Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Wednesday, August 29, 2012

Wordless Wednesday - Red Raya

 so seriuss..

 apa aksi laki aku wat ni??

 me & hubby

 jemput makan ketupat

 baju dah cantik tapi pakai selipar jerrr..

I love my dress... 

Tuesday, August 28, 2012

Ini Baju Raya Saya :)

Taraaa..
My baju raya  :)

1st Syawal pakai baju kaler merah. Dress labuh dan ada labuci di bahagian dada. material kain chiffon. Suami pulak baju melayu merah yang dibeli di Butik BAK. Untuk tudung pula, I guna shawl yang dah sedia ada. I tak membazir wang nak beli shawl baru. Lagipun shawl ni I jarang pakai. Nampak macam match dengan baju. Suami pula cuma beli butang baju melayu yang baru saja. Beli di uptown Kota Damansara, tiga hari sebelum hari raya. Time tu semua peniaga dah pakat nak lelong barang jualan diorang. Sampin tu pulak kalau uolls perasan adalah sampin yang suami pakai ketika upacara akad nikah.. ~hee~



2 Syawal tiada pemakaian baju raya pada hari tersebut memandangkan perjalanan dari Melaka to bagan Serai mengambil masa hampir satu hari. Sampai aje kat umah terus driver pengsan. Cian diaaa...

3 Syawal pakai baju kurung polkadot kaler purple+putih+pink. material ialah cotton yang lembut dan selesa dipakai. Kain ela ni sebenarnya dihadiahkan oleh kawan I semasa majlis kahwen tempoh hari.  :) thanks elly for the owesome cotton. So I hantar tailor untuk jahit baju kurung moden. Suami pula menggayakan t-shirt dari Geordano. T-shirt ni dibeli lebih kurang 10 bulan lepas. Nampak macam ala-ala sendat aje baju ni. Mungkinkan suami I mengalami penambahan jisim? Shawl purple I beli secara pukal gi GM Kelang so I ada 12 helai shawl yang berwarna warni  :)


4 Syawal menggayakan baju kurung moden warna biru. Material kain juga adalah chiffon. Kain ni dihadiahkan oleh my mom. I tak tau mana dia beli kain ni.. tau-tau aje dia bagi kat I kain tu dan I pun hantar tailor. Suami pula menggayakan t-shirt sedia ada. Kesian dia..sebab dia tak beli t-shirt raya pun. Tapi tak pe.. I dah belanje dia makan steak malam semalam..  :) Shawl biru I beli secara pukal di GM Kelang.  :)
 

7 Syawal menggayakan baju kurung moden warna brown. Sorry sebab waktu pakai baju ni I tak bergambar bersama suami. Maklumlaa semuanya sebok makan-makan dan beraya.. I pun pose gambar ni dengan pantas sekali. Kain ni I tak tau jenis material ape..tapi still selesa ketika dipakai. My mom jugak yang bagi kain ni so I pergi hantar tailor untiuk dijahit. shawl brown beli secara pukal di GM Kelang.


Tahun ni semua baju kurung moden ditempah. Cuma selai dress saja yang beli ready made. Nasib baik baju I tailor dapat siapkan semua..:) Insyaallah tahun depan I beli ready made saja sebab lebih murah dari menempah...

Monday, August 27, 2012

Gambar Family

Salam semua..
amboi..boi.. I baca status kat fb, ramai sungguh yang takde mood nak pergi kerja sebab dah lama cuti panjang ye. Termasuk laa hubby kita pon sama jugak.. hehe..

Blog pun bercuti tanpa sebarang update juga sepanjang minggu pertama berhari raya. Ingat macam nak update last week tapi rasa macam. "alahh..nanti laa dulu..esok aje lah update"

Lets me story serba ringkas kisah syawal saya pada tahun ni.. Tahun pertama beraya disamping suami dan yang paling penting pertama kali beraya jauh dari keluarga sendiri. Alhamdulilah. di pagi hari raya tiada titisan airmata yang keluar.. tapi kak ipar I menangis hokeyy.. ~huhu~

Tahun pertama beraya bersama keluarga mertua di kampung Kandang, Melaka. Kampung Kandang tu ialah keluarga sebelah ayah mertua I. Lepas sembahyang raya dan sessi bermaafan, sessi bergambar pun berlangsung dengan setiap keluarga masing-masing mengenakan warna tema. Ada yang kaler grey, kaler kuning, kaler dark purple dan macam-macam lagilah. For my family kami semua pakai warna merah. Warna nie yang dihajati oleh arwah ibu mertua I sejak tiga bulan sebelum arwah meninggal lagi dia dah cadang nak pakai baju warma merah.

