Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Friday, December 30, 2011

Tahun 2012 Akan Tiba

Salam Jumaat
Lagi dua hari nak berakhrnya tahun 2011. Alhamdulilah.. syukur kepada ALLAH kerana memberi peluang untuk meneruskan kehidupan dan menikmati keindahan dunia ini. Mudah-mudahan ALLAH memanjangkan umur kita semua untuk terus menikmati alam ciptaanNya dan menambahkan amal ibadah yang rasanya masih belum lengkap dan sempurna...

Banyak benar yang berlaku sepanjang tahun 2011 ini. Kenangan pahit dan manis biarkan berlalu untuk dijadikan sebagai pengajaran dan pengalaman. Semoga kenangan 2011 akan menjadi satu kenangan yang indah sepanjang hidup walaupun ianya sangat pahit untuk dikenang.

Alhamdulilah..
Hajat dan harapan saya ketika di tahun 2011 insyallah akan tercapai pada tahun 2012. Saya menemui seseorang yang akhirnya Insyallah bakal saya kahwini pada Mac 2012. Alhamdulilah.. ALLAH menemukan saya dengan seorang lelaki yang benar ikhlas dan menyayangi saya serta ikhlas dalam perhubungan yang kami jalinkan tidak sampai setahun. Alhamdulilah.. doa saya didengari ALLAH SWT untuk pertemukan saya dengan seorang lelaki yang jujur dan setia. Setelah melalui kehidupan yang memeritkan dan memenatkan kini saya mampu tersenyum dengan kehidupan sekarang disamping orang yang sangat saya sayangi dan cintai...


Tahun 2012 adalah tahun untuk melengkapkan segala impian dan cita-cita yang masih belum terlaksana. Cuba sedaya upaya untuk mencapai segala yang diingini. Banyak perkara yang masih belum dapat dilakukan. Insyallah tahun ini cuba yang terbaik. Antaranya menyambung semula perniagaan yang dahulunya saya tinggal iaitu perniagaan dalam industri perkahwinan. Moga mendapat restu dari bakal suami.  :)Selain itu cuba menjelaskan hutang piutang yang belum langsai..huhuhu... dan melalui kehidupan yang lebih tenang dan selesa.

Moga tahun 2012 lebih mendapat keberkatan... 

Selamat Tahun Baru 2012...   :)

Wednesday, December 28, 2011

Cadar Untuk Bilik Pengantin

Salam everyone..
Masih lagi nak cerita tentang persiapan kahwin..  :)
Seperti yang sedia maklum, saya ada ke Nilai hari Ahad lepas. Masa melawat dari satu kedai ke satu kedai lain, saya masuk ke dalam satu kedai yang menjual macam-macam jenis cadar. Tapi tumpuan saya ialah mencari cadar pengantin yang bersesuaian dengan konsep dan yang penting sesuai juga dengan budget saya. Harga cadar dari RM99 hingga yang nak cecah RM500 pun ada. Hohoho.. jangan harap laa saya nak beli cadar pengantin yang sampai RM500 tu. Pakainya sekali, lepas tu tersimpan aje dalam almari. Saya mencari cadar yang boleh guna selepas kahwin.

 

Saya berkenan kat cadar yang gambar kat atas tu... Sorry kualiti gambar kurang memuaskan :P
Dan saya pun merembat set cadar+conforter ni pada harga RM100 saja. Pada pendapat u'olls sesuai ke cadar ni dijadikan cadar untuk bilik pengantin? Pada saya not bad sebab saya nak yang simple aje. Perabot dalam bilik pengantin juga semua warna putih.. dari katil, meja solek dan almari baju. Then.. boleh add on sedikit hiasan yang berwarna warni. Contohnya macam frame gambar ke, lilin wangi yang berwarna ke.. Ataupun gantung pomander ball macam gambar dibawah ni..

 pic credit to: mizzhanna85

 Saya juga ada ceritakan tentang idea bilik pengantin disini. Mungkin saya boleh gabungkan idea letak frame dan gantung pomander ball tu. But my mom dia nak gantung kelambu kat kepala katil.

Takpelah.. nanti cuti Gong Xi Fat Chai, saya cuba 'try and error' first.....

Thats for my side. Tapi untuk majlis bertandang nanti.. ibu (mak Mr. Sallehudin) dah bagi tau yang diorang tak ada hiasan untuk bilik pengantin sebabnya rumah yang diorang duduk sekarang tak sempat nak buat renovation. So tak ada bilik pengantin. But.. Im okey.. saya tak kisah pun. So kalau dah kat rumah Mr. Sallehudin tak ada bilik pengantin, saya akan hias bilik pengantin di rumah kami sendiri. Actually rumah kami selepas kahwin ialah rumah yang saya tinggal sekarang di kawasan Shah Alam. Lepas majlis bertandang, kami boleh balik tidur di rumah kami sendiri.. ~haha~

p/s: Hari ni Mr. Sallehudin balik dari Labuan.. saya g amik die kat KL Sentral sebab dari LCCT dia naik bas ke KL Sentral...

Tuesday, December 27, 2011

Door Gift

Salam Selasa..
Sudah mula bekerja hari ini. Agak bosan.. huhh!!

Finally dah jumpa cawan vintage paling murah. Rasanya inilah yang termurah yang dijumpai. Cawan vintage ini saya nak letak dalam brown paper beg untuk tetamu yang datang. Banyak tempat juga saya servey sebelum nak membeli.

Kedai pertama yang saya pergi ialah Kedai Serbaneka kat Seri Gombak. Harga untuk seunit cawan vintage RM1.20. Tapi kalau beli sampai 1500 unit orang kedai u boleh bagi RM1 seunit. Pada saya agak mahal lagi harga ni.

Jenuh jugak tau saya cari harga yang murah. Then, saya ada pergi satu kedai menjual bermacam-macam barang perkahwinan kat Seksyen 19, Shah Alam. Kedai ni berhampiran dengan De Palma Hotel.Kat situ memang berlonggok cawan vintage yang saya nak. Dan harganya saya rasa agak berpatutan jugak, 70sen sebijik. Kalau kita beli dengan kuantiti lebih 1000, harga jatuh kepada 65sen sebijik. So kalau nak beli 1500 unit jumlah harga keseluruhan lebih kurang RM975. Saya pun excited. So Im decide nak tunggu Mr. Sallehudin bagi duit hantaran then saya nak datang beli kat kedai tu aje...

Tapiiii...
Ahad lepas me and family ada pergi jejalan ke Nilai. Masuk dalam satu kedai ni... OMG!! Saya jumpa juga cawan vintage pada harga 50sen sebijik. Lagi murah dari kedai yang kat Shah Alam tu. My mom pun dah suruh sesangat beli kat kedai ni sebab murah. Tapi kalau saya nak beli on the spot 1500 biji mana saya ada bawak duit cukup RM750 tu.. haiss... So, saya buat order dulu dan bayar deposit RM50. Saya dengan Mr. Sallehudin akan datang ke kedai tu untuk collect cawan end of January...
Lepas balik dari Nilai, saya ada buat sedikit discussion dengan my mom and dad. Pada mulanya kitorang bercadang nak buat paper beg untuk doorgift 1500 unit dan 300 unit untuk VIP doorgift. Tapi after discussion my dad tak nak bezakan doorgift yang nak bagi kat tetamu. Kalau boleh nak bagi kat semua orang sama ajeee... Dan my mom pulak cakap dia takut doorgift 1500 unit tu tak cukup. Haiss.. So, saya pun decide akan buat 2000 unit doorgift untuk semua tetamu without ada VIP doorgift. Lebih senang cerita VIP doorgift dimansuhkan. Haha...

