Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger
Showing posts with label Working. Show all posts
Showing posts with label Working. Show all posts

Sunday, December 23, 2012

Tired

Wowww...
Lama giler I tak jengah blog. Jangan katakan I nak blogwalking, nak update blog sendiri pun tak sempat. Ini gara-gara banyak dapat tempahan rainbow cake dan job set-up chocolate fountain. Phewwww...

Alhamdulilah. Bulan December ni memang banyak betul dapat job. Terima kasih kepada semua pelangganku.. :) 

Tapi memang penat betul minggu ni especially hari nak set-up chocolate fountain table. Kalau event tu sebelah petang, pagi-pagi lagi I dah bangun untuk potong buah dan cucuk buah. Lepas tu nak cairkan chocolate pulak. Dah siap semua nak packing barang yang kena baeak. Yang paling tak tahan sekali nak angkat barang yang dalam kotak tu masuk dalam kereta. Rumah I ni townhouse pastu Yang tingkat atas. So ulang alik naik turun tangga. Tu yang tak tahan sangat. Nak drive lagi. Dah sampai kat tempat event nak kena angkut lagi barang masuk kat meja yang diorang dah provide untuk letak dan set-up mesin fountain. Huuuu.. penatttt...Lately I terpaksa pergi event sesorang tanpa ditemani mr.sallehudin sebab dia pun sibuk dengan kerja dia kat KLIA. 

So..hujung bulan ni boleh laa I beli chiller.. Insyaallah... next week nak pergi servey lah. 


Ni gambar terbaru ambik kat event tadi. Wedding yang konon-kononnya ada tetamu VVIP lah sangatkan. Huhuhu...


Haa.. ni pulak.. ntahh ape-ape laa yang suami saya tengah buat tu. Dah macam rupa monsterkan.. I tengah set up candy buffet tabledia pulak sebok je nak makan biskut laa, lolipop laa.. itu laa ini laa.. haisshh.. 

Oklah.. dah pukul 1.30 pagi. Good nite. Nak tido dulu yee.. tata..

Friday, November 30, 2012

Hutang Ohhh Hutang

Hai dan salam Jumaat. Cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru je semalam hari Isnin... hehehe..

I was in trouble now.. sangat susah hati. Memikirkan how to settle this problem. This is about all my hutang yang I tanggung. Tengah pikir ni macam mana nak langsaikan semua hutang tu.. then berangan lepas bayar semua hutang nak lari dari Malaysia... hahahaa... i sebut lepas bayar semua hutang ye... bukan nak lari sebab takmo bayar... :p

Firstly.. nak langsaikan hutang PTPTN. Seriesss... i tak bayar lagi. Dulu masa zaman I kerja I pernah ada niat nak start buat bayaran bulanan. I ada coll diorang tanya macam mana nak setelkan... orang yang jawab coll I tu bagi tau that I need to bayar satu amount yang 
besar kemudian barulah I boleh continue dengan bayaran bulanan. I kena bayar amount yang besar sebab I tak pernah bayar satu sen pun since lepas I habis study. Lepas tu tahun lepas.. I pergi sendiri ke pejabat PTPTN tu nak tanya sendiri macam mana nak setelkan this problem. I bawak sekali surat permohonan pengecualian untuk bayar amount yang besar tu sebab niat I ikhlas memang nak buat bayaran bulanan.. tapi time tu I tak bawa salinan caruman KWSP..so pegawai yang entertain I suruh I fax salinan tu dan dia bagi no fon dia untuk memudahkan I check my status. Lepas I fax dokumen yang dia nak.. I try to coll orang tu... tapi tak pernah nyeee dapat... so many time I coll. I dah tak sempat nak pergi pejabat PTPTN lagi time tu sebab time tu I sangat sibuk berulang alik pergi tengok rumah majikan I si YAM Tunku bla..bla.. (sorry terpaksa merahsiakan identiti dia sebab dia mmg kerabat diraja.tapi suka menyusahkan org..uwekkk..) hari-hari I kena pergi tengok renovation rumah baru dia dah rasa macam kuli batak plak..padahal jawatan I secretary hokey.. sangat tertekan time tu....  sehinggalah sekarang I tak tau ape status permohonan PTPTN tu. I ingat nak pergi lagi sekali laa then nak tanya betul-betul how to solve the problem. I rasa buang masa I berurusan dengan kerani kaunter lebih baik I masuk jumpa pegawai terus kan....  

