Salam semuaa...
wahhh..slownyerr I update blog.
Sekarang nak cerita pasal raya. Bulan Syawal dah nak habis tapi I baru nak cerita pasal raya..hihihi..
Tahun ni kami full house. Tema warna keluarga ialah mustard. Rasanya ini pertama kali kami sekeluarga mengenakan pakaian raya mengikut tema warna. Tahun sebelumnya tema warna adalah carca marba.. haha..
Selepas sembahyang raya, family photos diadakah. Bukan senang nak set satu family bergambar ni. Macam-macam perangai. Ada yang nak betul samping laa songkok laa tudung laa.. ~hihi~
Tengok gambar bawah ni.. macam-macam kerenah kan..
Akhirnya dapat juga potret keluarga yang cantik. Selepas bergambar sessi bersalaman dan bermaafan. Owhh.. abah I dah tak bagi duit raya kat I.. sedisnyaaaa.. ~kikiki~ Tapi nasib baik sang suami sudi beri duit raya jugak.. ~happy~
Terima kasih kepada sang suami kerana sudi bagi duit raya dan teman I pergi shopping baju raya selama 9 jam tanpa henti.. :) Syabass suamiku..
Selalunya rumah mama & abah adalah rumah pertama yang akan dikunjungi oleh jiran tetangga. Memang meriah dan padat dalam rumah :)
Hidangan hari raya memang macam-macam ada. Menu modern tu I yang akan sediakan. Ombre kek, macarons, cupcakes, cheese tart dan choc cereal. Biskut dan kerepek tu ada yang mama buat sendiri, ada yang tempah dan ada juga yang menantu perempuan beliau bawa dari KL.. hehe...
Selepas semua jiran tetangga pulang, giliran kami sekeluarga pula yang membalas kunjungan diorang. Lima buah rumah untuk sessi pagi. Ada yang buat laksa, mee rebus, soto dan macam-macam lagi. Kalau tengok cara I makan adalah sangat menakutkan. ~hihi~
Dah setel lima buah rumah... rehat sekejap sementara menunggu Zuhur...
Cerita raya bersambung episod kedua :)
No comments:
Post a Comment