Bukan senang yer nak susun atur kedudukan untuk bergambar nie..


Taraaa.. amat menyerlah sekali warna merah kitorang. Bersemangat betul kitorang semua cari baju raya warna merah. Sebabkami ingin memenuhi hajat arwah ibu mertua.
 

Raya kat Melaka pun seronok jugak. Dalam masa satu hari, kami setel enam biji rumah sekali gus. Memang pantas dan tangkas kami beraya. Raya kedua, pagi-pagi lagi I dah bersiap sedia sebab nak berangkat ke Bagan Serai pulak. Jalan jammed. Lapan jam kitorang dalam kereta..

Ini pulak family I. Kitorang tak pakai baju kaler sama sebab pic ni pun dah raya ketiga. Tak kisah laa janji baju semua cantik dan pemandangan pun cantik.
 

Four of us.. Lepas raya haji nanti adik I yang lelaki pulak nak kawen..  :)
 


I malas nak cerita panjang lebar kisah raya I sebab rasanya flow adalah sama dengan uolss jugakkan. Berkunjung rumah sedara mara. Makan sampai mengah, berat badan bertambah.. ~huhu~


tahun depan turn beraya di Bagan Serai pulakk.. hoyeyy...

Friday, August 17, 2012

Nak Balik Kampung Dahhh...

Yeaaayyyyhhhh..
semua barang-barang dah packing dan dah masuk dalam bonet kereta dari malam semalam. ~whee~
Sekarang tengah tunggu husband balik dari kerja. Dia halfday hari ni.. Lepas amik I kat rumah kitorang singgah di Gombak dulu. Lepas berbuka puasa baru we all bertolak balik ke Melaka.  Harap tak jammed lah yer kat highway tu.

Yeaa.. tahun ni pertama kali beraya sebagai isteri. Kalau tahun sebelumnya, dua tiga hari sebelum raya I confirm dah cabut balik Bagan Serai. Tapi tahun ni I beraya di kampung suami kat Melaka. Tapi raya kedua selepas subuh barulah kitorang balik ke Bagan Serai. Dok kat sana maybe sampai hari Khamis. Lepas tu balik ke KL.. Uollss jemput laa datang beraya ke rumah lepas raya ke enam yer..  :)

I tau family husband kat Melaka tu memang ramai. Mak sedara aje dah cukup meriuhkan dapur. Belum campur dengan sepupu husband yang dah besar dan anak dara. Dah tentu mereka pun sama-sama memeriahkan diri kat dapur jugakkan. I ni kalau dah ramai sangat kat dapur I jadi tak selesa. Ramai sangat semuanya pakat nak tolongkan.. So better I tak payah nak menyemak kat dapur tu. lebih baik I ajak husband pegi jalan-jalan kat Bandar Melaka sambil naik beca. ~hahaha~

Tapi I sedih jugak tahun ni sebab tak dapat nak pergi sembahyang raya. Ingatkan tahun ni tak tinggal puasa tapi boleh pulak period datang hujung-hujung. dah laa tak dapat pegi semayang raya, frust pulak tu. Ingatkan dah berisi tapi tak de rezeki lagi.. ~hukhuk~ Husband cakap.. "takpe lah..nanti kita cuba lagii.."

