Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Tuesday, August 23, 2011

23 Ramadhan & Yeayy dah Dekat Nak Raya

Menu 23 Ramadhan

Bihun Goreng ( masak )
Cucur udang ( masak )
satay Ayam 10 cucuk
Popia Goreng ( again )
Air : Cendol

Sudah masuk hari ke 23 berpuasa. Tak ada pic untuk menu hari ni. Tak larat nak snap. sebok dengan biskut yang tak siap-siap lagi ni. Tak lama lagi dah nak raya. Barang raya satu pun blom beli. Okey my planning is like this:

Rabu : Deliver kuih raya yang customer order + pergi damansara ambil appointment letter  :) Then, kalau sempat nak singgah Jusco Equine cari kasut raya. Lepas bukak pose continue wat biskut lagi. Ada ad-hoc order.. walawala.. rezeki Ramadhan

Khamis : Buat biskut untuk mama & bakal ibu mertua. Dia dah tolong jahitkan baju raya saya yang tiga pasang tu.. Melaram saya tahun ni.. maklumlaa kalau takada aral melintang kemungkinan besar tahun ni adalah raya terakhir saya beraya single. Tahun depan dah ada suami.. ~huuu~

Jumaat : Kemas rumah & packing kain baju. Siap-siapkan ape yang patut. Kalau sempat wat cokelat kacang ke.. ~hiii~ Pastu kira duit collection jual biskut raya  :)  Malam antar biskut sampan kat kawan lama.. Si Norsi. Jumaat dia balik dari sabah. then.. nak pergi uptown danau Kota. Hmmm.. tapi mesti ramai orang kat situ kan.. Nak pergi Jalan TAR pun macam penuh orang jugak..

Sabtu : Balik kampung.. ooOooo balik kampung.. hati girang. Balik kampung dengan my adik. Tumpang kereta dia.. Malas nak drive. Lagipun nak balik ke KL nanti Mr. sallehudin datang amik kat kampung + dia nak dtg beraya sambil makan ketupat daun palas. Insyallah, itupun kalau ada lagi yer.. ~hikhik~

Ahad : Sudah berada di kampung. kalau rajin nak buat apam polkadot. Kasi hidang hari raya.  :)  Pastu nak wat biskut ape lagi yer.. hmm.. Minat membuat biskut turun temurun dari mama ni. Dulu masa saya kecik-kecik.. mama pun memang menggila buat biskut. satu hari dia boleh wat dua jenis kuih. Kalau tujuh hari maknanya ada 14 jenis kuih atas meja tu.. Seriess.. saya tak tipu. Cuma sekarang ni aje dia dah tak wat banyak kuih. Tugas buat kuih semua dah tranfer to me pulak...

Isnin : Tengok anak bulan. sama ada raya ari Selasa or Rabu.. jeng..jeng..jeng..

Raya ketiga ramai pulak orang buat kenduri kawin yer.. Jiran sebelah rumah nak bertunang. Jiran belakang rumah nak buat kenduri anak kawin. Sepupu kat kedah pun nak bertunang juga.. Nak kene buat cupcakes sponser nih..  :)

Apa barang yang saya nak shopping?
:: Kasut raya kaler grey. Sebabnya saya dah ada handbeg kaler grey so nak match kan laa kasut & handbeg.
:: Tudung/Selendang.. for me, mama & ibu mertuaku
:: Kerongsang & hairclip.. tapi hairclip tu bukan nak letak kat rambut. Nak klip kat tudung.
:: Untuk Mr. salleh.. nak beli ape yer....hmmm.. x tau lagi.. tengok duit cukup or tak.. ~hii~

Okies.. panjang berjela dan penulisan ni.. ~eceehhh~
Malam ni nak tido awal sebab esok awal pagi nak buat delivery. Tak larat betul dah beberapa malam ni tido lepas sahur.. Boleh migrain otak nanti..

1 comment:

  1. Wah mimi.. blk kg pun smbg wat kuih gak. rajin2..

    bdw.. weeee.. tak sabar nk dpt biskut raya. hahaha

    ReplyDelete