun sangat rasa bile pakai kasut idaman. terasa jugak kaki adalah menjadi sangat cantikkk gitu....

Owhh.. baru teringat saya belum membuat pencarian kasut untuk wedding saya.. huhu.. tapi kalau menang kasut dari Siti Nurs pun best jugak sebabnya kasut warna grey tu memang sesuai untuk saya pakai pada hari pernikahan saya yang bertemakangrey jugak. Harap saya boleh menang yer Siti Nurs.. pleaseee...  ~wing~

3 Gambar dibawah salah satu hasil kreativiti Situ Nurs.. cantik sangatt...  :)

 

4. saya dah foloow blog Siti Nurs  :)
5. Dan pemenangnya adalahhhh............................. (tunggu 31/1/12)

Contest: The Ladies Photographer Giveaway

 Yeahhh...
Sejak nak kawen ni saya memang suka join contest. Kali ni saya nak joih contest anjuran Ladies Photographer. Lagipun term and condition untuk contest ni tak susah sangat. Kalau tak percaya cuba baca syarat-syarat peraduan  :)
Syarat2

1 - Buat entry bertajuk THE LADIES PHOTOGRAPHER GIVEAWAY 

2- Letakkan banner The Ladies Photographer di bawah dan link kan ke entry ini...



2 - Like Fan Page TLP di facebook  http://www.facebook.com/theladiesphotographer dan kepada yg tiada FB, boleh jadi follower di belog saya ini:P
3 - Like Fan Page Danita Maternity Store http://www.facebook.com/Danitamaternitystore (this is our penaja hadiah) 

3 - Tag 5 org kawan blogger (lebih ke kurang pun leh:P)

4 - Letak link entry anda di entry ini...Terima Kasih:)

5 - Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 January 2012.

Saya dah like fan page Theladiesphotographer dan danitamaternitystore. Sekarang saya nak tag semua pembaca blog mrandmrssallehudin untuk join contest anjuran Ladies Photographer sebab hadiah yang ditawarkan juga adalah sangat bestttt...   :) Harap saya menang salah satu hadiah yang telah disebut oleh penganjur...

Wednesday, January 4, 2012

Contest by IzaFiza : When U Be The Biggest Part Of me.

Hari ni nak join contest by IzaFiza


  1. Buat entri yang bertajuk Contest by IzaFiza : When u be the biggest part of me.
  2. Copy banner atas dan link ke entri contest.
  3. Pilih SEKEPING gambar bertemakan majlis perkahwinan.
  4. Anda bebas memilih gambar majlis anda sendiri atau perkahwinan sedara mara atau kawan-kawan.
  5. Kriteria yang dipilih adalah gambar yang CERIA, KREATIF dan TAK SKEMA sangat. Kalau CANDID lagi bagus.
  6. Tulis penerangan berkaitan gambar melebihi 3 baris ayat.
  7. Tag DUA orang blogger untuk sama-sama memeriahkan contest ini.
  8. Letakkan url entri anda di ruangan komen entri ini.
  9. Boleh jadi follower IzaFiza supaya anda sentiasa tahu perkembangan contest.
Hadiah-hadiahnya adalah :
Gambar menarik sangat   : WANG TUNAI RM80
Gambar menarik la jugak : WANG TUNAI RM50
Gambar boleh tahan la     : WANG TUNAI RM20
Tarikh tutup contest :
03 Januari 2012
07 Januari 2012
p/s : Contest ini akan terbatal sekiranya penyertaan kurang mendapat sambutan.
 


Kalau menang dapat wang tunai RM80. Ini sudah bagus. Bolehlah duit tu nanti guna untuk beli bunga-bunga untuk hiasan hantaran. Ahakszz... Gambar kat bawah ni gambar bertemakan majlis perkahwinan  :)

Ini semasa majlis perkahwinansalah sorang adik kawan saya. Waktu tu pengantin perempuan sedang gementar menantikan pengantin lelaki tiba. Yerr.. sebenarnya pengantin lelaki dah sampai pun..tengah berjalan bersama rombongan menuju kerumah pengantin perempuan. So.. mereka-mereka di dalam gambar adalah sangat sebok ingin melihat pengantin lelaki. Si baju kurung yang membelakangi camera tu berkata..

"Cepattt.. Shila.. laki ko dah sampai tu..."


Ok DONE. Sekarang saya nak tag bakal adik ipar dan sorang rakan blogger untuk join contest ni jugak.. Mereka ialah.......

...
...