So.. herewith my idea dan senarai item untuk dorgift tetamu pada hari nikah dan sanding saya nanti...

Hari Nikah
::Uncang Wangi - DIY [belum start pun lagi] - 100 unit (kalau sempat buat lebih)

Hari Resepsi
~ 2000 doorgift tetamu [brown paper beg]
:: Cawan Vintage
:: Biskut 

~ 1000 doorgift kanak-kanak
:: Gula-gula (gula-gula cukuplah)

~ 50 doorgift untuk rombongan pengantin lelaki
:: Barang hiasan Vintage [dah spot 1 item ni, same shop dgn cawan vintage]
:: Uncang wangi - DIY
:: Biskut
:: Chocolate lolipop [ sponsor by my fren]

~ 100 doorgift kumpulan marhaban
:: Bunga telur
:: Sapu tangan
:: Biskut

Rasanya.. itu saja kot.. owhh.. saya ada juga doorgift sampingan untuk mereka yang menulis dalam guest book saya, bridesmaid dan juga kepada kengkawan rapat yang datang nanti..  :)  Surprised...

Saturday, December 24, 2011

Menu Untuk Chocolate Fountain

Selamat Hari Sabtu yang dingin rasa macam nak guling-guling atas katil dan tidur dengan nyenyaknyer.. Actually memang tengah guling-guling atas katil pun tapi sambil update blog  :)


 Yeahh.. dalam entry semalam saya ada update list barang yang nak beli untuk my wedding.

Alhamdulilah, ada salah satu vendor ni meluahkan hajatnya nak sponser lantern. So, sekarang saya nak berbincang dengan dia dulu. Kalau jadi, I will update kat blog ok..  :)

Dan lagi satu, dalam list semalam saya ada tulis nak beli chocolate fountain. Memang teringin giler nak beli benda nih. Nak dijadikan cerita, lepas balik kerja semalam saya singgah Moms Food & Bakery kat Kota Damansara. Kedai menjual barang-barang kek. Then, owner kedai tu memang saya kenal sebab saya selalu beli barang nak buat cupcakes kat kedai tu. Rupanya kedai tu memang ada jual mesin chocolate fountain. Cuma kita bukan beli on the spot tapi kena order dulu. And..saya pun malas nak servey kat internet lagi dah, saya pun terus order kat situ sebab harga yang kedai tu offer kat saya amat berpatutan. Dalam seminggu dua lagi barang tu akan sampai kat kedai tu dan diorang akan coll saya untuk datang ambil..  :)

Cuma.. sekarang saya tengah fikir ni, apa makanan yang sesuai untuk disertakan sekali dengan chocolate fountain ni..



Sumber gambar : Google

Kebanyakkan saya tengok buah-buahan especially strawberry dan marchmallow. Selain dari tu ape lagi ekk yang sesuai nak di 'attach'kan dengan chocolate fountain ni? Any idea tak?? Kalau nak letak biskut pulak, rasanya biskut ape yang sesuai... Saya ala-ala 'blur' disitu.. hehe..

p/s: Saya rindu Mr. Sallehudin yang kat Labuan sekarang ni..  huhu...

Friday, December 23, 2011

DIY Banyak Tak Siap Lagi Nieee...

Salam Jumaat..
Mari bercuti dengan jayanya selama tiga hari ditambah pula dengan gaji dah masuk. Hoyeyy.. mari berfoya-foya sepanjang minggu nie..ahaha
Mestikah saya berfoya-foya sebabnya banyak lagi kerja DIY yang tertangguh. ohoho..

Antara kerja DIY yang dalam otak saya sekarang..  (^_^)
:: Tampal sticker kat doily paper - DONE
:: Tampal doily paper kat brown paper beg pulak - baru 100pcs siap. ada lagi 1400pcs
:: kain untuk dijahit - baru jahit 10 pcs. ada lagi 290 pcs
:: Nak print 1000 invitation card
:: Nak cari botol sos terpakai (hahaha)
:: Guestbook belum hias
:: Fabric HB (nak tempah kat intan tp die fully booking)


Dan... antara barangan yang ingin dibeli yang ada dalam otak saya sekarang (^_^)
:: Chocolate fountain
:: Easel
:: Canvas printing
:: Lantern
:: White consule table
:: Cadar katil pengantin
:: Teko Vintage

banyakkan..  :)
Macam-macam yang nak dibelinya. Dah terover betul Mrs. sallehudin nih. Itu nak.. ini nak... Tak pe..asalkan tidak melebihi budget yang diperuntukkan.. thats fine  :)

Dear sallehudin, nanti you tolong laa I tampal doily paper kat brown paper beg yer..  :)

Thursday, December 22, 2011

Yeayy.. Dapat Bunga

yeayy.. dapat bunga :)

Semalam telah berlaku ketegangan dan pergelutan. Hahaha..
Poyo aje.. So hari ni sebagai tanda maaf.. Ecehh...
Telah mendapat tiga kuntum bunga ros with 'Sorry' card


Tu lah mucuk nih.. asyik mengamuk ajee.. Ntah ape-ape.. hikhik... 
Pastu dia gelarkan saya 'mucuk yang degil'. Yang dia tu 'mucuk paling notty di dunia'

Okey lah itu aje nak menulis hari ni...
Tata

Tuesday, December 20, 2011

Contest : Giveaway - Pau Seri

Yeahhh.. mari masuk contest lagi. Kali ni Contest anjuran  Pau Seri.
Excited giler nak masuk contest ni sebabnya hadiah adalah sangat unik. Pau Seri akan menaja 500 pau mini mengikut tema warna kari bahagia kita tu nanti... Hanya dua orang yang bertuah aje akan dilipih untuk memenangi pau mini ni.. Giler bestt  :) Apakah syarat-syaratnya?

1. Kenapa nak Pau Seri taja Pau untuk Wedding korang
2. Warna pau yang korang inginkn semasa Wedding nanti (ikut tema)
3. Bila tarikh Wedding korang
4. Ape sebab korang pilih bakal suami korang sebagai pasangan hidup

Oleh itu mari memulakan karangan...

Saya mahu mendapat tajaan pau mini dari Pau Seri sebabnya saya mahukan hari perkahwinan saya lain dari yang lain Bukan saja dari segi dekorasi malahan juga saya mahukan keunikanan makanan untuk majlis kahwin saya nanti. Selain ada bubur dan cendol sebagai makanan sampingan yang telah ditempah oleh mama saya.. alangkah uniknya jika ada mini pau diletakkan sekali di meja dessert. Saya yakin, tetamu akan berebut-rebut nak menikmati keenakan Pau Seri tu nanti. Dan saya takut tak cukup 500 pau tu.. hikhik.. Pau Seri memang telah dikenali di sekitar Ayer Hitam Johor dan dengarnya telah membuka beberapa cawangan Putrajaya dan Selangor. Jadi jika Pau Seri menaja Pau mini untuk majlis resepsi saya di Perak, pihak Pau Seri boleh meluaskan perniagaan u'olls di Perak pula. Mungkin orang disini berminat untuk menjadi Pengedar..  :) so, nanti jangan lupa bagi saya flyer/ pamphlet untuk diletakkan dimeja dessert saya nanti iaitu bersebelahan dengan menu Pau Mini... 
Jangan lupa yer.. tarikh majlis resepsi saya ialah 24 March 2012. Sehari sebelum tarikh harijadi saya. Kalau Pau Seri membuat tajaan 500 Pau Mini tu.. saya anggap ini adalah rezeki dan hadiah dari Pau Seri sempena harijadi saya dan majlis perkahwinan saya.. Seronokkan...  :) Saya mahukan pau saya berwarna biru muda dan grey. Agak-agak boleh ke nak letak Pau warna grey? Saya mahu pau inti kaya, kacang, kelapa dan semua inti yang ada.. hikhik.. boleh tak pihak Pau Seri?

