Salam semua..hehe..
actually entry ni dah seminggu kat dalam draft. I cut & paste this infor lepas I berangan-angan dan baca tentang tips untuk mendapatkan anak kembar.. ~ekekeke~ tapiii.. alamak I lupa nak credit dari blog mana I amik infor ni. harap maaf lah yerrr... :)
I tau.. semua orang mesti teringin nak baby kembar kan. Termasuk lah I ;) Tapi orang kata kalau ada baby kembar ni perlu kuat dari segi, mental, emosi dan wang ringgit. Yer laa.. bukan seorang baby yang perlu dijaga dalam satu masa tapi dua. Kalau Allah beri rezeki lebih.. ada yang kembar tiga. Ada juga di Malaysia ni yang melahirkan kembar empat. Tapi tak ramai sangat lah kan....
Okey, jom kita baca tips mendapatkan baby kembar.. ~ecehh~ Walaubagaimanapun semua itu rezeki dari ALLAH. Yang penting kita sebagai hambaNya perlu berusaha dan berdoa...
1.GENETIK
Jika dalam salasilah keluarga kita terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar kita juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan kat kita. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa.
Yups.. I memang dalam salasilah keluarga ada kembar. Sepupu abah I ada kembar dua. Adik abah I ada sepasang anak kembar (kiranya kembar tu my cousin laa). Dan tahun lepas, cousin perempuan I dapat kembar tiga... :) hahaha.. dari family Mr. sallehudin tiada salasilah kembar..
2.UMUR
Perempuan yang berumur 35-40 dan ke atas mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.
Tapi I bellum mencecah usia 35 tahun lagi :p
3.BILANGAN ANAK
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.
Owhh.. I ini pun I belum masuk dalam golongan wanita yang pernah melahirkan anak..
4.BERAT dan KETINGGIAN
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Info dari kajian saintifik.
I tak tinggi. :( cuma anggaran dalam 149cm. I pun tak sure..~huhu~ Berat sekarang 57kg. Hari tu I dah timbang. BMI cakap I over weight!!
5.DIET
Seperti yang dibincangkan diatas. Pengambilan makanan-makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.
Hmm.. makanan apa yang mengandungi estrogen yang tinggi yer? kalau tak silap I ubi kentang & susu ada estrogen kan?
6.PENGAMBILAN FERTILITY DRUG
Atau ubat untuk kesuburan. Pengambilan ubat tersebut meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.
Yang ini memang I tak pernah amik laa.. Dulu kan before kawen ada gak rasa-rasa macam nak ambik pil kesuburan. Tapi macam berat hati dan malas pulak nak pergi klinik / hospital mintak pil tu.. huhu...
Tapi I ada juga terbaca petua orang tua-tua cakap.. makan makanan yang berkembar contohnya macam pisang kembar, kacang kembar atau ape ajelah yang berkembar.. :) I ada terbaca dalam 1 blog yang mana dia mempunyai anak kembar. Sebelum dia preggy kembar, dia snap photo dengan seorang rakan dia yang mengandung kembar masa tu.. Tak lama lepas tu dia pun preggy. Yang paling excited sekali dia pun mengandung kembar jugak.. kuasa ALLAH...
So.. sesiapa sekarang yang tengah preggy baby twins harap bagi tau I sebab I nak pergi amik gambo dengan dia... ekekeke..
i nak kembar jugak...amin amin..sebab dah boleh tutup kilang beranak ..hihihi..
ReplyDeletemasyallah....sume tu kekuasaan Allah dan rezeki dari nYA,,insyallah....amin! :)
ReplyDeletekak long dan suami pun teringin nak kembar...heheheh
Ekin pon teringin anak kembar. Huhu~
ReplyDeletePerkongsian info yang sangat menarik. Thanks admin. :)
ReplyDeleteHeeee.. best baca blog awak..tringin jugak anak kembar..semoga berjaya :) senang-senang jemput lawat kindhearty.blogspot.com
ReplyDeleteWow.. Bestnyer.. Sy teringin sgt nak dpt anak kembar laki & girl...
ReplyDeleteTips Awet Muda