Yang keduanya... I ada hutang card credit. Dah lama I tak buat bayaran dan card tu memang dah lama tak guna. Rasanya ada dekat 3 or 4 tahun. Bank pun sama.. nak mintak I bayar satu amount yang banyak baru diorang akan keluarkan satu letter untuk berhentikan kadar bunga yang naik tiap tahun. Peningkan... huhuhu...  

What should I do now? Macam mana I nak bayar semua hutang tu kalau status I sekarang dah tak bekerja? I ada niat macam nak kerja semula... tapi tak tau laa apsal hati ni macam liat sangat nak kerja balik. Yupss... memang I ada buat business kecil-kecilan..buat kek dan provide servise candy buffet dan choc fountain tapi keuntungan yang I dapat tu  takde besar sangat pun. Nak buat simpanan pun payah.. haissshh... 

Tapikan semalam I ada submit my resume untuk beberapa vacancy.. hehe.. tapi I apply job yang dekat dengan rumah je... I takmo jauh dari rumah..macam PJ ke..Damansara ke... fobia I dengan jammed pagi-pagi..hohoho... seriess sangat stress..I tak boleh laa berada dalam situasi macam tu. Bila dah jammed  sampai office terus moody.. hohoho...  ataupun ada idea lain tak selain kerja makan gaji..ape lagi yang boleh I buat untuk cari extra income:)

Kalau dapat kerja, I nak cepat-cepat setel hutang piutang tu sumer pastu nak pergi vacation kat pulau.. seriesss dah lama tak pergi bercuti. Terperap jerrr kat rumah. Lepas tu nak start balik hobi lama yang I tinggal dulu..kumpul kasut.. horeyyyy..!! Boleh gitu?  ;)

Okeylah uollss... happy weekend. Minggu ni I ada dua job chocolate fountain... alhamdulilah...thank you ALLAH


Wednesday, March 7, 2012

Beg Vintage

Hi semua..
Lately banyak masalah timbul
Minggu ni tetiba kereta asyik rosak aje. So nak pergi kerja pun payah..
Dah laa rumah dengan office nak menempuh jammed yang dasat..

Macam pagi tadi.. jammed punye lah teruk tahap gaban. Tetibe bonet kereta keluar asap yang banyak.
OMG..
terus berenti tepi jalan, capai hanfon dan terus lari keluar kereta
Takut pulak tetiba meletup kan.. ~huhu~

Ada ke patut.. majikan saya yang pentingkan diri sendiri tu..
Dia suruh saya tinggal kereta tepi jalan dan naik teksi pergi tengok rumah dia yang under maintenance tu..
Sebab rumah tu ada kontraktor tengah renovate..
Dia takut sofa dan barang rumah dia yang beli kat oversea tu hilang
Owhh.. maknanya..kereta saya yang tersadai tepi jalan dan kalau hilang tak pe la ye..
Tapi barang kat rumah dia kita kena jaga takut hilang.
Meaning pentingkan barang rumah dia dari kereta saya yang tersadai tepi jalan tu..??
Dia tak per laa.. beli kereta porche 1 juta lebih secara cash..
Sebab dia senang dapat. Sebut aje nak ape.. semua boleh dapat..
Saya cuma ada Iswara merah yang nak kene tunggu 9 tahun baru installment habis bayar..

Okey.. forget about work yang mengarut
tujuan asal nak tunjuk ini..
mari tengok gambar dibawah...
Tiba-tiba datang idea nak buat mende ni..
Beg lama ala-ala vintage memang ada kat kampung. So boleh guna beg tu
cuci habuk skit.. dah boleh pakai..


Cantikkan..?
 

Cuma tengah pikir barang ape yang nak letak dalam beg tu..

Friday, February 24, 2012

Ini Entry Mengamuk

Hai semua..
Lambat update blog sekarang ni..
Pertamanya kat umah takde internet. Belum top-up so tak leh nak online
Keduanya tak dapat nak update kat opis sebabnya super bz..
Sekarang ni jarang sangat kerja kat opis
Datang sekejap aje kat office. sampai pukul 9 pagi tu wat keje sekit-sekit lepas tu pukul 11 pagi jer dah kene pergi tengok rumah BOSS. Rumah tu under renovation sekarang tapi dah siap. Cuma tinggal minor pending job saja. 

