Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger
Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts

Sunday, August 25, 2013

2 Syawal 1434

Raya kedua.. 

Pepagi lagi I dah pergi beraya ke rumah kawan sekolah I.. seriesss hampir 14 tahun kami tak jumpa. Dia dah ada empat anak. I..? belum beranak lagi.. ~haha~


Raya kedua, mr.sallehudin pakai baju melayu kaler merah. Katanya kali ni memang pecah rekod sebab selalunya sebelum ni baju melayu cuma hari raya pagi aje yang dia pakai.. Tapi tahun ni raya kedua pon pakai jugak baju melayu. Sebab hari tu I ada bebel sikitttt kat dia.. baju melayu yang dia beli mahal RM180 tapi pakai sekali setahun.. hehe.. so untuk mengelakkan pembaziran berlaku maka raya kedua pun masih berbaju melayu.. hehe..


Kami di hari raya kedua. Yeahh.. beg furla ialah idaman saya. Akhirnya dapat juga memiliki beg furla.. horeyyy...


byeee...

Friday, August 23, 2013

1 Syawal 1434 : episod 2

Sebelah petang selepas zuhur.. kami sekeluarga beraya ke rumah saudara mara abah yang kebanyakkan tinggal di Bukit Merah, Semanggol. Makan lagi kita.... yeayyy..


Disini pon kami dihidangkan dengan pelbagai menu. Ada Laksa, soto, mee kari. Hebatkan beraya di sini. haha.. Mr. Sallehudin mempunyai perasaan hairan bila melihat menu hari raya yang dihidangkan di utara ni. Katanya..kalau di Melaka dia cuma makan ketupat, nasi impit, rendang itik, rendang ayam dan sebagainya. Tapi bila beraya di Perak dia terpaksa makan menu-menu berat..kikiki..


Sampai mengah-mengah kami makan. Tapi seronok.. ~hihi~


Walaupun kenyang dan mengah tapi I happy.. hihi...


Selesai sudah raya pertama kami.. Malam balik rehat dan tidur sebab esok raya kedua ada lagi beberapa buah rumah.. 

Adios..

Thursday, August 22, 2013

1 Syawal 1434 : episod 1

Salam semuaa...

wahhh..slownyerr I update blog. 
Sekarang nak cerita pasal raya. Bulan Syawal dah nak habis tapi I baru nak cerita pasal raya..hihihi..

Tahun ni kami full house. Tema warna keluarga ialah mustard. Rasanya ini pertama kali kami sekeluarga mengenakan pakaian raya mengikut tema warna. Tahun sebelumnya tema warna adalah carca marba.. haha..

Selepas sembahyang raya, family photos diadakah. Bukan senang nak set satu family bergambar ni. Macam-macam perangai. Ada yang nak betul samping laa songkok laa tudung laa.. ~hihi~
Tengok gambar bawah ni.. macam-macam kerenah kan..


Akhirnya dapat juga potret keluarga yang cantik. Selepas bergambar sessi bersalaman dan bermaafan. Owhh.. abah I dah tak bagi duit raya kat I.. sedisnyaaaa.. ~kikiki~ Tapi nasib baik sang suami sudi beri duit raya jugak.. ~happy~


Terima kasih kepada sang suami kerana sudi bagi duit raya dan teman I pergi shopping baju raya selama 9 jam tanpa henti.. :) Syabass suamiku..


Selalunya rumah mama & abah adalah rumah pertama yang akan dikunjungi oleh jiran tetangga. Memang meriah dan padat dalam rumah  :)


Hidangan hari raya memang macam-macam ada. Menu modern tu I yang akan sediakan. Ombre kek, macarons, cupcakes, cheese tart dan choc cereal. Biskut dan kerepek tu ada yang mama buat sendiri, ada yang tempah dan ada juga yang menantu perempuan beliau bawa dari KL.. hehe...


Selepas semua jiran tetangga pulang, giliran kami sekeluarga pula yang membalas kunjungan diorang. Lima buah rumah untuk sessi pagi. Ada yang buat laksa, mee rebus, soto dan macam-macam lagi. Kalau tengok cara I makan adalah sangat menakutkan. ~hihi~


Dah setel lima buah rumah... rehat sekejap sementara menunggu Zuhur... 

Cerita raya bersambung episod kedua  :)

Wednesday, August 29, 2012

Wordless Wednesday - Red Raya

 so seriuss..

 apa aksi laki aku wat ni??

 me & hubby

 jemput makan ketupat

 baju dah cantik tapi pakai selipar jerrr..