Dan kenapa saya pilih Mr. Sallehudin sebagai bakal pasangan hidup? Jeng Jeng jeng..
Dia sangat memahami saya. Dia tahu apa yang saya suka.. apa yang saya tak suka. Apa yang saya inginkan. Dia sentiasa berada disamping saya setiap masa dan ketika. Saya rindu dia kalau dia tak ada disisi saya. Dia sayangkan saya sepenuh hati dia dan menyayangi saya lebih dari diri dia sendiri. Dia lah lelaki yang terbaik dan saya yakin dia yang dapat membimbing saya dalam kehidupan berumahtangga nanti. Insyallah. Saya sayangkan dia lebih dari segalanya. Yang paling penting dia suka setiap menu yang saya masak. :) Dia juga sentiasa menjaga makan minum saya sehingga saya menjadi semakin debab. Huhuhu... Cuba bayangkan.. mula-mula saya kenal dia bulan April 2011, berat badan saya cuma 48 kg. Tapi sekarang..tinggal tak sampai 100 hari lagi majlis kahwin kami, berat saya dah menjadi 56 kg. Tolong kira berapa kg telah meningkat? Tak pernah saya cecah berat badan sebanyak itu sebelum ni..Hahaha.. walau apapun saya bahagia bersama Mr. Sallehudin. Saya sayangkan dia dan saya mahu dia menemani hidup saya sehingga akhir hayat... Insyaallah... Doakan kami.. Amin...

Selepas makan Nasi kandaq Beratuq kat Padang Kota

Makan Mee Udang..

 Ni.. tak tau kat kedai mana.. tapi kedai makan..

 Ini pun kedai makan jugak...




Pendek kata.. saya tak akan lapar hidup dengan Mr. Sallehudin.. hahahaa... Cuma tak ada gambar kami makan pau aje lagi..

Thanks Dear... kerana sudi menjadikan saya sebahagian dalam hidup awak. I love U muchhh and muchhhhh... forever and ever.. tapi jangan kuat merajuk tau..  :P Saya dah tak sabar menanti majlis kita... 
LOVE U MUCH MR. SALLEHUDIN

Contest : Giveaway First Opening Dippy Lyn’s Collection

Salam semua... mari join contest lagi..  :)
Kali ni mari kita join contest anjuran beeflyingtohoney

Giveaway First Opening Dippy Lyn’s Collection


Hai Lien, saya nak masuk contest yang awak anjurkan. Excited sangat. Saya dapat tahu awak baru mulakan bisnes kecil-kecilan membuat bunga Dip. Dan saya dah tengok hasil kerja awak kat blog beeflyingtohoney. Sangat cantik hokeyyy.. :) Tetibe terus jatuh cinta dan berangan nak bunga pahar Dip letak depan pelamin. Adusss.. jangan katakan pengantin, tetamu yang datang confirm berebut nak bunga pahar Dip tu  :)

Mesti bersinar-sinar pelamin saya nanti dihiasi dengan bunga Dip warna biru mengikut warna tema untuk majlis resepsi saya nanti. Seronoknya kalau Lien dapat memberi hadiah bunga Dip bernilai RM250 tu pada saya. Ecehhh...  :) Betullll.. tak tipu!! Seriessss sangat happy, seronok tak terkata.

Walaupun awak baru nak start business bunga Dip ni.. tapi saya lihat hasil kerja awak sangat kemas dan cantik. Kagum saya.. sebab awak sangat kreatip..  :) Dan lagi satu, membuat giveaway adalah satu langkah bijak untuk mempromosikan perniagaan awak yang baru bermula ni.. Chayokkk Lien..  :)

Lien... plsss.. pilihlah saya sebagai pemenang.. ecehhh..  :)

Okies.. sekarang saya nak ajak bakal adik ipar saya untuk join contest ni jugak..  Ekin dan sorang rakan blog saya....Cik Nasha

Saturday, December 17, 2011

Kisah 16 Dec 2011

Selamat pagi.. Saya sudah sampai di kampung halaman. Perjalanan lebih kurang lapan jam dari KL to Bagan Serai.. haha.. gilerkan... Sebenarnya ada kisah di sebalik perjalanan balik kampung. Tu sebab ambil masa sampai lapan jam...

Saya balik kampung dengan adik lelaki saya. Kami janji jumpa di Hentian Jejantas Sungai Buluh sebab saya menumpang kereta Waja dia. Dia malas nak ambil saya kat rumah sebab jauh. So kami jumpa aje kat Jejantas Sungai Buluh. Mr. Sallehudin yang hantar saya ke jejantas tu. After makan-makan saya dengan adik lelaki saya pun mulakan perjalanan lebih kurang pukul 8.30pm.. Saya babai-babai kat mr. Sallehudin.. hikhik...

Selalunya, adik aje yang akan drive kereta. Saya akan tidur kat sebelah. Hohoho... nyenyak gilerrr saya tidur. Dipendekkan cerita, sampai di depan torowong, (highway menuju Utara akan melalui torowong) adik saya perlahankan kereta dan berhenti ditepi jalan. Saya terjaga dari tidur sebab terkejut. Adik cakap temperature kereta naik tinggi. Nasib baik tepi terowong ada satu bangunan pejabat. Kereta berhenti betul-betul depan pintu pagar nak masuk bangunan pejabat. (pejabat Peronda PLUS kot). Rupanya air dalam radiator kering. Adusss.. adik ni tak check air ke? Nasib baik ada polis peronda PLUS berhenti tolong... dekat setengah jam jugak laa stop kat tepi highway. Cuaca memang sejuk dan hujan rintik-rintik. Agak-agak dah ok kami teruskan perjalanan.

Baru masuk terowong aje.. temperuture naik lagi. Naik ketahap bahaya. Macam ala-ala boleh meletup kereta. Kitorang berhenti lagi sekali kat luar terowong. Air kering lagi. Kitorang check, tak nampak pula kesan kebocoran ke ape kee... Mr. Sallehudin kat rumah dah risau giler. Adik buat panggilan kecemasan. Kat tepi highway tu macam ada ala-ala public phone untuk panggilan kecemasan. Lebih kurang 15 minit, Polis peronda PLUS pun sampai. Entah apa yang dia repair pun tak tau lah.. saya dok dalam kereta aje sebab sejuk angin kat luar. Maklumlah kat situ macam ala-ala atas bukit sikit. Lama juga peronda PLUS tu repair. Finally, dah setel. Alhamdulilah kami berjaya meneruskan perjalanan sampai ke Kawasan Rehat Sungai Perak. Kitorang berhenti kejap kat situ. Rehat, masuk toilet, sembahyang. Kami sangka kereta dah ok. Kami buat spekulasi kenapa kereta boleh rosak. Tapi kitorang tak cerita habis sebab kitorang nak menempuh perjalanan lebih kurang lagi sejam nak sampai kampung. Kitorang memang fikir nak sampai rumah cepat dan tidur. Abah pun ada pesan, dalam perjalanan bacalah doa apa-apa yang patut.

