Semakin hari semakin happy...
Lepas pergi jumpa ibu Mr. Sallehudin, rasa macam semua nervous tu hilang. Apa yang ada sekarang ni perasaan happy aje sebab saya dah di'approve' dan mendapat gred A oleh ibunya.. ~Yeehaaa..~ [x senonoh kan..]
Balik dari jumpa ibu, dalam otak saya ni terus berangan-angan dan 'planning' macam-macam pasal hari nak kawin. Saya selalu baca blog B2B sebelom ni, so agak sikit terpengaruh laa dengan persiapan diorang yang pelbagai idea tu..
Apa yang saya tahu, Ibu nak uruskan majlis merisik/bertunang abang kepada Mr. Sallehudin dulu, then baru uruskan majlis merisik/bertunang kami... Wowww.. giler lah, betul ke saya dah nak kawin ni..?? Macam tak sangka aje. Lepas ni saya dah tak hidup sorang-sorang lagi..huhu...
Dengar bunyi macam tak lama lagi, tapi saya tak berapa pasti laa bila kan majlis merisik tu.. malu pulak nak bertanya kat ibu.. hihi.. bila tanye kat Mr. Sallehudin pun dia tak tau.. [huhh..] Ibu ada cakap, yang majlis sebelah lelaki dalam perancangan akan dibuat pada tahun depan tapi tak pasti bulan berapa. Majlis tu nanti ada dua pasang pengantin.. saya & Mr. Sallehudin serta Abg Zaki & kak Aisyah. [kak Aisyah muda dr saya actually..] Apa yang saya dengar, jiran tetangga di situ sudah menawarkan diri nak memasak untuk hari kenduri tu nanti.. itu aje lah gambaran yang saya dapat dari family sana..
Mama saya pula jgn cakap laa.. excited terlampau-lampau. Tak tahulah apa planning dia untuk kenduri kahwin pertama ni. Dengar cerita nak tempah catering aje. Jemputan 1000. Banyaknyerrr. Pastu nak ada DJ & karaoke.. hahahaa... Jadi kepada semua makcik dan jiran tetangga dikampung tu.. soklan2 yang u'ollss selalu tanyer kat saya.. "bila nak kawin?" Insyallah, tahun depan ok. Tolong doakan untuk saya kalau nak tengok saya naik pelamin sangat.. jangan nak bebel lebih2..
Selalunya macam tu lah kan, bila kita dah kawin, ada pulak lagi mulut yang tak ada insuran bertanya,, "bila nak bertiga pulak?" Haiyaa!! Ni yang saya sangat tak suka ni. Seolah-olah kita hidup seperti nak memuaskan hati orang lain aje. Suka hati saya laa bila pun.. nak bertiga ke.. berempat ke.. huhu.. Dah cukup bagus laa ni saya dah nak kawin tau..!!
Oppss.. ok, saya dah terlebih sudaa.. ~Happy Reading~ yer.. saya nak surf internet, nak cari idea pasal wedding jap.. :)
No comments:
Post a Comment