I love my dress... 

Tuesday, August 28, 2012

Ini Baju Raya Saya :)

Taraaa..
My baju raya  :)

1st Syawal pakai baju kaler merah. Dress labuh dan ada labuci di bahagian dada. material kain chiffon. Suami pulak baju melayu merah yang dibeli di Butik BAK. Untuk tudung pula, I guna shawl yang dah sedia ada. I tak membazir wang nak beli shawl baru. Lagipun shawl ni I jarang pakai. Nampak macam match dengan baju. Suami pula cuma beli butang baju melayu yang baru saja. Beli di uptown Kota Damansara, tiga hari sebelum hari raya. Time tu semua peniaga dah pakat nak lelong barang jualan diorang. Sampin tu pulak kalau uolls perasan adalah sampin yang suami pakai ketika upacara akad nikah.. ~hee~



2 Syawal tiada pemakaian baju raya pada hari tersebut memandangkan perjalanan dari Melaka to bagan Serai mengambil masa hampir satu hari. Sampai aje kat umah terus driver pengsan. Cian diaaa...

3 Syawal pakai baju kurung polkadot kaler purple+putih+pink. material ialah cotton yang lembut dan selesa dipakai. Kain ela ni sebenarnya dihadiahkan oleh kawan I semasa majlis kahwen tempoh hari.  :) thanks elly for the owesome cotton. So I hantar tailor untuk jahit baju kurung moden. Suami pula menggayakan t-shirt dari Geordano. T-shirt ni dibeli lebih kurang 10 bulan lepas. Nampak macam ala-ala sendat aje baju ni. Mungkinkan suami I mengalami penambahan jisim? Shawl purple I beli secara pukal gi GM Kelang so I ada 12 helai shawl yang berwarna warni  :)


4 Syawal menggayakan baju kurung moden warna biru. Material kain juga adalah chiffon. Kain ni dihadiahkan oleh my mom. I tak tau mana dia beli kain ni.. tau-tau aje dia bagi kat I kain tu dan I pun hantar tailor. Suami pula menggayakan t-shirt sedia ada. Kesian dia..sebab dia tak beli t-shirt raya pun. Tapi tak pe.. I dah belanje dia makan steak malam semalam..  :) Shawl biru I beli secara pukal di GM Kelang.  :)
 

7 Syawal menggayakan baju kurung moden warna brown. Sorry sebab waktu pakai baju ni I tak bergambar bersama suami. Maklumlaa semuanya sebok makan-makan dan beraya.. I pun pose gambar ni dengan pantas sekali. Kain ni I tak tau jenis material ape..tapi still selesa ketika dipakai. My mom jugak yang bagi kain ni so I pergi hantar tailor untiuk dijahit. shawl brown beli secara pukal di GM Kelang.


Tahun ni semua baju kurung moden ditempah. Cuma selai dress saja yang beli ready made. Nasib baik baju I tailor dapat siapkan semua..:) Insyaallah tahun depan I beli ready made saja sebab lebih murah dari menempah...

Monday, August 27, 2012

Gambar Family

Salam semua..
amboi..boi.. I baca status kat fb, ramai sungguh yang takde mood nak pergi kerja sebab dah lama cuti panjang ye. Termasuk laa hubby kita pon sama jugak.. hehe..

Blog pun bercuti tanpa sebarang update juga sepanjang minggu pertama berhari raya. Ingat macam nak update last week tapi rasa macam. "alahh..nanti laa dulu..esok aje lah update"

Lets me story serba ringkas kisah syawal saya pada tahun ni.. Tahun pertama beraya disamping suami dan yang paling penting pertama kali beraya jauh dari keluarga sendiri. Alhamdulilah. di pagi hari raya tiada titisan airmata yang keluar.. tapi kak ipar I menangis hokeyy.. ~huhu~

Tahun pertama beraya bersama keluarga mertua di kampung Kandang, Melaka. Kampung Kandang tu ialah keluarga sebelah ayah mertua I. Lepas sembahyang raya dan sessi bermaafan, sessi bergambar pun berlangsung dengan setiap keluarga masing-masing mengenakan warna tema. Ada yang kaler grey, kaler kuning, kaler dark purple dan macam-macam lagilah. For my family kami semua pakai warna merah. Warna nie yang dihajati oleh arwah ibu mertua I sejak tiga bulan sebelum arwah meninggal lagi dia dah cadang nak pakai baju warma merah.

Bukan senang yer nak susun atur kedudukan untuk bergambar nie..