Kami pun meneruskan perjalanan, Agaknya tak sampai dua minit kereta bergerak,temperuture naik lagi sama macam tadi. Kali ni kami terpaksa berhenti tepi highway yang keadaan sangat gelap. Kiri kanan macam ala-ala hutan bukit gitu. Kali ni kami berhenti dalam keadaan perasaan yang sangat takut. Sebab terlalu gelap. Tak sama macam yang kami berhenti kat sebelum masuk dan selepas keluar terowong. Kat terowong cerah, ada lampu. Kat tempat ketiga yang kami terpaksa berhenti sangat gelap. Kalau ada cahaya pun, cahaya dari kereta yang lalu aje. OMG. kat sini memang cuak giler. Hujan dah berhenti. Adik saya letak kon besi segitiga kecemasan kat belakang kereta. Dia nak pergi buat panggilan kecemasan kat public phone tepi highway tu. Jarak dari kereta ke public phone tu lebih kurang 10 meter aje. Tapi saya ikut jugak sebab sangat takut. Tapi lambat pulak Customer Service bantuan PLUS tu nak jawab call kami. Saya dah takut giler berdiri kat situ lama-lama. Saya pulak contact abah. Bitau kereta rosak lagi. Ada laa dekat dua minit barulah orang CS tu jawab panggilan kami. Sementara nak tunggu polis peronda PLUS sampai, saya terus masuk dalam kereta. Adik pulak dok tengok kan enjin kereta tu. Adusss.... Mr. Sallehudin tak habis-habis BBM, dia pun risau sangat. Dia suruh kami berdua duduk dalam kereta dan kunci kereta. Saya pun panggil adik masuk dalam kereta.

Then, kami tunggu dalam kereta. Polis peronda PLUS sangat lambat. Saya tak berani pandang sebelah kiri, sebab sebelah kiri hutan. huhuhu.. Untuk hilangkan rasa seram sejuk kami bacalah apa-apa doa yang patut. Mr. Sallehudin pun suruh juga baca doa pendinding diri. Sambil baca doa, saya tampal sticker kat doily paper.. Ahaha.. sempat lagi  :) Actually masa kami dalam kereta tu, ada jugak terdengar bunyi macam ala-ala geselan besi. Kami sangka besi segitiga kecemasan yang adik saya letak kat belakang kereta jatuh. Adik saya nak keluar kereta dan betulkan. Tapi saya tak bagi. Dekat 30 minit, ada satu kereta Wira berhenti depan kereta kami. Kami tercuak sekejap. Keluar sorang Cina dengan lampu suluh. Then, sampai juga Polis peronda PLUS berhenti belakang kereta kami. Nasib baik Cina tu tak sempat tanya apa-apa kat kami. Barulah kami berani keluar kereta. Saya terus pergi kat belakang kereta kononnya nak ambil besi segitiga kecemasan yang jatuh. Tapi besi tu still lagi elok kat tempat adik saya letak mula-mula tadi. Tak jatuh pun. So, besi apa yang kami dengar bergesel tadi?? Saya tak nak fikir apa-apa waktu tu...

Selepas Polis peronda dah repair serba sedikit.. Kami teruskan perjalanan sehingga exit Kuala Kangsar. Dari tempat kami stop ke exit Kuala Kangsar tu adalah dekat 5km. Polis peronda PLUS ikut kitorang dari belakang. Nasib baik selamat sampai, abah dan mama tunggu kami kat exit Kuala Kangsar. Bila dah sampai di Kuala Kangsar, masa abah check kereta tu, barulah nampak ada kebocoran. Air keluar dari tempat bocor tu. Masa stop kat tiga tempat tu, tak nampak pulak benda bocor tu.... huhuhu..... Kereta tinggalkan kat situ. Esoknya adik dan abah pegi lagi sekali kat exit Kuala Kangsar untuk repair....

Kami sampai rumah lebih kurang pukul 4 pagi. Sebelum sampai berenti kedai mamak makan roti canai sebab sangat lapar. Sampai rumah, mesti kena mandi dan terus tidur. Tak nak ingat apa-apa pasal pengalaman berhenti tepi highway tu. Hmm.. saya tak terfikir langsung nak snap apa-apa gambar masa kami breakdown. Mula-mula memang ada bercadang nak snap pic, then nak upload masuk fesbuk tapi entahlah camaner... terlupa nak snap. Sehari selepas kejadian... saya terfikir.. masa kitorang berenti kat tempat ketiga yang gelap tu.. apalah agaknya yang ada atas bumbung kereta dan bawah kereta yang kami tak nampak.. huhu.. dah rasa macam movie melayu yang seram-seram tu.. yang selalu tengok kat wayang tu.. 'bawa kereta di tempat yang sunyi sepi dan gelap, pastu tetibe kereta breakdown' hahahaha....

Itu aje kisah hari ini. Sory, kalau agak bosan baca entry ni sebab penggunaan bahasa ala-ala karangan form five. Ini bukan kisah rekaan, tapi pengalaman yang telah dilalui pada malam 16 Dec 2011...

Wednesday, December 14, 2011

Perjalanan 100 Hari

Hai semua..
Perjalanan 100 hari untuk melalui fasa pertunangan yang sangat hebat cabarannya. Kalau sesiapa yang berada di alam pertunangan yang tidak mempunyai kesabaran yang tinggi ketika ditimpa dugaan, tak tahulah saya nak cakap macam mana. Setiap yang menempuh alam pertunangan pasti diuji dengan pelbagai dugaan, cuma bergantung kepada diri sendiri saja sama ada kuat, tabah dan sabar atau sebaliknya.

Saya dan Mr. Sallehudin akan melalui 100 hari fasa pertunangan yang terkandung pelbagai dugaan, godaan dan cabaran. Harapan saya semoga pertunangan kami ini akan diakhiri dengan satu ikatan yang sah.. Insyaallah.. Doakan kami.... Amin....


Saya sayang awak Mr. Sallehudin... 

Tuesday, December 13, 2011

Costume Untuk Saudara Mara

Yeahh...
Dah beli pun kain pasang untuk mak sedara dan sepupu sepapat. Banyak pasang jugaklah nak kena beli sebab nak bagi semua sanak saudara pakai warna sama..

Memang betul gigih pergi mencari kat Jalan TAR. Lepas habis kerja dalam keadaan hujan lebat. Dari satu kedai ke satu kedai masuk. Saya pergi sorang-sorang tanpa ditemani Mr. sallehudin. Yer laaa.. kalau nak pergi sama-sama asyik tertangguh aje. Finally, saya nekad pergi beli sendiri. Lagipun semua kain pasang tu nak diagihkan hujung minggu ni masa saya balik kampung.

Budget saya tak banyak untuk kain pasang ni. So saya cari yang tak terlalu mahal tapi berkualiti. Nak masuk Jakel tapi pada saya kain di Jakel agak mahal. Hari tu saya beli kain chiffon untuk nak buat veil, tapi harga kain tu RM25 semeter. Kedai lain rasanya jenis yang sama kualiti tak sampai RM20 semeter kot..

So, saya decide nak pergi ke kedai borong kain kat area Masjid India. Yeahhh.. dapat pun. Dapat membeli mengikut budget saya. Saya pilih kain satin kosong lembut warna biru firuz. Satin tak ada corak.. Hopefully diorang semua suka yer...


Monday, December 12, 2011

Service Candy Buffet

salam semua..
Beberapa minggu lepas salah sorang kawan saya 'booking' saya untuk buat candy buffet. Jadinya malam sebelum majlis saya dah pergi ke Melaka. This is first time my small business 'Sweetheartstories' terima booking untuk candy Buffet.


Actually memang dah lama saya cadang nak adakan servis ni untuk 'Sweetheartstories'. Mula-mula saya buat untuk majlis tunang saya bulan Julai lepas. Then, after saya post the picture dalam facebook, my friend terus berkenan nak booking candy buffet tu untuk majlis kenduri kahwin adik dia.


Jadinya, untuk tema majlis tu, diorang nakkan pink & merah. So, saya sediakan alas meja yang warna merah polkadot putih. Its look so sweet..  :) Penghiasan agak minima. Dua unit frame putih, 3 biji pomandor ball yang mana di akhir majlis tu pomandor tu dah tinggal satu sebabnya lagi dua biji dah kena sambar. Tak tau lah sapa yang sambar.. hukhuk..