Okey.. dikesempatan ini I dan suami nak mengucapkan Selamat Hari RayaAidilfitri Maaf Zahir Batin. Hati-hati memandu dan control-control sikit makan ketupat rendang tu takut darah tinggi naik.. ~ehe~

 

Thursday, August 16, 2012

Iftar @ Full House

Last few days, me and husband pegi bukak pose kat Fullhouse, Sunway Giza. Maybe Mr. sallehudin adaq baca my entry yang lepas..I ada tulis teringin nak datang makan kat Fullhouse..so..dia pun bawak I berbuka pose kat sini.. hoyeyy.. tenkiuu... tenkiuuu.. I LOP U

Kitorang sampai kat Fullhouse dalam pukul 6.30pm. Kitorang pilih meja kat dalam kedai. Lepas order, sementara nak menunggu waktu berbuka pose kitorang kuar jalan-jalan dalam mall tu. Thats simple mall. Tak semeriah macam Mid Valley or Pavillion tapi still ok laa..


Jalan punya jalan tak perasan jam dah pun pukul 7.20pm. Kitorang terkocoh-kocoh pusing balik ke Fullhouse. Nasib baik sempat. ~pheww~

I order Chiken Chop. Biasa laaa.. I makanan western lain tak berapa nak makan. I cuma lebih prefer chiken chop aje. Chiken only small portion aje.. kecik jer. Chiken itu di grill so rasanya sedap I bagi 4 bintang. Kalau tak silap harga untuk chiken chop RM16.90.
 

Nasi lemak pun not bad. Tapi mana boleh lawan nasi lemak daun pisang kan.. ~ahaha~
Dalam pinggan nasi lemak tu ada rendang ayam dan telur goreng disamping ikan billis, kacang dan timun serta sambal ikan bilis. ada dua ketul drumstick untuk rendang ayam.. huihh... harga untuk nasi lemak ni RM10.90 sepinggan. Reasonable price.
 

Tapi yang paling tak hengat ialah Mushroom Soup adalah yang terbaik I pernah makan. Memang betul terasa ban bau cendawan tu pekat. kalau uolls ke Fullhouse cubalah order mushroom soup ni. Pasti tak nyesal. ~hihihi~ tapi soup ni kena makan panas-panas barulah power dan terangkat. Harga untuk mushroom soup RM8.90 per cup.
 

Minuman pula I pilih Orange Juice harganya RM5.90 dan Mr. Sallehudin order tiramisu blanded yang harganya RM9.90
 

Sevis kedai ni boleh dikatakan baik. Lepas kita habis makan, cepat-cepat waiter datang angkat pinggan and clearkan meja kita. Manager kedai tu siap turun padang layan customer. 
 

Yang pasti I kenyang sekejap aje.. ~kehkehkeh~ Lepas tu rasa lapo balik.

Tuesday, August 14, 2012

Balang Kueh & Carpet

Yeahhh...

Memandangkan tahun ni I menyambut raya sebagai isteri.. banyak list barang yang I sediakan untuk dibeli.. Ehh..banyak ke? Mana ada..skit ajee.. ~hikhik~

1) Balang kuih raya
Korang bayangkan.. I dah buat banyak jenis kuih raya.. tiba-tiba teringat balang untuk simpan kuih tak de. Alaa balang yang penutup merah tu banyak laa kat rumah. Ni balang yang cantik untuk kuih raya nak bagi tetamu makan.


I nak carik balang yang tak mahal sangat la. Agak-agak jer harganya. Kalau dapat yang konsep vintage or English deco pun ok kan..  :) I nak beli dalam enam or lapan balang cukup la.. Maklum laa.. I kan tokey kuih raya.. ~huhu~ kuih terlebih-lebih pulak..


2) Carpet
Owhh.. sakan sungguh I raya tahun ni. Sampai carpet pun nak beli baru. Dulu kala tak ada pulak teringin nak beli carpet kan. Berangan nak carpet yang design moden dan simple. Tak payah besar sangat pun tak apa..  :)


I prefer yang kaler gelap. So kalau carpet tu kotor tak lah nampak sangat. Design pula I lebih suka yang bentuk geometri. Tak payah design bunga-bunga.


carpet I nak letak depan sofa. Tapi sofa kat rumah I ni kaler merah. Hopefully match laa dengan carpet yang bakal dibeli.