Taraaa.. amat menyerlah sekali warna merah kitorang. Bersemangat betul kitorang semua cari baju raya warna merah. Sebabkami ingin memenuhi hajat arwah ibu mertua.
 

Raya kat Melaka pun seronok jugak. Dalam masa satu hari, kami setel enam biji rumah sekali gus. Memang pantas dan tangkas kami beraya. Raya kedua, pagi-pagi lagi I dah bersiap sedia sebab nak berangkat ke Bagan Serai pulak. Jalan jammed. Lapan jam kitorang dalam kereta..

Ini pulak family I. Kitorang tak pakai baju kaler sama sebab pic ni pun dah raya ketiga. Tak kisah laa janji baju semua cantik dan pemandangan pun cantik.
 

Four of us.. Lepas raya haji nanti adik I yang lelaki pulak nak kawen..  :)
 


I malas nak cerita panjang lebar kisah raya I sebab rasanya flow adalah sama dengan uolss jugakkan. Berkunjung rumah sedara mara. Makan sampai mengah, berat badan bertambah.. ~huhu~


tahun depan turn beraya di Bagan Serai pulakk.. hoyeyy...

Friday, August 17, 2012

Nak Balik Kampung Dahhh...

Yeaaayyyyhhhh..
semua barang-barang dah packing dan dah masuk dalam bonet kereta dari malam semalam. ~whee~
Sekarang tengah tunggu husband balik dari kerja. Dia halfday hari ni.. Lepas amik I kat rumah kitorang singgah di Gombak dulu. Lepas berbuka puasa baru we all bertolak balik ke Melaka.  Harap tak jammed lah yer kat highway tu.

Yeaa.. tahun ni pertama kali beraya sebagai isteri. Kalau tahun sebelumnya, dua tiga hari sebelum raya I confirm dah cabut balik Bagan Serai. Tapi tahun ni I beraya di kampung suami kat Melaka. Tapi raya kedua selepas subuh barulah kitorang balik ke Bagan Serai. Dok kat sana maybe sampai hari Khamis. Lepas tu balik ke KL.. Uollss jemput laa datang beraya ke rumah lepas raya ke enam yer..  :)

I tau family husband kat Melaka tu memang ramai. Mak sedara aje dah cukup meriuhkan dapur. Belum campur dengan sepupu husband yang dah besar dan anak dara. Dah tentu mereka pun sama-sama memeriahkan diri kat dapur jugakkan. I ni kalau dah ramai sangat kat dapur I jadi tak selesa. Ramai sangat semuanya pakat nak tolongkan.. So better I tak payah nak menyemak kat dapur tu. lebih baik I ajak husband pegi jalan-jalan kat Bandar Melaka sambil naik beca. ~hahaha~

Tapi I sedih jugak tahun ni sebab tak dapat nak pergi sembahyang raya. Ingatkan tahun ni tak tinggal puasa tapi boleh pulak period datang hujung-hujung. dah laa tak dapat pegi semayang raya, frust pulak tu. Ingatkan dah berisi tapi tak de rezeki lagi.. ~hukhuk~ Husband cakap.. "takpe lah..nanti kita cuba lagii.."

Okey.. dikesempatan ini I dan suami nak mengucapkan Selamat Hari RayaAidilfitri Maaf Zahir Batin. Hati-hati memandu dan control-control sikit makan ketupat rendang tu takut darah tinggi naik.. ~ehe~

 

Friday, June 22, 2012

Tempahan Biskut Raya

Hai readers..
Apa khabar.. ewah-ewah.. muka ada senyummm petang hari Jumaat ni. Maklumlah esok dah weekend, cootiii... Kalau uolls nak tau I hari-hari senyummm.. ~ekekeke~

Alhamdulilah. keputusan saya berenti kerja kali ni tak sia-sia. Alhamdulilah lagi sebab Sweetheartstories sentiasa menerima booking setiap minggu untuk Candy Buffet & Chocolate Fountain Package. Sampaikan I nak pegi berjalan hujung minggu pun tak boleh.. ~ekeke~ Nampaknya slot bulan Julai ni macam ada kosong. Kemungkinan I akan pilih salah satu slot untuk buat fotoshoot garden candy buffet. Mr. Sallehudin akan menjadi cameraman nyerr... Semuanya masih dalam perancangan. Belum confirm betul-betul lagi..  :) Actually fotoshoot ni saja dibuat sebab I memang teringin sangat nak fotoshoot picnic theme. Sejak dari sebelum kawen memang berangan nak wat pre-wedding konsep picnic. Tapi time tu masa memang tak de langsung sibok memanjang. So hopefully menjadi lah planning kali ni.. Lagipun I nak meraikan tarikh anniversary setahun pertunangan kami.. ececehh.. dah kawen pun sebok nak rai tarikh bertunang jugak.. huhu... Maybe I akan jemput beberapa orang rakan-rakan aje untuk menghabiskan semua makanan kat candy buffet tu after fotoshoot. ~ekeke~