Tapi tu lah.. dah hari-hari kesana, tu sebab tak dapat update blog kat office dah. 
Yang bengangnyerr..my BOSS tu dah laa cerewet tahap super cipan. Itu tak kena.. ini tak kena.. ntah ape-ape. Pastu saya pulak yang jadi orang tengah between BOSS dan kontraktor. 
Kontraktor pulak lepas tangan dan macam tak bertanggungjawab tahap super bangang. Tak payah jadi kontraktor laa macam tu!! Bodoh..
Aku ni Personal Assistant bukannya kontraktor. Dia tengok hari-hari aku datang rumah tu nak monitor pekerja dia.. sebab tu dia lepas tangan. Ni semua salah BOSS laa ni. Suruh sangat aku pergi tengok rumah tu hari-hari. Lepas tu kotak-kotak sampah bertaburan kat garage kereta.. kontraktor tu suruh aku pulak yang cari orang nak kutip sampah-sampah tu. BANGSAT betul. kalau macam tu biar aku yang jadi kontraktor bukan ko bangang!!!!!
Memang saya sekarang super stress. BOSS cakap "U kene tengok rumah tu, jaga rumah tu macam rumah U sendirik" kalau macam tu ko bagi laa rumah tu kat aku!! Kita tukar nama!!
Segala hal dalam rumah tu aku pulak nak kena jaga. Paip rumah laa, carpet laa, lampu laa, kipas laa, perabut laa sampaikan jamban tempat ko nak berak pun nak suh aku jaga!! Apa kejadahnya???
Sedangkan rumah aku sendiri pun aku tak jaga sampai macam tu laa..
Bini BOSS.. beli perabut dari oversea laa kononnya. Dia tu memang gila cermin. Semua sudut letak cermin. Beli cermin dari oversea sampai Malaysia cermin tu retak. Pastu aku pulak yang pergi kedai cermin nak ganti cermin baru. Lepas tu silap order cermin nak tengking-tengking aku pulak. Memang lahanat betul laa keturunan **j* nie.

Ini memang entry mengamuk. Aku dah benci kerja kat situ. Tunggu masa nak angkat kaki. Tak suka dengan semua orang kat situ. Tak friendly langsung!! Berlagak nak mampos tahap diorang tu bagus sangat.. 
Aku memang tak suka. Aku sabar aje tapi sampai satu tahap aku dah tak boleh nak control. Sebab tu aku mengamuk kat Mr. Sallehudin. Dia yang terkena tempias. Memang dah tak ada hati kat situ. Rezeki ada dimana-mana. Bukan kat situ aje. Buat ape kerja kat situ tapi hati sentiasa sakit. Bukan nak cerewet tapi apsal aku leh kerja tempat lain lebih dari dua tahun sedangkan tempat sekarang setahun pun tak sampai lagi...

Jual nasi lemak pepagi pun okey. Tak stress jalan jammed, tak stress dengan kerja. Cuma stress nak kena bangun pukul 4 pagi jer sebab nak masak nasi lemak. Tapi lepas meniaga pukul 10 tu bolehlah tidur sekejapkan.. huhu ~merancang ni~

okeylah.. malam ni nak pergi tengok Adnan Sempit 2.. choww..

Friday, February 10, 2012

Aktiviti Esok dan Lusa

~wee~
Hai semua dan salam Jumaat. 
Mood : Lega sebab baru lepas apply cuti kawen. Seminggu lebih gak laa.. itu belum apply untuk cuti pegi honeymoon lagi. tak tau laa sempat or tak honeymoon. Mr. sallehudin sibuk memanjang. 
Esok cuti ~yeayy..~
Rasanya esok adalah weekend yang sibuk.  

Sabtu ::
::Pagi-pagi kene teman Mr. Sallehudin hantar kereta die nak repair kat Gombak. Kereta dia ada problem lagi..
::Nak buat Elmo fancy cookies 30 pcs ada orang tempah. Hopefully siap cepat sebab petang tu kalau sempat nak fotoshoot tudung / selendang untuk Dyhaniey Chantek :) Ape tu Dyhaniey Chantek? My online boutique yang baru. di sini
::Malam..nak siapkan dIY-ing yang belum siap lagi.. ayoyo.. pening..

Ahad ::
::Pagi Ahad nak wat 50 biji apam polkadot. Dah siap semua coll customer datang pick-up kat Puncak Perdana. Customer tu order sekali Elmo fancy cookies.
::Lepas cusotmer pick-up boleh laa edit dan upload pic dalam facebook...  :)
::Malam.. jomlah kita tidur.. 