That dua item yang I tergediks sangat nak beli. Macam dah tak sabar nak beli sekarang..  :p

Sunday, August 12, 2012

Baju Raya

Hai semuaa...
ramadhan dah nak berakhir. Ada sesiapa yang tinggal pose? kalau orang perempuan tinggal pose, thats okey tapi kalau lelaki tinggal pose... tak kose makkkk nyahhh.. hahaha..

Ehh.. dah beli baju raya? kitorang dah beli. Warna tema I dan husband untuk tahun pertama raya bersama ni ialah merah. Actually bukan we all yang decide warna merah tu. Arwah ibu mertua yang decide nak pakai merah. yerr.. memang dah lama sejak arwah masih ada lagi. Walaupun sekarang arwah dah tak ada kitorang tetap ikut permintaan arwah untuk pakai warna merah lagipun hari raya pertama saya akan ikut suami balik kampung dia di Melaka. So, saya berusaha untuk cari baju warna merah jugak lah...

Fesyen baju raya tahun ni.. eheee.. mood mengada sebab nak cari dress. Tak nak pakai baju kurung sebab dah banyak sangat baju kurung dalam almari. So kita carik kelainan sikit untuk pakai dress. Lagipun dua tiga bulan lepas saya ada hantar kat tailor di bagan Serai beberapa pasang kain untuk wat baju kurung. Kain tu pun bukan saya beli..kebanyakkan mama yang bagi cuma ada selai yang kawan bagi.



I memang nak cari yang design kain plain dan ada sikit patch guna reben atau kain lace. Mula-mula macam nak tempah tapi dah kesuntukan masa. So, kena usaha cari yang ready made. 
 

Desing macam ni pun cantik jugak. Cuma I tak suka kat bahadian dada tu.
 

Sekarang ni ada jugak trend dress hoddie. First time I tengok Shila Rusly pakai dress hoddie masa dia jadi pengadil untuk rancangan maharaja lawak.. Cantikkk sangatttt... sukaaaa....  :)

Puas juga cari dress yang mengikut citarasa I. I nak dress tu yang tak terlalu ketat dan tak ikut bentuk badan. Kalau boleh nak yang kain jenis kembang payung. Tapi memandangkan I pun takde laa sangat nak wat servey kat semua butik muslimah. Satu hari, I dengan husband jejalan kat Giant Batu Caves. Dalam bangunan Giant memang banyak booth yang jual baju kurung. Mula-mula dah putus harapan sebab tak ada design baju yang I nak. Last sekali terjumpa juga akhirnya. Walaupun kain tu tak kembang payung tapi I tetap suka dengan design baju tu. I try sarung ke badan.. Halamakk cun.. ~kehkehkeh~

I malas dah nak carik yang lain. So harga pun boleh tahan laa.. terus beli aje baju tu. Kalau Uolls nak tengok cane.. tunggu raya laa I upload gambo yer.. ~hikhikhik~

Sang suami pun tak nak kalah jugak. Dia dah tengok I beli baju raya barulah dia sebok mencari baju melayu untuk dia. I suruh dia cari baju melayyu kat Giant aje sebabnya husband I ni bukannya jenis pakai baju melayu sangat. Lepas semayang raya aje terus tukar pakai seluar pendek. So wat pe nak beli mahal-mahal kan.. beli yang murah-murah aje sudah. Tapi kat Giant pulak tak ada saiz. Adik ipar I suruh pegi beli kat satu kedai butik depan balai polis Gombak. Nama kedai tu BAK.

Finally ada jugak saiz untuk baju melayu Mr. sallehudin. Nasib baik warna baju melayu tu sedondon dengan warna dress yang I beli kat Giant. Kitorang pun dah malas nak jejalan.. rembat ajelah baju melayu tu pada harga RM140. Dress I pun harga RM140 jugak. So, sama adil  :)

Kisah baju melayu dah setel. Sekarang kisah nak beli barang untuk hiasan rumah. ~huhuhu~

Thursday, August 9, 2012

Happy Birthday My Dear


Happy Birthday to youu...
Happy Bithday to youuuuu....
Happy birthday to youuuuuuuuuuu... budak notty!!
Happy birthday to yooooouuuuuuuuuuuuu.....

I LOVEEEE YOUUUU.. MUCHH AND MUCHHHHH
MUUAAHHHZZZZZ!!!