Well... puasa pun dah nak dekat ni. I ada jual biskut raya tau. Biskutnya sama jugak macam tahun lepas. Ada biskut aiskrim, biskut badam berceri, biskut sampan, choc cereal dan corflakes bermadu. Lima jenis tu.. I memang tengah cari ejen nak menjual biskut nie.. Sesape yang berminat nak tempah biskut raya or berminat nak jadi agen boleh emel to cupcakesmuffins@gmail.com. Senang ajeee.. uolls juz beli sampel set biskut raya I then bagi uolls punye customer makan... Pastu agen order dari I nak berapa balang.. Lima balang.. sepuluh balang.. dipersilakan..  :) I akan deliver semua tempahan dari agen dalam minggu ketiga berpuasa. Orang perseorangan yang nak menempah pun dipersilakan.... orang perseorangan pun I akan deliver biskut dalam minggu ketiga Ramadhan jugak..  :)

Owhh... kalau diizinkan ALLAH.. kalau kudrat I ni mampu.. maybe I akan ambik order kek pada munggu ke empat Ramadhan.. Nama kek tu KEK SULTANA.. sedap tau. ni resepi turun temurun dari my mom..  Kat tengah-tengah kek tu letak jem strawberry.. Tapi I tak pikir lagi baper harga kek tu dan bentuk kek tu.. sama ada bulat or empat segi. hihihihi.. kalau ada permintaan untuk kek, baru I akan announce harga kek tu yer..  :)

Okey.. eloklah I berundur diri dulu sebab I nak masak nasik.. Nak bagi husband makan.. kesian dia.... dah bagi hint kat I tu.. lapaq... ok.. I masak sekarang.. adioss...


Thursday, September 1, 2011

Baju Raya Saya Dan Dia

Raya ke tiga baru sempat nak ber'blogging'..
Ini cerita tentang baju raya saya  :)  Kain untuk buat baju raya adalah dari hantaran pertunangan hari tu. Nak tempah kat tailor dah tentu tukang jahit dah tak nak amik tempahan kan.. So my future MIL yang tolong jahitkan baju kurung raya saya. Ada dua pasang kain. kedian ada sepasang lagi kain tu dari tahun lepas simpan tak penah jahit lagi. So bagi sekali suruh future MIL jahitkan.
But, future MIL sempat jahitkan dua pasang baju kurung moden aje.. yang sepasang lagi dah siap tapi die cakap nak alter sikit sebab die jahit kecik sikit. Dia takut saya tak muat nak pakai.

Baju kurung moden dari kain Shifon two tone. Baju ni pakai masa 1 Syawal. Sebab nak ikut theme Mr. Sallehudin pakai baju melayu kaler biru jugak.
Tudung my mom punye. Dia tak nak pakai tudung tu so my mom bagi kat saya. Ok laa kan.. Nasib baik 'matching' jugak. Kat lengan baju tu saya jahit bunga timbul skit, so tak lah nampak kosong sangat baju tu..

Baju kedua dipakai pada 2 Syawal yang dijahit oleh future MIL. Baju ni pun saya jahit bunga timbul kat bahagian kanan depan baju. Tudung pula saya guna tudung semasa bertunang dulu. Recycle laa..

Baju ketiga dipakai masa 3 Syawal. Actually ni baju raya tahun lepas. Dah tak de baju kurung yang lain so pakai aje lah baju ni. Tudung pula dari koleksi my mom. Pinjam die punye tudung.. hikhik.. Harap-harap baju raya saya yang ketiga dibawa oleh Mr. Sallehudin masa kunjungan beliau ke rumah saya raya kelima nanti.. huhu... Nak pakai pegi kenduri..