Well...
See the picture below. Diorang ni wat post-wedding tema picnic. This concept yang saya menggila nak buat for my pre-wedding. Tapi tak tau laa sempat or tak sebabnya Mr. Sallehudin asyik busy aje.. kalau tak sempat shoot lepas kahwin laa jawabnya...


Owh.. sape diorang ni? ~hahaha~
Yang lelaki tu my cousin. Diorang baru aje kawen bulan December lepas..
Gila cantek kan view ni.. menangis tengok.. ~huhuhu~
Props tu semua diorang buat sendiri. Diorang ni memang kreatip :)

Wednesday, October 12, 2011

DIY Di Tempat Kerja

Hye B2B and all my blog readers. Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang sudi membaca blog saya yang tak seberapa ni. Blog saya tak lah glemer macam Ben Ashari ke.. Jejari Runcing ke.. Cik Epal ke.. hikhik (^_^) Tapi saya memang suka ber'blog'ing...

Jam dah hampir ke pukul 5pm. Lagi 45 minit baru habis kerja. Normally tepat pukul 5.45pm saya akan bergegas menuju ke lif dan turun ke level 2 tempat parking kereta. Huhh!! Semenjak kerja tempat baru saya memang excited nak balik rumah memanjang. Haisshh. Tambahan lagi perjalanan dari office ke rumah ambik masa 1 jam. Sangat letih.. hokeyy!! Sebelum ni memang tak biasa bekerja dalam tempoh office hour dari pukul 8.30am to 5.45pm. Dah hampir enam tahun saya bekerja dalam waktu kerja 10am - 7.00pm. Rumah pun dekat dengan office. Tapi kali ni kerja di tempat baru.. saya akan menempuh tol Jalan Duta setiap hari.. Saya stress. Seriesss stresss!! Dulu drive kereta waktu balik kerja pun still maintain dengan tudung masih di kepala. Tapi kali ini, start enjin kereta dan tekan pedal minyak kereta tu.. terus tangan pun tarik nak buka tudung. Im sorry.. saya tak boleh nak maintain tudung di kepala sambil drive dalam keadaan yang sangat jammed. Saya pun tak tau apsal jadi macam tu.. (*_*)

Tapi saya masih sanggup kerja di tempat baru ni sebab tawaran gaji adalah sangat berpatutan dan kerja paper work pun tak banyak. Tak perlu nak buat minit mesyuarat.. Yang paling penting.. sempat lagi update blog dan DIY mini box.. hahahhaha..


Actually kat office ni saya dapat banyak sangat kad raya tahun dulu-dulu si budak-budak office ni nak buang. Then, diorang tanya kat saya nak tak kad ni semua sebab boleh DIY jadikan mini box. YESS.. why not?? So petang bila dah tak de kerja tu bolehlaa lipat kad tu jadikan kotak. BEstkannn..?

So my planning is kotak-kotak ni nak buat sebagai gift untuk kids. Mybe nak letak gula-gula ke.. tengoklah dulu apa yang sesuai...   :) okies.. nak continue sambung DIY mini box 
~Tata~

Thursday, September 22, 2011

Its Thursday

Hye all..
Its Thursday and weekend is just around the corner. Horeyyyy!!
Tapi tak horeyy sangat laa sebab Sunday saya kena kerja full day. Owhh shit!! My BOSS ada buat birthday party celebration untuk anak-anak dia. Dan the invitation pun sangatlah 'gah' semua pangkat Dato' & Datin and also macam-macam Tunku.. Lunch Party kat Alexis Bistro @ The Garden. Tak tau lah sama ada sempat or tak saya nak ambil gambar. Kalau ada.. will upload sikit dalam blog yer  :)  Me and sorang lagi assistant kena jaga budak-budak masa diorang main game. huhhh!! Saya boleh main game skali tak?? Game kat Laser Tag Mid Valley  :)

Owh.. lagi dan lagi.. 
5 days to go. Mr. Sallehudin nak balik Malaysia lagi lima hari. Miss him so much and much... Kat sini ada few pic..suruh saya masukkan dalam blog ni.. wokey Dear... 

 Itu Eye On Malaysia.. Tapi kalau kat Spore.. Eye On Singapore kot.. 

 Yeahh.. my lovely fiance. Katanya dia tak de selera nak makan kat S'pore so perut dia dah susut sikit.. katanyaaa.. ~huhu~

Wahh.. saya kagum tengok building ni. Nampak macam kapal tersangkut kat tiga bangunan ni. 