Birthday my husband tapi I takde wat surprise macam last year. Lagipun Mr. Sallehudin tak de sekarang kat rumah. Dia pergi outstation ke Penang. Maybe I akan wat surprise kemudian.. tengok dulu canee....

 
Semoga ALLAH panjangkan umur you dan dimurahkan rezeki selalu. So nanti boleh beli rantai tangan emas untuk I.. ~hihihihi~


Tuesday, August 7, 2012

t-Shirt Sama

Yeaahhh..
gangster kampung Dusun dah sampai. Ganas tak t-shirt kitorang ni? ~hihihi~
Masa jalan-jalan kat bazar raya di Bagan Serai.. ada jumpa gerai yang jual t-shirt Cap Ayam.
I memang slow skit pasal jenama ni.. Tak tau apa-apa.. Tapi bila tengok design t-shirt ni memang cantik belaka. Mr. Sallehudin gemor nak beli t-shirt gangster kampung dusun nih. I pun saja belek t-shirt ni ada pulak saiz S. So I pun merengek-rengek nak juga t-shirt nih.. hihi.. itu belom I merengek nak baju raya dengan nak carpet raya lagi.. huhu.. akan dicerita pada next entry.. ~hee~
Harga t-shirt ni cuma RM19.90. Kualiti t-shirt pun not bad. Tak gatal badan bila pakai. Yang penting selesa..
Kalau tak silap I kedai utama cap ayam ni ada kat Pertama Complex. (kalau tak silap laa) ~huhu~


Huiss.. I promote lebih pulak pasal t-shirt nih. Founder t-shirt cap ayam kene bagi I baju free kalau camni..  :p
 

Actually kitorang ada beberapa helai lagi baju yang sama. 
Tarraaaa.. we Are Superman!!.. t-shirt ni Mr. sallehudin beli kat Johor, masa dia outstation dulu. We all pakai baju ni untuk shoot pre-wedding kat Genting Highlands  :)



Pastu kitorang ada selai lagi t-shirt gambar polo kaler hijau. T-shirrt ni I pakai sekali aje sebab lepas tu I rasa t-shirt ni dah ketat.. Yer laaa.. time tu tiba-tiba aje badan naik ala-ala mendadak gitu.. sangat ngeri hokeyyy..


Kesimpulannya, kitorang sekarang ni baru ada 3 pasang t-shirt yang sama. I nak cari lagi t-shirt yang kitorang boleh pakai sama atau cari t-shirt couple...  :)

Sunday, August 5, 2012

Menu Dan Keinginan

Rabu, Khamis dan Jumaat lepas kami laki bini makan biasa-biasa ajee untuk berbuka.. Kitorang memang tak makan nasi waktu berbuka puasa cuma makan murtabak atau roti joh atau goreng-goreng ajee..

12 Ramadhan 1433
Kuew Tiau Goreng
Murtabak
Popia Goreng
Cucur Badak
Air Tebu 

13 Ramadhan 1433
Mee Rebus
Karipap
Roti John
Air Milo Ais

14 Ramadhan 1433
Mee Goreng
Ayam Percik
Murtabak
Air Jagung

Ringkas sangatkan menu kitorang time berbuka.. 
Mr. sallehudin memang susah nak makan menu berat-berat waktu bebuka puasa. Kitorang cuma makan nasi  waktu sahur aje. Itu pun setiap kali sahur I memang bangun untuk goreng telur atau buat telur dadar saja. sebab hubby seleranya mesti nak kena makan telur disamping lauk ringkas yang lain.

Tahun ni jarang sangat berbuka puasa kat luar. Maklumlaa dah kawen. Last year selalu juga merasa buffet Ramadhan. Tahun ni baru sekali berbuka pose kat luar. Makan steak kat Mr. Steak House. I ada juga ajak hubby pergi buffet Ramadhan. Tapi hubby cakap kalau bawak I pergi buffet amatlah rugi sebab sekarang ni I dalam program diet (yang tak berapa nak diet sangat..huhu) so makan pun sikit aje tapi bayar untuk buffet paling murah pun RM29.90.. Rasa macam tak berbaloi lah bayar mahal tapi kita makan dalam kuantiti harga yang tak sampai RM10. So, hubby cakap kalau nak berbuka pose kat luar cari restoran yang ada provide ala-carte. 