Ini baju melayu tunang saya  :)  Mr. Sallehudin. Baju tu tempah kat sorang pakcik yang tinggal kat Padang Balang pada Ramadhan pertama. Price is RM70.  Dua hari sebelum raya baju dah siap dan pergi laa amik kat pakcik tu. Tapi baju adalah sangat besar... Mungkin ke Mr. sallehudin mengalami penyusutan badan yang melampau atau pakcik tukang jahit tu salah potong kain?? ~huuuu~

Ini tunang saya yang cute dan comel macam saya.. hahahaha... pakai songkok macam pakai tarbus.. Lepas semayang raya die dah tukar pakai t-shirt. Haiyooo...

Monday, August 29, 2011

29 Ramadhan & Esok Hari Raya

Menu 29 Ramadhan

Rumah Mrs. Salleh a.k.a Cik Mimis
Ketupat daun Palas
Rendang Daging
Nasi Impit
Ayam Masak Merah
Kebab
Air : Sirap Ros

Rumah Mr. Salleh
Rendang Daging
Lemang

Menu hari ini bercirikan pra-hari raya. Memandangkan semua juadah untuk hari raya esok dah siap, makanya juadah berbuka... kita makan aje ape yang ada..

Alhamdulilah.. Sedih rasanya nak meninggalkan Ramadhan. orang kata Ramadhan ni bulan yang mendatangkan keberkatan dan kemuliaan. Dan ada juga orang kata bulan rezeki. Ini untuk kepada peniaga-peniaga yang menjual barang keperluan raya. Contohnya saya laa.. sebab saya jual biskut raya  ~huu~

Anyway pape pun diharapkan moga kita dapat bertemu lagi Ramadhan yang akan datang. Esok Syawal pula akan menunjukkan diri.. Semoga segala amal dan ibadah yang dilakukan di bulan Ramadhan akan mendapat rahmat dariNya. Bukan bulan Ramadhan aje.. bulan lain pun kene buat ibadah jugak tauu..

Yeayy esok hari raya.. esok hari raya..

Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya (^_^)


Tiga empat hari lagi kita nak sambut raya kan.. Insyaallah...

Dikesempatan in saya dan tunang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog ini, keluarga dan saudara mara serta semua rakan-rakan yang mengenali kami. Jika ada salah dan silap terkasar bahasa sepanjang perkenalan dan di setiap penulisan blog ini harap dimaafi. Tahun ni saya beraya di Bagan Serai dan Mr. Sallehudin beraya di kampung atuk & neneknya di Melaka. Mudah-mudahan tahun depan kami boleh beraya bersama sebagai suami isteri. Insyaallah... Tahun depan kena baling syiling laa kot tengok nak beraya rumah sape dulu.. ~huu~

Dan terakhir sekali kami berdua ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada mereka yang akan ke jinjang pelamin cuti raya nih. banyak yang nak kawin hari raya ketiga ni kan..  :)

Friday, August 26, 2011

26 Ramadhan & Shopping-shopping Raya

Menu 26 Ramadhan

Bihun Goreng
Cucur Cempedak
Air : Bandung Soda

Itu aje menu yang mampu hari ni.. hikhikhik..
BTW, jalan di KL tadi memang jammed teruk. Saya dari Serdang pukul 4.45pm dan sampai di Gombak pukul 7pm. Cuba kira berapa jam dalam kereta tu? Mengantuk giler masa drive kereta tadi.. Macam nak tertido pun ada jugak. Nie yang bebanyak kereta atas jalan raya tu diorang nak kemana sebenarnye yer? Nak balik kampung ke? Nak shopping ke?
Sebut pasal shopping.. Yeahh finally rasa dah lengkap kot barang-barang keperluan. Baju raya dah setel. Tudung raya pun beli selai aje kat Downtown Bukit Dukong malam semalam. Kasut raya pun dah beli kat Downtown Cheras. Kerongsang pulak dah beli kat Downtown Mines. Cuba imagine berapa banyak downtown yang saya pegi untuk dua malam berturt-turut.. dan yang menjadi mangsa heretan untuk bawak saya ke downtown tu tak lain dan tak bukan my dear fiance.. Tenkiu sebab layan I bershoppong dan window shopping. Kalau boleh semua downtown nak tawaf. Nak tau tak.. cadang tadi nak tawaf Downtown Seri Gombak.. ~hikhik~ Tapi malu nak menyuarakan isi hati kat Mr. Sallehudin... (^_^)

Sebelum pergi Gombak siang tadi singgah kejap kat Jusco Equine. Nak beli kan t-shirt untuk abah & Mr. Sallehudin. I think abah memang padan pakai saiz M and for Mr. Sallehudin belikan saiz L. Nampak besar baju tu..  But.. OMG!! Tak muat hokeyyy baju saiz L.. Saya tengok sekarang ni saiz badan dia makin susut tapi rupanya itu hanyalah pandangan mata kasar saya sajee.. So, saya ajak Mr. Salleh pergi Jusco AU2.. nak belikan dia baju baru.. Kesiann sebab dia tak shopping baju baru lagi. So belilah sepasang t-shirt and sepasang kemeja hitam..  Sukeee tak..????