Tuesday, January 3, 2012

Update Tentang DIY

Hohohoho...
Malasnya nak pergi kerja pagi ni. Tidur adalah tersangat best  (*_*)

Apa update tentang wedding? Lagi 79 hari nak nikah. Saya tak nervous untuk nikah. Tapi saya nervous sebab banyak barang DIY belum siap. Apa DIY yang belu saya buat?

Brown Paper Beg + Item Untuk Letak Dalam Beg
Brown paper beg saya kena tampal doily paper dan sticker untuk 2000 pcs paper beg. Tapi nasib baik my abah dah tolong siapkan 500 pcs. Thank you so much abah. :) Saya pula dah tampal 400 pcs paper beg. Tinggal lagi 1100 pcs paper beg tersadai. Aduss.. banyak lagi tu... Item untuk letak dalam paper beg.. belum beli lagi. Itu semua akan beli hujung January dan hujung February.

Uncang
Uncang ni sebenarnya saya buatpun menggunakan kaedah cuba jaya. Tak sangka pulak menjadi walaupun tak lah secantik sangat pun. Saya ada 12m kain satin warna maroon purple yang tersimpan dalam almari. Saya beli kain tu dah lama. Dua tiga tahun lepas rasanya. So, untuk mengelakkan pembaziran saya fikirlah nak buat ape dengan kain banyak tu. Tiba-tiba timbul idea nak buat uncang. Dalam uncang tu saya letak yang macam ala-ala kapas tu.. tapi saya tak tau ape nama benda alah tu. Benda tu kadang-kadang orang gunakkan untuk buat bantal tidur. Tapi bukan kekabu yer. Polistrin ke ape ntah namanya... Benda alah tu pun saya tak beli. Saya amik dari bantal saya yang lama-lama dan yang dah terkoyak tu. Hahaha.. Sekarang saya gigih menjahit uncang tu guna mesin jahit abah saya. Tapi baru 6 aje yang dah siap sempurna. Yang lain-lain tu belum sempurna lagi.. huhu...

Kad Jemputan Kahwin
FYI, kad jemputan tu saya yang design untuk both side. Belasah aje design tu janji boleh print. tapi problem is saya belum print lagi sebab printer tak ada ink.

Guest book Corner
Guest book dah siap. Tinggal lagi nak binding aje. Tapi itu untuk my side. Untuk bertandang side saya pun terfikir nak buat juga. So, saya kena prepare dua buku. Satu untuk saya dan Mr. Sallehudin. Satu buku lagi untuk bakal abang ipar dan bakal kakak ipar. Buku untuk bertandang belum siap.

Bunga Tangan
Bunga tangan untuk majlis nikah disponser oleh Fiza Hantaran. Hari tu menang contest anjuran Fiza. Tapi rasanya saya perlu contact dia balik laa. Diam aje. Bunga tangan untuk resepsi pula saya planning nak buat fabric handbouquet. Mula-mula nak tempah dari Intan Norazam, tapi dia pun dah fully booking. So, berpandukan tutorial dari blog Intan dan beberapa tutorial lain, saya nak cuba buat juga. Bungat tangan untuk majlis bertandang pun saya nak buat juga. Fabric handbouquet juga. Tapi untuk bertandang kalau saya sempat buat..baru saya buat. sebab nak kena buat untuk kuantiti dua. Maklumlah, untuk majlis bertandang ada pengantin. Tapi projek ni tak start pun lagi.

Rasanya itu saja projek DIY yang besar-besar.. Yang lain-lain tu ada juga tapi belum ada progress jugak lagi. Projek besar-besar pun tak siap lagi dah ngada-ngada nak fikir pasal projek kecil-kecil pulak. Tapi projek yang kecik pun nak buat jugak. [tamak]
Owh.. semalam saya jumpa dengan my FMIL. Dia ada cakap untuk majlis bertandang memang tak ada pelamin. Tapi katanya dia nak letak macam satu backdrop untuk pengantin bergambar. Dalam erti kata lain, nak buat ala-ala photobooth gitu kot. So saya cakap kalau nak buat saya boleh buat. Semua backdrop saya akan sponser. Sebabnya, my planning is... lepas kawin saya nak continue wedding business. Tapi kali ni lebih kepada decoration aje. Maknanya, backdrop yang akan saya sponser untuk majlis bertandang tu nanti akan saya gunakan sebagai barang niaga saya. Kepada B2B lain yang tengah cari pakej pelamin, boleh lah contact saya. Business akan dimulakan selepas bulan May 2012 yer kawan-kawan.....

Itu aje kot update pasal kahwin. Hari ini anniversary saya dengan Mr. Sallehudin. Tarikh 3hb tu adalah tarikh kami first date. Im planning nak buat something yang mengejutkan untuk Mr. Salleh laa.. huhu....