Tinggal lagi dua minggu aje untuk berpuasa. Hubby pulak tak ada seminggu lebih sebab outstation kat Penang. Tinggallah I berbuka sorang-sorang kat rumah. So, bila dah hubby tak de ni I boleh lah tunggu sahur pukul 2am gitu.. Lepas makan boleh terus tidur sampai esok.  :)  kan... kan... kan..

So, peluang untuk berbuka dengan hubby diluar ialah pada minggu terakhir Ramadhan. Yeahh.. kalau macam tu I nak senaraikan disini tempat yang I berhajat nak makan.....

1. Nasi Kukus Ayam Berempah kat DownTown Mines
Tempat ni I penah pegi makan dgn hubby last year. Masa bulan Ramadhan jugak. ayam die memang powerr.. lembut sangattt  :)

2. Concorde Hotel
Hahahahaha.. gilerlah nak pergi makan kat sini. Tercetusnya keinginan nak makan kat sini sebab ada salah sorang rakan fb I tulis status husband dia blanje makan kat Concorde sempena birthday diaa..

3. Fullhouse
Last year I dah penah berbuka puasa kat FullHouse Sunway Piramid. Tapi kali ni I teringin pulak nak pegi Fullhouse kat Kota Damansara tu..

ok.. ok... Dah tak nak melalut panjang. dah pukul 2 pagi ni. Eloklah I pergi beradu..
Selamat tidur semua...

Friday, August 3, 2012

Ramadhan 11 @ Mr. Steak House

Ramadhan 11 yang lalu baru berkesempatan berbuka puasa kat kedai. Kalau tak sebelum ni hubby sorang jer yang singgah pasar ramadhan dan belikan roti john laa popia goreng laa.. So untuk berbuka puasa pada 11 Ramadhan we all pilih nak makan western. Actually iftar bersama dua member office mr. Sallehudin.

Mr. Steak berlokasi di Seksyen 13, Laman Seri Business Park, Shah Alam.
Kedai ni berada di bangunan baru yer.. kedai pun cantik dan cool ajee..  :)



I pilih menu chiken merryland. I terlupa nak mintak mushroom sos. Terus tukang masah dah prepare sos sweet sour. Agak spoil di situ. Sos I boleh bagi 3 per lima saja. Tak cukup power dan chiken pun biasa-biasa ajee. Harga untuk chickenmerryland hanya RM10.90 saja.


Mr. sallehudin pulak pilih T-Bone Steak. Daging memang lembut dan tak penat nak mengunyah. Black pepper sos pun agak terbaik jugak. Time tu I imagine kalau chiken merryland I berkuahkan black pepper pun mesti sedap. I boleh bagi 4.5 / 5. Harga untuk T-Bone Steak RM24.90. Kalau tak silap I T-Bone adalah yang termahal dari semua menu yang ada. 


Sirap bandung adalah yang terbaik jugak.
 


Mr. Steak House ni pernah masuk Jalan-jalan Cari Makan TV3 tapi I tak sure untuk muim yang keberapa. Servis kedai ni ok-ok aje.. Nak kata makanan sampai lambat pun tak awal pun tak.. Tapi for us, makanan yang kitorang order tu agak awal jugak sampai. Sampaikan i dah tak sabar nak tunggu time berbuka pose.. HIHIHI..
 

Harga makanan di kedai ni sebenarnya tak lah mahal sangat sampai mencekik darah.. huhuhu..
Masih lagi bersesuaian dan mampu milik. Student UITM pun mampu kalau nak pergi makan kat situ..  ;)

Wednesday, August 1, 2012

Wordless Wednesday - Tok Sami vs Budak Cute

ok..ok...
I pun tak tau apsal laki I nak amik gambo macam tu.. Ala-ala tok sami seksi dok atas ndoi ( buaian)


Ni pulak.. tak payah citer laa.. memang sentiasa cute.. Hahahahahahaa..
Jangan jeless..
 

Happy Wednesday  :)