Owhh.. panjang berjela kot karangan saya ni.. Esok saya dah nak balik kampung. 5.30am dah bertolak dari KL balik ke Bagan Serai with my adik. Doakan perjalanan kami selamat yerr... Selamat balik kampung  :)

Tuesday, August 23, 2011

23 Ramadhan & Yeayy dah Dekat Nak Raya

Menu 23 Ramadhan

Bihun Goreng ( masak )
Cucur udang ( masak )
satay Ayam 10 cucuk
Popia Goreng ( again )
Air : Cendol

Sudah masuk hari ke 23 berpuasa. Tak ada pic untuk menu hari ni. Tak larat nak snap. sebok dengan biskut yang tak siap-siap lagi ni. Tak lama lagi dah nak raya. Barang raya satu pun blom beli. Okey my planning is like this:

Rabu : Deliver kuih raya yang customer order + pergi damansara ambil appointment letter  :) Then, kalau sempat nak singgah Jusco Equine cari kasut raya. Lepas bukak pose continue wat biskut lagi. Ada ad-hoc order.. walawala.. rezeki Ramadhan

Khamis : Buat biskut untuk mama & bakal ibu mertua. Dia dah tolong jahitkan baju raya saya yang tiga pasang tu.. Melaram saya tahun ni.. maklumlaa kalau takada aral melintang kemungkinan besar tahun ni adalah raya terakhir saya beraya single. Tahun depan dah ada suami.. ~huuu~

Jumaat : Kemas rumah & packing kain baju. Siap-siapkan ape yang patut. Kalau sempat wat cokelat kacang ke.. ~hiii~ Pastu kira duit collection jual biskut raya  :)  Malam antar biskut sampan kat kawan lama.. Si Norsi. Jumaat dia balik dari sabah. then.. nak pergi uptown danau Kota. Hmmm.. tapi mesti ramai orang kat situ kan.. Nak pergi Jalan TAR pun macam penuh orang jugak..

Sabtu : Balik kampung.. ooOooo balik kampung.. hati girang. Balik kampung dengan my adik. Tumpang kereta dia.. Malas nak drive. Lagipun nak balik ke KL nanti Mr. sallehudin datang amik kat kampung + dia nak dtg beraya sambil makan ketupat daun palas. Insyallah, itupun kalau ada lagi yer.. ~hikhik~

Ahad : Sudah berada di kampung. kalau rajin nak buat apam polkadot. Kasi hidang hari raya.  :)  Pastu nak wat biskut ape lagi yer.. hmm.. Minat membuat biskut turun temurun dari mama ni. Dulu masa saya kecik-kecik.. mama pun memang menggila buat biskut. satu hari dia boleh wat dua jenis kuih. Kalau tujuh hari maknanya ada 14 jenis kuih atas meja tu.. Seriess.. saya tak tipu. Cuma sekarang ni aje dia dah tak wat banyak kuih. Tugas buat kuih semua dah tranfer to me pulak...

Isnin : Tengok anak bulan. sama ada raya ari Selasa or Rabu.. jeng..jeng..jeng..

Raya ketiga ramai pulak orang buat kenduri kawin yer.. Jiran sebelah rumah nak bertunang. Jiran belakang rumah nak buat kenduri anak kawin. Sepupu kat kedah pun nak bertunang juga.. Nak kene buat cupcakes sponser nih..  :)

Apa barang yang saya nak shopping?
:: Kasut raya kaler grey. Sebabnya saya dah ada handbeg kaler grey so nak match kan laa kasut & handbeg.
:: Tudung/Selendang.. for me, mama & ibu mertuaku
:: Kerongsang & hairclip.. tapi hairclip tu bukan nak letak kat rambut. Nak klip kat tudung.
:: Untuk Mr. salleh.. nak beli ape yer....hmmm.. x tau lagi.. tengok duit cukup or tak.. ~hii~

Okies.. panjang berjela dan penulisan ni.. ~eceehhh~
Malam ni nak tido awal sebab esok awal pagi nak buat delivery. Tak larat betul dah beberapa malam ni tido lepas sahur.. Boleh migrain otak nanti..