Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Wednesday, January 29, 2014

Pengelupasan Kulit Muka

Hai...
Kebelakangan ini masalah kulit mengelupas di bahagian muka semakin menjadi-jadi. Seingat I masalah pengelupasan kulit muka dah terjadi lebih kurang setahun dulu. Waktu tu I ke sebuah salon kononnya nak membuat 'facial'. Semasa dalam proses facial tu kulit muka saya rasa sangat pedih dan kelihatan merah-merah. Terus I minta juru facial tu stop dari membuat facial sebab tak tahan sangat rasa pedih tu.

Sekarang ni I tengok pengelupasan semakin teruk. I dah mula rasa susah hati ni. Tak ingat apa punca terjadi pengelupasan. Mungkin sebab penggunaan pencuci muka or penggunaan mekap. Pengelupasan yang paling teruk ialah disekeliling bibir dan bawah pipi. Di dahi pun ada juga sikit..hmmm..

Baru-baru ni I cuba menggunakan satu produk pencuci muka untuk membaikpulih kulit yang mengelupas. Baru je pakai sehari dua.belum dapat tengok kesannya lagi. Then, setiap tengah hari dan malam sebelum tidur I akan sapu pelembab muka. Harap-harap lepas ni tak ada dah mengelupas kat muka ni..

Ada jugak petua alternatif yang I baca untuk mengatas masalah kulit kering dan mengelupas. Caranya:

1) ambil isi sebiji buah mangga 
2) lenyekkan isi buah mangga tu hingga lumat (nampak macam bubur)
3) sapukan secara nipis pada muka dan biarkan hingga kering
4) bila dah kering cuci dengan air suam.
5) then, sapu dimuka dengan ais batu.
6) akhir sekali lap muka dengan tuala lembut / bersih secara perlahan-lahan

Sumber : google

Harap petua ni dapat membantu uolls semua dan juga I sendiri...

Xoxo

3 comments:

  1. krim muke tak bersesuaian la tuh, baik bertindak cepat..

    ReplyDelete
  2. kurangkan keluar air liur basi masa tido. ni tidak tido je mau basah bantal, cadar ngan selimut. MASAM SUNGGUH...

    ReplyDelete