Kepada sesiapa yangberminat untuk buat booking candy buffet untuk majlis tunang, nikah ataupun resepsi.. owhh.. ataupun apa-apa majlis aje boleh email terus pada saya cupcakesmuffins@gmail.com

Okies.. sebenarnya macam tak de idea sangat nak menaip ni... So uolls boleh tengok all picture dari atas ke bawah yer...


Saturday, December 10, 2011

Contest : Stunning Me!! By Qaseh Elyn

Hoyeyy.. apa kata kali ni saya nak join pulak contest anjuran Elyn Creation


Apakah impian tudung / veil pada hari perkahwinan anda?
Adusss.. first time bila saya tengok veil yang dipakai oleh Elyana masa hari nikah beliau saya memang dah betul-betul jatuh hati. Sangat sesuai dan cantik, design dan warna amat memikat hati.. Bila saya tengok veil ELyana tu, saya memang dah berangan habis yang saya mahukan veil macam Elyana ni masa hari sanding saya nanti.


Kebetulan pula, tema untuk majlis sanding saya ialah biru tiffani dan konsep saya saya ketengahkan ialah vintage. Makanya pada hari sanding saya nanti saya akan mengenakan 'dress 1 pieces' kemudian digayakan dengan veil idaman saya seperti veil Elyana. 
Penggunaan hiasan 3D Flower pada bahagian belakang veil sangat cantik. Tapi saya mahukan 3D Flower tu dijahit tabur pada veil. Maksudnya saya tidak mahu 3D Flower tu disusun rapat seperti veil Elyana. 3D Flower disusun jarak-jarak...

Border untuk veil pula ada lace sikit pastu jahit manik menggunakan beads pearl saiz besar dan kecil. Macam Elyn jahit dalam gambar dibawah ni..  :D


Saya boleh imagine.. cantiknya veil impian saya yang diperbuat dari Elyn.. Material kain untuk veil pula saya tak kisah sangat janji kain tu memang nampak cantik dan sesuai digayakan sebagai veil. Berapa labuh veil saya? Hmmm... saya tak nak labuh sangat sebab saya pun bukan tinggi sangat. So cukuplah sekadar paras pinggang.

So.. inilah veil idaman saya harap mendapat perhatian dari pihak Elyn... Terima kasih cik Elyn kerana menganjurkan contest seperti ini.. Saya sukaaaaa...   :)

Friday, December 9, 2011

Dah Lama Saya Fikirkan...

Jumaat... 
Esok cutiii.. owhhh.. tidakk esok saya cuti siang. Malam saya kena kerja. BOSS buat birthday party untuk mak dia. My BOSS memang suka buat party. Macam-macam party ada.. Lantak ko lah.. ada aku kesah?? huhh..!!

Yeayyy.. hari ni Mr. Sallehudin balik dari Labuan. Katanya last nite dia and the other people balik hotel pukul 4.30 pagi sebabnya ada problem kat site. Kesian mucuk saye.. So hari ni dia balik, bagi dia rehat puas-puas ok. Katanya nak suruh saya buatkan ikan masak kicap..

Dari semalam saya fikirkan hal ni.. hmmm...  
Tiga tahun dulu saya pernah 'run' business ni. Perniagaan butik pengantin. Dulu, perniagaan saya ni cuma beroperasi dari rumah aje. Saya sediakan khidmat make-up pengantin, sewa baju dan pelamin. Tapi ini saya buat secara part-time. At the same time saya kerja makan gaji jugak.. Then, atas sebab tertentu saya stop business ni dan jual semua barang niaga. Yang tinggal cuma tiga helai baju pengantin aje. salah satunya saya pakai masa saya bertunang dulu.. kaler pink..  :)

Sekarang, saya fikir dan saya rasa.. nak continue semua business ni. Tapi kali ni saya nak lebih concentrate pada decoration pelamin, candy buffet dan apa-apa saja decoration yang bersesuaian dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Also, concentrate pada jualan cupcakes. Yer.. itu yang saya mahukan selepas berkahwin nanti. Dan saya kena fikirkan macam mana caranya untuk promote my business tu nanti. Saya ada mention to Mr. Sallehudin yang saya nak join Pameran Pengantin next year... and he said.. "Up to you.."

For starting, saya dah terima dan dah buat pun candy buffet decoration untuk wedding my friend punye adik. So kepada sesiapa yang nak prepare and appoint me for candy buffet untuk wedding or engagement party, or any other party.. insyallah im willing to do.  :) 


My Wedding Preparation Update
Tak banyak sangat yang boleh di'update' sebab tak ada pape pun yg boleh dikatakan completed. Cuma saya dapat infor dari Kak Ngah Butik Pengantin kat Bagan Serai tu.. harga pelamin yang saya booking + make-up 2 kali + Pintu Gerbang yang mak saya idamkan tu.. harganya cuma RM*00.00 saja... ratus aje bukan ribu. Saya terus menjerit setuju. Sebab dengan harga yang kak Ngah tu offer lebih kurang sama dengan harga mekap dua kali kalau lokasi kat KL... Lagi pun Kak ngah ni bagi special price to me sebabnya pertama my mom kawan kak ngah dan lagi satu.. saya bitau dia kat pelamin tu nanti saya nak add on beberapa barang saya sendiri. So apa yang saya perlukan dari kak ngah backdrop + stage + kerusi + dan beberapa bunga tambahan..

Owh.. saya nak update budget yang diperlukan/akan digunakan dan telah digunakan untuk majlis saya nanti.. Kalau boleh saya tak nak gunakan habis duit hantaran yang saya dapat nanti. Saya nak tinggalkan sikit balance duit tu. Kalau boleh saya nak gunakan duit tu seminima yang mungkin. Insyallah....

Ok.. got to go.. byee

Tuesday, December 6, 2011

Barang Impian Untuk Majlis Kenduri Saya

Salam semua..
Saya sangat mengantuk hari ni. Rasa macam nak cepat balik dari kerja dan tidur.. zzZZzzz.. Nak katakan tidur tak cukup, rasanya last night saya tidur awal. Owhh.. balik kerja hari ni nak singgah kedai bakery. Nak beli barang buat cupcakes untuk tempahan hari Jumaat minggu ni.

Mr. Sallehudin pergi outstation ke Labuan dari semalam. Hari Jumaat baru dia balik. Saya bosan. Dia pergi outstation tak nak bawak saya. Katanya harga tiket kapal terbang pergi Labuan mahal + nak booking 1 bilik hotel khas untuk saya pun mahal.. ahahaha.. Sekarang kami memang sedng mengumpul wang sebab nak kahwin. Almaklumlah perbelanjaan nak kahwin memang banyak. 

Lagipun, sekarang saya bekerja. Kalau nak ikut pergi putstation kena ambil cuti. Nanti kalau asyik ambil cuti, membebel pulak BOSS. Okey.. sekarang kita kerja sajalah sebab nak cari duit. Saya memang perlukan duit sekarang. Sebab nak beli barang-barang untuk majlis kahwin saya.. 

So far.. beberapa perancangan dan impian kahwin saya akan tercapai. Insyaallah.. Walaupun tak sepenuhnya apa yang saya angankan akan dapat. Contohnya.. saya nak buat sendiri pelamin saya mengikut kreativiti dan sentuhan tangan saya. Tapi tak dapat sebab my mom cakap takut saya letih dan tak sempat nak buat.

Tapi, untuk majlis saya nanti... saya nak ada beberapa benda kat bawah ni..  :)

Chocolate Fountain untuk candy buffet. Lepas beli boleh sewakan kat sesiapa yang nak menyewa  :)


Paper Lantern... Saya nak gantung kat khemah nanti...