Sunday, January 1, 2012

Pertama Untuk 2012

Hari Pertama di tahun baru 2012
Seronoknya cuti. Esok pun cuti lagi. Rasa nak cuti untuk selama-lamanya. ~haha~

Hari ni Mr. Sallehudin kena kerja. Dah dua minggu dia kerja non-stop. Kesian kat dia sampai lenguh-lenguh badan. Last nite dia bawak partner dia dari Sweden makan seafood kat Bagan Lalang. Saya pun tumpang makan seafood juga  :)

Walaupun cuti panjang, saya dan Mr. Sallehudin tak ada merancang untuk pergi kemanapun. Nak simpan duit. ~hehehe~ Insyaallah, cuti Tahun Baru Cina nanti mungkin we all nak pergi somewhere untuk buat our second photoshoot after our first photoshoot kat Genting Highland. Then, bila dah ada gambar bolehlah pergi hantar gambar buat album storybook dan canvas printing.

Pagi ni after breakfast, saya pergi menjengah jap ke Pameran Pengantin kat Space U8, Shah Alam. Rupanya dekat aje tempat ni dari rumah saya. Tak sampai 20 minit dah sampai. Space U8 tu shopping complex baru tapi memang tak ada lagi penyewa shoplot kat complex tu. Dengar cerita mahal sungguh kalau nak sewa shoplot kat situ. Tapi yang ada kat situ MBO. Hmmm.. rasa macam nak ajak Mr. Sallehudin tengok citer Songlap kat situ..  :D


Woww.. cantik giler pelamin ni dari Che Det wedding Planner. Konsep pokok-pokok sekarang ni tengah popular. dah tak pakai kot backdrop kain kat belakang pelamin kot. Tapi saya berkenan bunga purple kat tepi patung yang pakai baju tu. Uolls boleh spot tak bunga purple tu? saja tanyer berapa RM kalau nak tempah bunga tu? harga RM50 untuk sekuntum. ok..ok.. klau saya ada masa, saya boleh buat sendirik.. aha..

Pelamin ni pun cantik. But sorry saya lupa pelamin ni dari vendor mana.. aha.. Saya berkenan kerusi ala-ala purple tu. Mana vendor ni dapat kerusi tu kan? Saya berkenan bentuk kerusi tu tapi kalau boleh saya nak warna putih or hitam..

Ini pun saya lupa baju dari vendor mana.. ~aha~
Design baju lelaki tu adalah design baju untuk Mr. Sallehudin masa majlis resepsi dan mejlis bertandang. Dia tak nak pakai sampin bagai.. katanya rimas. Cuma masa majlis akad nikah aje dia akan pakai sampin. Apa-apa ajelah mucukkk...

Saya pergi ke Pameran pengantin tu pun sebab nak servey mekap untuk majlis bertandang dan nak tengok kalau ada apa-apa offer untuk doorgift. Masa saya ke situ, banyak mekap artis tengah wat preparatin mekapkan model sebab diorang ada fashion show dalam pukul 3 ptg. 

And... salah sorang mekap artis yang ada kat situ Ida Aziz. Saya tanye berapa harga sekali mekap untuk majlis bertandang? Dan dia jawab: RM150 saja. Saya tanya lagi sekali RM150 or RM250 or RM350? Dia jawab lagi... RM150. Cuba uolls try call her.. tanya lagi sekali berapa harga untuk mekap bertandang. Takut saya silap dengar. This is her contact no 012-9414852

Saya servey juga badge. Kononnya nak bagi pada crew penanggah. Kalau nak tempah dalam kuantiti 50pcs, harganya RM3.++ per pcs.  Lets me balik rumah dan fikir dulu yer... Videographer pun saya servey juga. Tapi tengah terpikir, patutkah ada videographer? Tapi saya nak videographer masa hari nikah. Sebab nak tengok berulangkali Mr. Sallehudin salam tangan tok kadi. hmm.. Mungkin saya boleh tanye kat my OP sama ada dia ada kawan-kawan yang boleh buat videographer pada harga murah...  :)

Balik rumah.
Saya terus touch-up wedding guest book. Dah siap. Cuma nak pergi hantar binding aje...
 Yeayy...


Dah siap tampal huruf kat guestbook.. sambung menjahit uncang. :) Terkial-kial menjahit guna mesin jahit. Maklumlah. Setahun sekali nak pegang mesin jahit pun belum tentu lagi...  :) dah siap nnt saya' up' uncang tu kat blog yer... :)