Saya nak pergi sana... but pleaseeee settle my PTPTN first. Im pembayar tegar..!! ~ahakszz~

Thursday, September 15, 2011

Kerja, Kahwin & Future Planning

Hye all & Good Day to everyone..   :)

Yupss.. since saya dah start bekerja ni dah jarang sangat saya dapat update blog. 
Bangun tido pukul 6.15am. Mandi & bersiap, dalam kol 7.10am dah keluar rumah menempuh jammed kat atas jalan raya. Kalau bernasib baik, pukul 8.10am dah sampai office. Kalau nasib tak baik,8.35am pun belum tentu dapat sampai office. Kadang-kadang tu darah naik ke kepala juga bila kaki dah lenguh tekan break & clash ~huhu~

Okies.. let we talk about my wedding. Finally dapat juga tarikh wedding. Tapi tak boleh nak umumkan sekarang sebab ada beberapa hal yang nak confirmkan dulu. Contohnya tarikh, masa dan lokasi akad nikah. Resepsi nak buat di dewan atau pasang khemah depan rumah. Semua tu abah akan confirmkan dalam masa terdekat ni. So, bila dah confirm semua baru la syok nak umumkan.. betul tak..  :)

Fikiran saya berserabut. Tak tau nak start dari mana ni. Semalam ada diskuss skit dengan NILAM regarding my baju nikah & resepsi. Baju untuk bertandang no idea nak buat macam mana.. Maybe will discuss dengan my bakal biras pasal baju. Sebab me & bakal biras akan sanding bersama untuk majlis bertandang nanti.

MUA pun belum dapat lagi. Tapi hari tu dah ada coll dua tiga vendor untuk MUA di Bagan Serai. Rate harga yang diorang offer RM250 untuk mekap bersanding. Itu kalau MUA datang rumah. Tapi kalau kita yang pergi mekap kat kedai harga RM150. Wahh beza RM100 tuuu...

Now.. talk about our future planning pulak.. hikhik.. semalam me & Mr. Salleh dinner kat KFC dan kitorang borak-borak.. dia cakap mungkin dia akan dapat offer kerja di overseas and he ask me okey tak kalau kita berhijrah ke UK? wowo jauhnya.. For me, boleh ajee "kemana U bawak I ofcoz I akan ikut U.." hikhik.. Then, kalau ada rezeki & berhijrah kesana.. saya pun dah ada idea apa yang saya nak buat kalau tinggal sana nanti sebab dah tentu saya akan menjadi suri rumah sepenuh masa...   :)

Owh.. Mr. Sallehudin pergi Singapore for two weeks..  ~sediss~ nanti mesti rindu..

Tuesday, September 6, 2011

Tempat Kerja Baru

Good morning everyone..

yeaa.. saya tau korang semua mesti malas nak pergi keje hari ni kan.. maklumlah cuti raya panjang. Ada setengah pulak ambil MC ataupun emergency leave. Walau apapun, selamat bekerja semula. Mesti banyak report yang nak kena siapkan tu kan..  :)

Well, hari ni hari kedua kerja kat tempat baru. Location office kat Bukit Damansara dan sekarang saya tinggal di Taman Equine, Seri Kembangan. So.. pls imagine jarak perjalanan saya dari rumah ke tempat kerja.. dan bagaimana saya kental mengharungi pagi yang dingin untuk ke tempat kerja.. Dulu kalau waktu dingin-dingin nie saya masih dalam selimut tapi sekarang saya sedang memandu di atas jalan raya. ohh nonono..

Sebelum ni saya tak pernah lagi cerita tentang tempat kerja baru kan..  :)
Start semalam saya dah mula kerja tempat baru. Masa mula-mula datang interview tu saya macam blur skit laa.. apply position secretary untuk sape laa agaknyer ni.. Bila dah datang interview everything dah diceritakan  oleh si penemuduga.. Rupanya syarikat ni adalah kepunyaan keluarga diraja. So saya Assistant Secretary pada salah seorang tengku's.. Saya tak boleh nak buat summary lagi macam mana kerja kat sini. So kena tunggu lagi beberapa bulan. Hari ni baru hari kedua.. kalau bagus.. teruskan.. Dalam office ni tak ramai pekerja. Yang ada pun semua Tengku's dan Secretary masing-masing aje..

Tapi saya masih berharap sangat suatu hari nanti saya tidak akan bekerja makan gaji. Impian saya nak ada perniagaan sendiri. Doakan lah untuk saya yer..  :)