Lepastu saya sekarang dalam proses untuk membeli dan mengumpul barang-barang vintage. For me, tak membazir pun beli barang-barang tu sebab lepas kenduri barang-barang vintage tu boleh dijadikan hiasan rumah..  :)
Tadi saya lawat ke belog Intanorazam... tiba-tiba rasa jatuh cinta pulak dengan fabrick handbouquet yang dia buat tu.. So tadi saya dah hantar email dan tanya quotation. So tunggu ajelah jawapan dari dia....


I got to go now. Pergi bangalow BOSS lagi. Haisshh.. Lepas tu boleh terus balik rumah. Awal sikit balik hari ni...

Mr. Sallehudin... I rindu you sangat-sangat...  (^_^)

Thursday, December 1, 2011

Idea Kad Jemputan Kahwin Lagi

Salam semua...
Kerja di office agak sibuk jugak hari ni. Nak kene pergi tengok rumah banglo boss laa.. Pastu balik nak kena buat report pulak kat boss, update kerja kontraktor kat boss.. Aduss rasa macam kerja apa lah pulak ni. 
Makanya.. di kesempatan ini, lepas balik dari tengok rumah banglo Boss kat Dutamas, saya terus pecut ke Jalan Breakfield (betul ke ejaan tu) sebab nak beli kertas untuk buat invitation card. 
Saya beli Ivory Card 230gsm warna putih. Satu paket ada 100 keping card saiz A4. Saya beli 4 paket. Harga untuk satu paket RM25.00

Design yang macam mana saya nak..?
Sebelum ni saya dah design card tu. Tapi waktu tu saya design untuk card yang dilipat tiga. Meaning 1 card saiz A4 tu lipatkan 3 bahagian. So setiap satu bahagian ada tulis doa untuk pengantin, bahagian lain tulis jemputan kenduri, bahagian lain letak pelan / peta ke rumah kenduri dan bahagian lain letak gambar pengantin dan mak bapak pengantin. Memandangkan mama saya ni nak enterframe juga nak letak gambar dia and gambar abah. Design tu pun abah dah approve.

Tapi... tiba-tiba pendirian saya dah berubah. Cuba imagine kalau saya nak buat design card yang saya mention diatas.. makanya saya perlukan 1000 keping ivory card 230gsm dan saya memerlukan 10 paket iaitu bersamaan dengan RM250. Then, saya pikir lagi.. kadang-kadang kad jemputan ni kalau kita buat cantik-cantik pun bukannya diorang ni simpan card tu lepas majlis kan.. tambahan pulak pakcik dan maksik yang tinggal di kampung tu. So, saya decide nak buat card sesimple yang mungkin dan budget yang tidak terlalu tinggi. Tak perlu rasanya nak keluarkan budget yang tinggi untuk kad jemputan. Lebih baik gunakan duit ke tempat lain. Beli barang hantaran misalnya..... Cukuplah sekadar dalam kad jemputan tu lengkap dengan info seperti alamat, peta, nama pengantin dan nama ibu bapa pengantin....

 

Foto 1

Saya planning nak buat card macam ni aje. Satu card saiz A4 paper tu kemudian potong menjadi tiga keping. Bahagian depan print nama pengantin dan alamat, bahagian belakang letakkan peta dan contact no. Senangkan.. Lepas tu designkan border sekali. Nak lagi cantik, cari kertas corak-corak, lilitkan di tengah card macam gambar kat atas ni.

 Foto 2

Ataupun, lilitkan dengan reben. Gam manik kecil kat tengah. Tapi mampukah saya nak melilit reben dan menampal manik yang ala-ala permata untuk 1000 keping card? Oleh itu khidmat Mr. Sallehudin mungkin diperlukan untuk proses menyiapkan kad jemputan ni..

Foto 3

Idea kad jemputan untuk foto no 3 pun menarik juga. Kertas corak-corak untuk lilit di tengah-tengah tu ditampalkan dengan kertas lain yang telah di print tulisan 'Jemputan Perkahwinan' ataupun 'Walimatul-urus' ataupun apa-apa ajalah yang difikirkan sesuai. Kalau yang ni lebih banyak kerja jugak rasanya. Nak print dan guntung lagi kertas yang nak ditampal tu.... Ohohohoho...

Foto 4

Kad jemputan foto 4 ni memang saya dah lama admirer. Konsep kad jemputan tu masih lagi follow macam foto 1,2,3 tapi tampalkan kain renda di bawah card. Kalau rajin kita jahit bunga organza kecik-kecik dan tampal atas kain renda. Kalau tak rajin juz beli manik yang macam ala-ala diamond dan tampal atas renda. 

Untuk foto 4 ni, gunakan konsep print kertas dan fabrik. I like this konsep. Perlukah diaplikasikan konsep ni untuk wedding card saya?  :) Mama saya bising.. katanya kad jemputan tu perlu siap paling lewat pun pertengahan bulan Januari. Wedding bulan March, kad kawin nak kene siapkan bulan Januari. Tak awal sangat ke? huhu..

Okies.. cukup kat sini dulu. Tak boleh cerita lebih-lebih. Nanti tak surprise pulak.. ahaha..  :p
Oleh itu saya perlu design lagi sekali kad jemputan saya. Itu tak ambil banyak masa. Tapi untuk print dan gunting memang kena ambik banyak masa. ahahaha.. Adusss... Printer saya juga perlu dihantar ke Low Yat Plaza sebab nak upgrade ink cartridge printer. Bila agaknya Mr. Sallehudin nak bawa printer saya tu kan... hihikhik...

Wednesday, November 30, 2011

Bridesmaids

Salam Rabu..
Hari ni kebanyakkan bloggers akan tulis title untuk entry Wordless Wednesday. Sebenarnya dan secara jujurnya saya tak faham kenapa ada wordless Wednesday? Kenapa tak ada wordless Monday ke.. Tuesday ke.. ok lah pape aje lah.. Mukadimah aje ni.. hikhik..

Hari ni saya meng'google' lagi dan tengok tentang bridesmaid. Saya ni agak 'blur' jugak apa dan kenapa bridesmaid sampai tujuh lapan orang... 

The bridesmaids are members of the bride's wedding party in a wedding. A bridesmaid is typically a young woman, and often a close friend or sister. She attends to the bride on the day of a wedding or marriage ceremony. Traditionally, bridesmaids were chosen from unwed young women of marriageable age.
The principal bridesmaid, if one is so designated, may be called the chief bridesmaid or maid of honor if she is unmarried, or the matron of honor if she is married. A junior bridesmaid is a girl who is clearly too young to be marriageable, but who is included as an honorary bridesmaid.
Often there is more than one bridesmaid: in modern times the bride chooses how many to ask. Historically, no person of status went out unattended, and the size of the retinue was closely calculated to be appropriate to the family's social status. A large group of bridesmaids provided an opportunity for showing off the family's social status and wealth. Today, the number of bridesmaids in a wedding party is dependent on many variables, including a bride's preferences, the size of her family, and the number of attendants her partner would like to have as well.
The male equivalent is the groomsman, or usher.
In some countries, such as Norway, it is customary for bridesmaids to be small children rather than grown women. They may carry flowers during the wedding procession, and pose with the married couple in bridal photos.

OOoooOooooo...


Ok.. ok... sekarang pun saya planning macam nak ada jugak bridesmaids ni. Paling banyak 9 orang dan paling sikit mungkin 6 orang. Mana saya nak cari minimun 6 orang ni? Tadi saya baru aje invite beberapa rakan dan jiran tetangga untuk jadi bridesmaids saya. Setakat ni dah dua orang reply yang sudi menjadi bridesmaids saya. Million thankssss.... happy... 


Apa fungsi bridesmaids saya nanti?
1. Diorang ni akan mengiringi saya dan duduk bersama-sama saya semasa majlis akad nikah nanti.
2. Tolong bawa barang saya macam kad pengenalan, hp, tisu dan apa saja yang berkaitan ke masjid (sebab saya nikah kat masjid)
3. Kalau dulang hantaran nak dibawa ke masjid, bridesmaid lah yang akan membawanya...
4. Bergambar bersama saya semasa sessi fotoshoot.. time ni diorang boleh gediks2...


Apa habuan yang mereka perolehi?
Sebut pasal habuan/upah pulak.... Saya akan sediakan sepasang kain untuk bridesmaids saya tempah. Design baju terpulang lah diorang nak buat baju kurung ke, kurung moden ke, dress ke, kebaya ke.. janji cantik dan nampak seragam. Aksesori pula saya akan fikirkan apa aksesori yang sesuai untuk mereka yang tidak bertudung dan bertudung...





Saya nak bridesmaid ni pada hari nikah saja sebab masa majlis bersanding saya cuma perlukan seorang pengapit lelaki dan seorang pengapit perempuan. Dan lagi... saya dah lantik dua orang sepupu cilik untuk jadi flower girl. So bridesmaids saya letakkan pada hari nikah saja.. Saya mahu bridesmaids saya sama-sama happy meraikan hari bahagia saya memandangkan dua orang yang dah confirm tu adalah rakan sekolah masa tingkatan 1 dan 2...

So.. hopefully adalah 6 hingga 9 orang rakan-rakan yang telah dijemput sudi memenuhi impian saya dan sama-sama meraikan hari kegembiraan saya nanti....

p/s: dah ada dua orang yang dah reply. Total sekarang jadi 4 orang dah.. yeahh..

Tuesday, November 29, 2011

DIY : Mini Box Warna Biru

Hye semua
Selamat menyambut 1 Muharram yer rakan-rakan sekelian..
Saya tak nak cerita panjang. Nak bagi tau yang DIY pertama saya sudah siap. Ini melibatkan 'guestbook corner' Setelah lebih dia bulan tertangguh. Untuk siapkan semua mini box dan hiasannya sekali, saya bertungkus lumus selama dua hari. Pagi petang siang malam mengadap kotak tu...

Setelah dapat 2000 pcs sticker hadiah dari nurain saya pun nekad lah nak siapkan mini box ni. Bukan banyak pun cuma 100 jer yang perlu disiapkan. hahaha.. 100 aje bukan 1000 yer..  :)

Dah siap lipat-lipat kotak, pastu tengok ada reben warna hitam. So saya decide letak reben ni kat mini box sebagai hiasan dan tampal sticker atas mini box tu. Akhirnyaaaa... Taraaaa...

 
Sorry.. gambar kurang clear 
Kos menyediakan 100 mini box
Kertas warna biru 130gsm (kalau tak silap) : RM18  [untuk dua paket]
Reben hitam ada luv : RM8.70 [untuk 3 gulung]
Sticker 100 pcs : F.O.C [sumbangan nurain]

Apa fungsi mini box ni? Maybe letak coklat kot dalam box tu. Belum decide nak letak apa lagi... Mini box ni untuk tetamu yang sudi menulis ucapan di dalam guestbook saya..  :)

Guestbook dah siap ke belum? print dah.. tunggu nak hias dan binding. Dah siap will review..

p/s: Ada lagi mini box yang belum siap. Itu recycle dari kad ucapan yang nak dibuang...

Thursday, November 24, 2011

Catatan sebelum Lena

Hye semua..
Yeahh.. Saya baru je selesai membakar cupcakes :) Total semua 60pcs medium cupcakes dan 16 pcs large cupcakes. Owwhh..sebelum buat cupcakes tadi saya siapkan 50 small cup dadih.. Nape laa banyak sangat saya buat ni kan... :)

Actually saya sedang buat preparation tempahan candy buffet. This is my 1st order untuk service candy buFfet. Lokasi pula adalah di Melaka. Jauhkan.. Nanti dah selesai semua saya akan upload gambo.

Hmmm.. Saya dah tak ada idea nak menulis lagi sebab mata adalah sangat terlalu mengantuk dan sekarang saya mau tidur. ZzzZz...

Sukanya... Mengupdate blog hanya menggunakan BB kesayangan.. (^_^)

Selamat malam semua.. Adiosss..

Monday, November 21, 2011

Percubaan Meng'update' Blog Menggunakan Blackberry

Hyee semua...
Sudah lunch? Ini adalah entry testing mengupdate blog menggunakan saya punye blackberry berwarna pink. Akhirnya percubaan berjaya dan saya sangat happy.. :) Walaupun meng'update' blog menggunakan BB adalah sangat terhad 'option'nya.. Tak ada button nak insert gambar, tak ada button nak set typing ni supaya sama center. Its ok. Kita type saja dulu. Nanti bila dah boleh on lappy kita cuba centerlize kan tulisan ni ye...

So...semalam Mr. Sallehudin ada bagitahu, andaikata tahun depan dia memperolehi pendapatan yang berganda, maka bolehlah saya berhenti dari kerja makan gaji dan bekerja dari rumah..

Sekarang ada tiga perancangan selepas kahwin..

1. Mr. Sallehudin akan menerima tawaran bekerja di luar negara dan sudah semestinya saya tergediks nak ikut.. Hahahaha... Saya pula akan menjadi suri rumah dan mungkin akan menjalankan perniagaan online. Mungkin akan menjual pakaian dan aksesori baby & kanak-kanak dari luar negara. :)

2. Mr. Sallehudin akan terus bekerja di sini dan akan demand naik gaji tahap gaban sebab company dia sekarang tengah dapat projek berganda-ganda. Saya pula akan berhenti kerja dan meneruskan impian saya memajukan perniagaan cupcakes. Mungkin setiap minggu saya akan membuka booth dan menjual cupcakes dan aksesori berbentuk cupcakes. Hehehe..

3. Kalau kedua-dua perancangan diatas tidak berjaya, maka saya dan Mr. Sallehudin akan meneruskan kehidupan seperti biasa.. Bekerja makan gaji untuk mencari rezeki yg halal..huhuhu.. Mungkin lokasi kerja saya akan cari di sekitar Shah Alam supaya lebih dekat dengan rumah.. Stress saya pagi-pagi pegi kerja dlm keadaan jammed..

So.. Wish us all the best untuk perancangan no 1 atau no 2... :)

Contest:: 'Candid Time Contest'

Salam Isnin... 
selamat bekerja kepada semua dan sesiapa yang bercuti macam saya.. selamat bercuti..  :)
Dipagi yang indah, tenang dan nyaman ini sedang saya bersiar-siar di blog-blog yang lain terjumpa pulak contest 'Candid Time' yang dianjurkan oleh blog Muna yang mempunyai follower lebih 1k.. hikhikhik..

Saya sangat teruja nak join contest ni sebab hadiah pun sangat mengujakan. Hadiah pertama Camera Lomo gitu.. Hadiah kedua pun best jugak..dapat MP3. Saya tak ada lagi camera lomo mahupun MP3. So apa kata kita masuk contest ni. Manalaa tau rezeki nak kawin kan.. hikhikhik...



# Wajib follow blog muna supaya senang nak mengetahui perkembangan contest ni.
#Buat satu entri tentang contest ini bertajuk 'CANDID TIME CONTEST'
#Letak banner dekat atas tu dalam entri yang korang buat .
#sertakan satu gambar 'CANDID' korang . tak kisah beramai ramai atau individu .
#Tag 2 orang dan wajib inform dekat diorang tentang contest ini


Taraaa.. inilah gambar candid saya. Gambar ni diambil oleh Mr. Sallehudin semasa saya sedang membelek-belek kerepek yang mahu dibeli. Lokasi gambar ni diambil ialah di R&R Temerloh. Saya memang cerewet kalau nak beli barang-barang. Tu belek kerepek tu adalaa dekat 20 minit tapi tak beli pape pun sebab makanan yang saya suka takde.. KUIH KARAS... Yang kesian Mr. Sallehudin sebab dia terpaksa menunggu saya melihat-lihat kerepek yang ada tapi akhirnya tiada pembelian dibuat....

Yeahhh.. so Cik Muna.. harapnya dapat saya memenangi contest ini yerr...   :)
Dua orang rakan yang saya nak tag ialah:


Saturday, November 19, 2011

Cottage Idea

Hye peeps and very good day to all my lovely blog readers...
Now.. saturday afternoon. Saya sekarang berada di Penang International Airport (betul..tak tipu) di satu sudut di tepi pintu perlepasan antarabangsa dan domestik..

Kenapa saya disitu? saya dah sampai dari KL lebih kurang pukul 11 pagi dengan penerbangan Firefly yang best (best lagi dari Airasia.. I think..) serta disambut oleh Mr. Sallehudin kat depan airside tanpa red carpet dan dah kenyang pun makan kuew tiaw kat mini cafe tepi pintu berlepas ni. Saya sedang menunggu Mr. Sallehudin menyiapkan kerja di airside manakala saya pula sambil menunggu sambil mengupdate blog.. owhhh lama lagi ke nak tunggu ni? bateri Blackberry and laptop pun macam dah nak kondem ni...

Okies, saya tak mo membuang masa dan menulis melalut-lalut. Last weekend me and Mr. sallehudin ada pergi ke pasar pagi berhampiran dengan Stadium Shah Alam. Kalau tak silap pasar tu buka setiap hari Ahad dari pukul 7am sampai lebih kurang pukul 12.30 kot. Sebab kalau tunggu pukul 1pm mesti panas terik terang benderang. kat sana ada satu gerai kecil yang betul-betul buat saya teruja...



Lihat dua gambar di atas..  :)  cantik gilerrr kan.... Well, barang-barang yang dijual tu semuanya macam bersesuaian kalau nak dijadikan decoration item untuk my majlis nanti. Cadang nak beli laa seketul dua barang. Tapi agak pricy. Hanya mampu menengok ajee... but I love all the stuff.... paling teruja tengok uncang kecik yang gantung-gantung tu.. comel sangat. Ada juga cupcake yang dibuat dari fabrik. Nampak real... so nice..


Sambil jalan-jalan terjumpa pulak mesin taip old design ni. Memang vintage abis lah.. Cuba tanyer berapa harga tu... Sekali penjual menjawab RM70. Typewritter ni sesuai kan kalau letak kat 'guestbook table'..  :) nak aje terus beli tapi rasa macam mahal kot. What do you think?


Ahaa.. ini pulak pinggan bertingkat. Actually saya memang dah lama cari pinggan bertingkat macam ni. Boleh letak cupcakes ke.. apam polkadot ke... untuk 'candy buffet table'. Harga pinggan bertingkat ni RM50. owhh... Saya rasa macam nak pegi cari kedai jual barang-barang secong hand. maybe boleh dapat harga agak murah dari situ. saya tau satu kedai jual barang-barang second hand ni... Kat TTDI, PJ ada kedai tu...

.
Malam semalam sebelum saya terlelap, saya ada terbaca satu blog ni... blog amfeaz. Kreatif betul hasil kerja tangan dia dan dia pun ada ambil tempahan kalau ada customer nak order fabric cupcakes. Sangat sweet kan  :)  dan secara tak langsung saya dah jadi folower blog tu. Kepada kakak amfeaz, kalau sudi follow laa blog saya yer.. hikhikhik.. Dalam blog dia pun ada tunjuk gaks hiasan kat rumah die sendiri. teruja sangat saya..  :)  Decor dan hiasan yang macam tu la yang saya nak buat kat rumah saya selepas kahwin nanti. So.. mungkin boleh start kumpul barang-barang dari sekarang kan?  :)

Owhh.. saya sekarang sedang mengumpul botol sos cili dan tomato yang kosong dan sudah siap dicuci. Bukan botol yang masih ada sos atau pun botol yang tinggal saki baki sos yer.. Saya mahu botol sos kosong yang sudah bersih. Kepada anda yang rasa nak buang botol sos tu.. jangan laa buang, sila bagi saya boleh? saya nak gunakan untuk projek X saya nanti... hihihi...

Alahai.. sudah pukul berapa ni? bila Mr. Sallehudin nak habis kerja ni? macam nak pergi melawat kedai Emporium depan ni laa nak beli poskad. hehe.. tapi nak kene heret beg sekali ke??

Friday, November 18, 2011

Catatan Sebelum Tidur

Hye..
Juz finished 70 pcs cuppies tempahan dari pelanggan. Owhh.. Im so pretty tired now. Wanna to sleep. zzZZzzz.. Tapi tak boleh tido kalau tak buka blog dan tengok blog sendiri and baca blog orang lain. Sudah baca dua tiga blog maka mata akan terlelap dengan sediri. Laptop pulak yang baca saya. Itulah habit saya setiap malam sebelum tidur...

Saya sentiasa di dalam 'mood' mencari idea-idea cute untuk majlis perkahwinan saya nanti. Kalau boleh saya tak nak majlis tu nanti nampak sama macam majlis perkahwinan orang lain yang berlangsung kat penempatan kampung saya di Bagan Serai tu. Bukan nak riak dan berlagak.. tapi kalau boleh biarlah tetamu yang hadir rasa gembira seperti pengantin yang sangat gembira pada hari bersejarah tu.. dan saya mahu tetamu yang hadir mengingati majlis perkahwinan saya yang lain dari yang lain terutama dari segi dekorasi, goodies beg dan bla bla bla....


Saya sangat jatuh cinta apabila tengok decoration frame ni kat salah satu booth di pameran Pengantin Shah Alam tempoh hari. Saya terfikir cantik juga kalau letak pic pre-wedding saya & Mr. Salleh. So.. tetamu semua dapat melihat gambar gedix kami itu.. hihihi... Actually dekorasi seperti ini pun sesuai juga dilekatkan di dinding rumah. Tak semestinya di majlis perkahwinan aje makanya ia boleh menjadi hiasan dinding. Gambar yang di print tu semua adalah saiz yang berbeza dan ada gambar yang ditampal kat polisterin tebal dan ada gambar ditampal di polisterin nipis. So nampaklah macam tebal nipis gambar tu.. (sila imagine sendiri, susah nak explain laa)


Owhhh.. lagi satu.. kawan-kawan semua... dimana saya nak dapatkan easel (btul ke easel) kaki frame seperti gambar diatas.. kalau boleh saya memang nak beli easel ni sebab dalam kepala otak saya sekarang ni dah macm-macam idea ada nak gunakan balik easel ni selepas majlis kahwin...  :) banyak juga decoration yang nak dibeli nanti so berjimatlah duit mulai sekarang.. ohohoho..


Yeahh.. saya rindu Mr. sallehudin... Dia pergi Penang. Ahad baru balik ke KL.. Rindu bangat sama kamokk!!... Tapi yang tak boleh blah tu.. dia sangat poyo sekarang sebab ramai orang cakap badan dia yang dulu agak montel sekarang dah susut. Dan saya pula yang dulu badan agak slim sekarang dah semakin debab.. saya stress... huhu..

Okies semua... good nite...